Welcome

Blog ini adalah untuk rujukan diri sendiri dan keluarga.. Khas untuk suami tercinta dan anak-anak yang menbahagiakan dan dalam masa yang sama memeningkan dan memenatkan kami berdua..


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Blog ini ibarat 'scrap book' ataupun buku rujukan aku yang mengumpulkan koleksi artikel yang aku gemari especially artikel yang berlambak-lambak di internet. Artikel-artikel ini bukannya ditulis oleh aku tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca. Untuk berkongsi cerita ceriti hasil air tangan aku sendiri meh ahh datang ke BLOG RUANGAN KELUARGA KITA


Bookmark and Share

Showing posts with label Kelahiran. Show all posts
Showing posts with label Kelahiran. Show all posts

Tuesday, October 12, 2010

Pemakaian IUCD

Soalan
 Saya telah mempunyai 4 orang anak. Selepas kelahiran anak saya yang ke-4,saya telah memakai alat-cegah kehamilan I.U.C.D.Setelah memakainya buat beberapa bulan, period saya tak regular. Walaupun saya telah berjumpa doktor,saya masih mengalami problem yg sama. Menurut doktor, maybe hormon saya tak balance. Baru-baru ini saya mengalami prolong period dimana pada bulan Januari period saya datang pd 22/01/01 & berakhir pd 28/01/01. Selepas beberapa hari, period saya datang kembali - 6/02/01 - 13/02/01. Apakah saya harus berjumpa dengan doktor atau adakah saya tidak sesuai memakai IUCD
Jawapan
Biasanya wanita yang menggunakan IUD mengalami masalah keluaran haid yang banyak atau berpanjangan dan kadangkala tidak tentu masa.  Ini disebabkan oleh alat itu sendiri khususnya jika ia dijangkiti kuman kerana jangkitan kuman memang boleh berlaku kerana IUD ini mempunyai benang yang terkeluar daripada rahim dan terletak pada pintu rahim. Disini jangkitan kuman boleh berlaku selepas persetubuhan ataupun pada bila bila masa. 
   Jika ada jangkitan kuman puan perlu diberi antibiotik yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.    Saya percaya ini punca pertama dan makanlah antibiotik untuk beberapa waktu dan mungkin ditukar jenisnya jika satu jenis tidak berkesan.      Jarang sekali IUD menimbulkan masalah hormon menyebabkan pusingan haid tidak teratur melainkan jika puan orangnya gemuk kerana kegemukkan biasanya mengganggu keseimbangan hormon dan seterusnya menyebabkan keluaran darah haid yang tidak teratur.  
  Cuba rawatan dengan antibiotik dahulu, jika gagal untuk membetulkan haid maka gunakanlah hormon Norculut 5 gram, 1 biji, 3 kali sehari selama 21 hari setiap bulan.     Puan perlu makan untuk 2 atau 3 pusingan untuk mengetahui samada pusingan haid yang akan datang menjadi teratur atau tidak.      Mungkin pada saat ini tidak perlulah membuang IUD dahulu sebelum mencuba ubat antibiotik serta ubat hormon tadi.

Friday, April 16, 2010

Pemakanan Ibu Dalam Pantang Masyarakat Melayu

Pemakanan antara aspek yang diambil berat semasa wanita dalam pantang. Makanan yang boleh memberi kesan baik kepada kesihatan ibu dan bayi elok diamalkan. Sebaliknya pula, makanan yang boleh mengganggu penyembuhan ibu serta kesihatan bayi elok dielakkan.

Amalkan



* Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
* Makan tepat pada masanya untuk mengelakkan perut dan badan masuk angin.

* Nasi atau roti ambil dalam kadar yang sepatutnya. Jangan terlalu banyak.
* Makan biar sedikit tetapi kerap untuk mempercepatkan badan kembali ke bentuk asal.
* Air juga begitu. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
* Jangan kurangkan pengambilan air kerana badan ibu sangat memerlukan air untuk penyembuhan disamping ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.


Elakkan


* Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.

* Makanan yang dilarang antaranya yang bersifat sejuk, berangin, gatal-gatal dan tajam/berbisa.
* Jangan mengambil air teh atau air batu semasa dalam tempoh berpantang.


Sayur-sayuran


* Sayur-sayuran yang digalakkan adalah sawi, lobak merah dan lobak putih.
* Ulaman juga elok diamalkan kerana khasiatnya disamping seetengahnya boleh mewangikan badan.
* Pegaga punyai pelbagai khasiat termasuk membanyakkan susu badan.
* Jantung pisang bagus untuk membanyakkan susu badan.
* Elakkan sayuran yang sejuk dan berangin seperti nangka, pucuk ubi, terung, labu, kangkung dan bayam.
* Sayur-sayuran elok dimakan untuk mengelakkan sembelit.


Buah-buahan


* Buah terbaik adalah buah oren kerana ia mengandungi banyak vitamin C yang membantu penyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan.
* Elakkan nenas, rebung, mangga dan jambu batu serta kebanyakan buah-buahan tempatan.


Sumber Protein

* Ikan - ikan merah, ikan jenahak, ikan selar, ikan kerisi, ikan cencaru, ikan bawal dan ikan tenggiri.
* Ikan terbaik adalah ikan haruan kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka. Namun jangan amalkan makan ikan haruan setiap hari. Seminggu maksima 3 kali.
* Elakkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung dan ikan pari kerana ia berduri.
* Ayam - seelok-eloknya ayam kampung dan ayam dara.


Cara Memasak

* Dianjurkan adalah sama ada bakar, rebus, kukus atau panggang.
* Elakkan menggoreng terutamanya dengan minyak banyak.
* Makanan yang dimasak elok ditambah rempah-rempah yang memanaskan seperti lada hitam, halia dan bawang putih.
* Kunyit pula bagus kerana khasiat perubatannya selain mengecutkan rahim.
* Perisa lain adalah seperti asam keping/gelugur, asam limau dan asam jawa.

Wednesday, April 14, 2010

Panduan memandikan bayi waktu dalam pantang


Kalau baby ni cara manidnya lain sikit. Tak boleh main terus mandi aje. Kebiasaannya kita akan masak air panas dulu.

Selepas menggelegak air tu, baru kita campur dengan air paip biasa. Pada yang tak biasa mandikan bayi, bertanyalah pada orang tua dulu. Bukan apa takut saya terjatuh pulak baby tu karang..dah la dalam hari.

Sebagai panduan ikut cara ni :-

1.Kalau dalam pantang, baby kecik lagi dan kita pun masih lemah. Ambil air panas yang telah di campur air biasa.

2. Rasa dengan belakang tangan untuk melihat tahap kepanasan air.Kalau panas sangat takut kulit bayi tak tahan. Kalau sejuk sangat ..he he …terkejut pualk baby bila tiba-tiba kena air sejuk.

3. Seeloknya kita bersimpuh macam cara orang jepun dan ampu leher bayi dengan tangan kiri. Tangan kanan alirkan air suam tadi dan siram sekeliling badan.

4. Mulakan dengan kaki sampailah anik hingga ke kepala. Hati-hati dengan sabun supaya tak terkena mata bayi. Tak kira lah sabun tu pedih ke tak sebab dah menangis karang kelam kabut pulak sebab kita tak tau pedih atau tak syanpu badan tu.

5.Seeloknya juga sediakan 2 besen air, Satu untuk mandi dan satu lagi untuk menyiram selepas bersabun.

6 Tak pelru lah nak lama sangat sebab baby bukan kotor pun,,,wangi lagi ada especially time baru keluar dari perut.

7. Habis mandia, lap dan keringakn dengan tuala dan balut bayi supaya tak kesejukan. Jika anda tak emnyusu badan, siapkan la sebotol susu supaya bayi tak mengamuk nak susu sebab dah terkena air dia akan kelaparan..he he.

8. Tuam perut dan sapu minyak di tapak kaki , perut, pinggang, pelipat dan pakaikan booties. Dah pakai barut, bedungkan dan mulakanlah menyusukan bayi.

9. Buat macam ni senang sebab bila dah lapar dapat susu, cepat la baby tidur dan bolehla kita merehatkan diri.

Senang aje nak jaga baby ni..bila dah besar yang payah sebab makin besar makin time tidurnya berkurangan dan kita punya time nak lelapkan mata pun kurang juga :)

Thursday, March 25, 2010

Kelahiran Pramatang

Pengenalan

Kelahiran pramatang juga dikenali sebagai kelahiran sebelum masa atau tidak cukup bulan. Ia merujuk kepada bayi yang dilahirkan sebelum usia kandungannya mencukupi 37 minggu - 40 minggu. Lazimnya, sesuatu kelahiran itu dianggap pramatang apabila bayi dilahirkan sebelum mencapai tempoh 37 minggu kehamilan (1) .
Keguguran pula ditakrifkan sebagai kehilangan janin sebelum usia kandungannya mencapai tempoh 20 minggu.
Bagi kes kelahiran pramatang, usia kandungan adalah penting kerana ia akan menentukan kematangan organ dalam janin yang sedang berkembang, terutamanya paru-paru. Kematangan organ ini pula akan menentukan peluang untuknya hidup (mandiri).
Jadual di bawah ini menunjukkan peratusan peluang untuk hidup bagi bayi di Amerika Syarikat yang dibuat anggarannya pada akhir tahun 1990. Di Malaysia, usia kandungan yang dianggap "selamat" bagi bayi ialah lebih dari 32 minggu.
Usia kandungan semasa kelahiran,
merujuk kepada kitaran haid yang terakhir
Kadar kemandirian
21 minggu atau kurang 0 %
22 minggu 0 - 10 %
23 minggu 10 - 35 %
24 minggu 40 - 70 %
25 minggu 50 - 80 %
26 minggu 80 90 %
27 minggu > 90 %
30 minggu > 95 %
34 minggu > 98 %
Asas Saintifik
Bagi kehamilan yang normal, janin biasanya mengambil masa selama 37 minggu - 40 minggu untuk membesar dengan sempurna. Malangnya, dalam keadaan tertentu, seseorang wanita itu mungkin melahirkan bayinya sebelum usia kandungan mencapai 40 minggu. Keadaan inilah yang dikenali sebagai kelahiran pramatang.
Seperti yang tertera pada jadual di atas, risiko kematian adalah sangat tinggi jika bayi dilahirkan sebelum 23 minggu, tetapi peluang untuknya hidup akan meningkat dengan meningkatnya usia sesuatu kandungan.
Kematian bayi pramatang lazimnya disebabkan oleh penyakit 'Respiratory Distress Syndrome' (RDS). RDS terjadi apabila surfaktan paru-paru berkurangan. Surfaktan ini merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel yang melapisi alveolus paru-paru bagi menghalang dinding-dinding alveolus dari melekat sesama sendiri. Penghasilan surfaktan dalam paru-paru janin akan meningkat mengikut usia kandungan dan ia mencapai tahap yang mencukupi menjelang 36 minggu kehamilan untuk membolehkan paru-paru berfungsi dengan normal. Didapati, 35-50% daripada keseluruhan bayi yang lahir pada usia kandungan 27-31 minggu akan mengalami RDS.

Penyebab
Dari sudut perubatan, penyebab utama bagi kelahiran pramatang ialah :
  • Iatrogenik (kelahiran dicetuskan atas-sebab-sebab perubatan)
  • Jangkitan kuman
  • Selaput amnion yang melindungi janin pecah sebelum masanya
  • Hamil kembar
  • Polihidramnios (cecair amnion yang terlampau banyak)
  • Kematian janin dalam rahim
  • Janin abnormal (cacat)
  • Struktur rahim yang abnormal (luar biasa)
  • Pangkal rahim lemah/terjejas fungsinya
Faktor  - faktor risiko
Terdapat banyak faktor risiko yang boleh meningkatkan kejadian kelahiran pramatang. Antara faktor-faktor itu ialah:
  • Selaput amnion yang pecah sebelum masanya (Premature Rupture of the membranes - PROM)  Kira-kira 2/3 dari kelahiran pramatang yang berlaku adalah berpunca dari PROM.
  • Hamil kembar: Saiz rahim adalah salah satu faktor yang menentukan waktu bersalin. Rahim ibu hamil yang lebih besar dari biasa akan meningkatkan risiko pengecutan rahim (sakit bersalin) lebih awal dari waktunya. Kadar kelahiran pramatang bagi ibu-ibu yang hamil kembar ialah sebanyak 50%.
  • Polihidramnios (berlebihan cecair dalam rerongga amnion ) juga boleh menyebabkan rahim mengembang dan menjadi lebih besar. Dengan itu meningkatkan risiko kelahiran pramatang.
  • Keabnormalan pangkal rahim, rahim dan uri
    • Abrupsi plasenta iaitu pemisahan sebahagian dari uri atau sepenuhnya daripada dinding rahim, menyebabkan rahim mudah rengsa dan mengecut yang akhirnya membawa kepada kelahiran pramatang.
    • Plasenta previa (kedudukan uri yang rendah) juga cenderung ke arah menyebabkan rahim mengecut lebih awal.
    • Pangkal rahim yang lemah pula akan menyebabkan bukaan rahim tidak dapat menutup dengan sempurna. Ini akan meningkatkan risiko kelahiran pramatang.
    • Uterus bikornu (hujung bahagian atas rahim terpisah dua). Dalam keadaan begini risiko kelahiran pramatang adalah setinggi 80%.
    • Mioma rahim atau fibroid (ketumbuhan benigna dalam rahim) juga meningkatkan risiko kelahiran pramatang.
  • Fibronektin Faraj (fFN)  Ia merupakan sejenis bahan glikoprotein yang dihasilkan oleh janin yang membantu mengikat sel-sel itu sekali. Ini akan mengekalkan kedudukan uri terlekat pada dinding rahim. Jumlah fFN yang semakin banyak dalam rembesan servikovagina boleh menjadi petanda kepada kelahiran pramatang.
  • Umur dan Bangsa Pesakit yang lanjut usia lebih cenderung mengalami kelahiran pramatang. Bangsa kulit hitam juga lebih berisiko mengalami kelahiran pramatang.
  • Pernah Mengalami Kelahiran Pramatang Jika ibu pernah melahirkan bayi pramatang sebelum ini, risikonya untuk mengalami keadaan yang serupa amat tinggi pada kehamilan seterusnya.
  • Jangkitan kuman
    Jangkitan pada saluran bukan-pembiakan
    • Bakteriuria asimptomatik iaitu air kencing yang mengandungi bakteria, tetapi pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan. Keadaan ini berkait rapat dengan kejadian kelahiran pramatang.
    • Pielonefritis akut yang tidak dirawat iaitu sejenis jangkitan bakteria pada buah pinggang. Risiko untuk mengalami kelahiran pramatang bagi ibu-ibu yang mendapat jangkitan ini ialah sebanyak 30%.
    • Pneumonia - risiko kelahiran pramatang ialah sebanyak 25%.
    Jangkitan saluran pembiakan
    • Jangkitan oleh Treponema pallidum (sejenis bakteria yang menyebabkan penyakit sifilis). Keadaan ini berkait rapat dengan kejadian kelahiran pramatang.
    • Sifilis primer atau sekunder yang tidak dirawat - kadar kelahiran pramatang bagi keadaan ini ialah sebanyak 50%.
    • Jangkitan gonokokus (penyebab gonorea). Ia dikaitkan dengan peningkatan kejadian kelahiran pramatang
    • Vaginosis bakteria (apabila flora faraj yang normal digantikan dengan bakteria lain). Keadaan ini juga dikaitkan dengan peningkatan kejadian kelahiran pramatang.
    • Jangkitan cecair amnion (selaput amnion masih kekal)
      Ruang dalam selaput amnion yang biasanya steril (bebas kuman) boleh dijangkiti dan membiakkan pelbagai jenis organisma dan ini akan menyebabkan berlakunya pengecutan rahim lebih awal.
    • Iatrogenik (kelahiran yang dicetuskan atas sebab-sebab perubatan)
      Cetusan kelahiran mungkin terpaksa dilakukan atas sebab-sebab perubatan. Sebagai contohnya, bagi ibu-ibu yang menghidapi praeklampsia yang serius (darah tinggi) atau eklampsia, bayi terpaksa dilahirkan lebih awal untuk menyelamatkan nyawa ibu.
Faktor risiko untuk kelahiran pramatang
    Faktor Kadar risiko relatif (berasaskan perbandingan dengan wanita yang tidak berisiko)
    Kehamilan kembar 6-7
    Kelainan pada rahim 2-10
    Fibronektin faraj 3-7
    Bangsa kulit hitam 2
    Sejarah kelahiran pramatang 2
    Vaginosis bakteria 2
    PH faraj > 4.5 2

Insidens
Kelahiran pramatang hanya merangkumi 10% dari keseluruhan kehamilan. Di United Kingdom, kejadian kelahiran pramatang ialah lebih kurang 7% tetapi di banyak negara membangun, angka ini lebih tinggi.
Tanda - tanda dan gejala
Gejala pelahiran yang normal biasanya merangkumi salah satu dari yang berikut:
  • Pengecutan rahim yang biasa
  • Wujudnya "show" (rembesan lendir dan darah ketika hampir hendak bersalin)
  • Lelehan cecair ("kantung air" pecah)
Bagaimanapun, sebelum berlakunya sesuatu kelahiran pramatang, beberapa tanda dan juga gejala akan timbul. Ia membayangkan bahawa satu kelahiran yang tidak dijangka akan berlaku. Tanda-tanda yang berkaitan adalah termasuk :
  • Kekejangan atau pengecutan seakan-akan kesakitan semasa haid.
  • Rembesan faraj semakin banyak dan berubah sifat
  • Rembesan lendir dan darah
  • Kesakitan di bawah bahagian belakang badan
  • Mengalami tekanan di bawah bahagian belakang badan, pelvis, abdomen dan juga peha
  • Kebocoran cecair amnion
Komplikasi
Kelahiran pramatang ialah punca utama kematian dan kecacatan pada bayi yang baru lahir.
Kebanyakan komplikasi yang terjadi akan memberi kesan pada bayi yang baru lahir. Ini adalah kerana perkembangan organ mereka masih belum sempurna terutamanya paru-paru yang sangat penting untuk bernafas.
Terdapat juga pelbagai masalah lain yang boleh memberi kesan pada bayi pramatang. Sesetengah dari masalah yang akan timbul termasuklah :
  • "Respiratory Distress Syndrome" (RDS)
    Kekurangan surfaktan dalam paru-paru bayi pramatang akan menyebabkannya sukar untuk bernafas. Di dapati seramai 35 - 50% bayi yang lahir pada usia kandungan 27 - 31 minggu akan mengalami RDS. Bayi yang mengalami masalah ini perlu diberi bantuan oksigen untuk bernafas dan fungsi-fungsi badan yang penting hendaklah sentiasa diawasi.
  • Hipotermia (suhu badan di bawah paras normal)
    Kehilangan haba tubuh yang banyak kerana bayi pramatang biasanya mempunyai keluasan permukaan badan lebih banyak dari berat badannya. Ia juga tidak mempunyai kandungan lemak bawah kulit dan "lemak perang" yang mencukupi. Lemak bawah kulit bertindak sebagai penebat, manakala lemak perang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi untuk menghasilkan tenaga haba.
    Bayi berkenaan perlu diletakkan dalam inkubator untuk memanaskannya atau ditempatkan dalam ruang yang mempunyai suhu persekitaran yang sentiasa tinggi (suhu terbaik ialah di antara 25 - 270C atau 76 - 80oF)
  • Mudah dijangkiti kuman
    Bayi mungkin dijangkiti kuman jika ia menunjukkan gejala-gejala berikut:
    • Enggan makan
    • Kelesuan
    • Demam
    • Hipotonia (otot menjadi kendur)
    • Apnea (Pernafasan terhenti untuk seketika)
    Sampel kultur bakteria perlu diambil dan diuji terlebih dahulu sebelum bayi diberi rawatan antibiotik. Refleks untuk menyusu dan batuk bagi bayi-bayi pramatang adalah lemah. Oleh yang demikian, makanan yang terkeluar semula seperti muntah/jeluak susu mudah tersedut ke dalam paru-paru dan boleh menyebabkan pneumonia.
  • Jaundis
    Jaundis atau hiperbilirubinemia berlaku apabila paras bilirubin (sejenis pigmen hempedu) dalam darah meningkat. Bayi biasanya menunjukkan tanda-tanda kulit atau mata putih berwarna kekuningan. Dalam keadaan normal, bilirubin diproses di dalam hati dan seterusnya dihantar ke usus dan di buang melalui najis. Oleh kerana bayi pramatang tidak mempunyai organ yang lengkap atau sempurna, maka bilirubin tersebut tidak boleh diproses atau dibuang sepenuhnya
    Apabila paras bilirubin dalam darah bayi meningkat terlalu tinggi, rawatan yang sering diberi kepada bayi ialah fototerapi. Fototerapi ialah teknik rawatan yang menggunakan sejenis cahaya khas (sinaran Ultra Ungu - UV). Bayi diletakkan di bawah sinaran UV tersebut dan sinaran ini dapat membantu memecahkan bilirubin. Dengan itu, paras bilirubin darah akan menurun. Ini sangat penting kerana paras bilirubin yang terlalu tinggi boleh menjejaskan otak bayi dan membawa kepada kerencatan akal.
  • Apnea
    Apneaialah keadaan di mana penafasan terhenti buat seketika untuk selama 15 hingga 20 saat. Bayi yang mengalami apnea juga selalunya pucat dan kadar degupan jantungnya menurun. Rawatan masalah apnea ini termasuklah pemberian dadah untuk merangsang pernafasan. Rawatan lain yang boleh diberikan termasuklah penggunaan oksigen bertekanan dan mesin bantuan pernafasan untuk meningkatkan penafasan bayi.
  • Ketidakupayaan menghisap susu ibu
    Ketidakupayaan untuk menghisap susu badan juga merupakan masalah biasa yang dialami bayi pramatang. Pernafasannya yang terganggu (tidak selaras) melemahkan keupayaannya untuk menghisap puting dan ini akan menjejaskan lagi keadaannya.
  • Pendarahan intrakranium (pendarahan dalam tengkorak kepala)
    Imbasan ultrasound mungkin dapat membantu menentukan kewujudan dan kedudukan sebenar pendarahan intrakranium. Bayi yang mengalami pendarahan intrakranium biasanya menunjukkan gejala-gejala serangan apnea, hipotonia atau terjejasnya gerakan tangan dan kaki secara spontan.
  • Anemia (kekurangan sel darah merah)
    Bayi pramatang lazimnya mendapat anemia kerana jangka hayat sel darah merah mereka adalah pendek dan pengeluarannya pula adalah perlahan.

Ujian - Ujian
Tidak ada ujian tertentu untuk kelahiran pramatang. Ujian hanya akan dibuat atas sebab-sebab yang munasabah atau bagi ibu-ibu yang berisiko. Sebagai contoh, imbasan ultrasound dapat mengesan faktor-faktor risiko kelahiran pramatang iaitu kehamilan kembar, kandungan bendalir amnion yang berlebihan (polyhydramnios) atau rahim yang abnormal.
Kemungkinan berlakunya kelahiran pramatang hanya dapat dipastikan apabila pangkal rahim membuka lebih awal (sebelum tarikh kelahiran sebenar) dan langkah-langkah pencegahan yang telah diambil gagal untuk menghentikan kelahiran tersebut.
Pemantauan
Apabila seseorang ibu hamil menunjukkan tanda-tanda dan gejala kelahiran pramatang seperti pengecutan rahim yang berulang-ulang dan pangkal rahim membuka (melebihi 3 cm) disertai dengan penipisan pangkal rahim, ibu berkenaan perlu diawasi dalam hospital yang mempunyai NICU sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kelahiran pramatang.
Jika penggunaan agen tokolitik, rehidrasi dan berehat tidak dapat menghentikan pelahiran, maka persiapan untuk kelahiran bayi pramatang perlu dibuat.
Kelahiran bayi pramatang secara biasa akan mengurangkan kecederaan atau trauma yang mungkin di hadapi kelak. Seorang pakar kanak-kanak perlu hadir ketika kelahiran, untuk menguruskan bayi berkenaan sebaik sahaja ia dilahirkan.
Lazimnya, bagi kes-kes kelahiran pramatang, bayi memerlukan lebih perhatian berbanding ibunya. Ini adalah kerana bayi yang lahir pramatang menghadapi cabaran yang lebih besar untuk terus hidup berbanding dengan bayi yang normal.
  • Jaundis, masalah pernafasan dan kesukaran untuk disusukan dengan susu badan adalah di antara masalah yang paling lazim dihadapi oleh bayi pramatang. Mereka biasanya perlu ditempatkan di dalam inkubator untuk beberapa waktu sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
  • Ibu bapa kepada bayi pramatang ini perlu diberitahu tentang semua masalah yang mungkin dihadapi oleh anak mereka kelak dan kaunseling perlu diberikan kepada mereka sebagai persediaan untuk menghadapi situasi tersebut.

Prognosis
Prognosis atau jangkaan peluang untuk bayi itu hidup biasanya bergantung kepada usia kandungan semasa kelahiran. Semakin kurang kematangan bayi, semakin sukar untuknya hidup. Walau bagaimanapun, dengan bantuan teknologi moden, prognosis bagi seseorang bayi pramatang itu adalah lebih baik.
Pencegahan
Wanita yang berisiko untuk mendapat kelahiran pramatang perlu dikenal pasti dan didaftarkan dalam program pranatal khas.
Wanita-wanita ini perlu diajar bagaimana hendak mengenali tanda-tanda awal pelahiran pramatang seperti yang disenaraikan di bawah ini dan melaporkan kepada doktor sekiranya mereka mengalaminya. Wanita-wanita ini juga perlu mengelak dari melakukan aktiviti atau kerja berat dan banyakkan berehat. Mereka juga sepatutnya mengurangkan rangsangan seksual semasa hamil kerana hormon yang dihasilkan ketika itu akan menyebabkan pengecutan rahim.
  • Tanda-tanda awal pelahiran pramatang:
  • Pengecutan rahim dan kekejangan pelvis semakin meningkat
  • Rembesan faraj atau pendarahan yang luar biasa
  • Kebocoran cecair amnion
  • Sakit belakang
Jadual lawatan antenatal bagi mereka yang berisiko ialah seperti berikut:
Dari tempoh 22 minggu hingga 32 minggu kehamilan, wanita yang berisiko perlu diperiksa setiap 1 hingga 2 minggu. Ketika lawatan ini, perkara-perkara berikut akan diperiksa:
  • Berat badan
  • Tekanan darah
  • Paras gula dan albumin dalam air kencing
  • Ukuran ketinggian fundus rahim
  • Degupan jantung janin
Pesakit perlu diingatkan mengenai tanda-tanda pelahiran pramatang dan diberi kaunseling mengenai diet (pemakanan). Pemeriksaan faraj mungkin dilakukan untuk mengesan jangkitan faraj atau sebarang perubahan pada pangkal rahim.
Secara amnya:
Tiada pencegahan yang khusus bagi mengelak kelahiran pramatang dari berlaku. Tetapi, beberapa langkah boleh diambil untuk mengurangkan risikonya:
  • Jika boleh, rawat sebarang masalah yang mungkin timbul seperti jangkitan kuman dan pangkal rahim yang lemah dan sebagainya (sekiranya didiagnos awal)
  • Mengurangkan aktiviti harian untuk wanita yang hamil kembar. Ini dapat mengurangkan risiko pengecutan rahim.
  • Hentikan gaya hidup yang tidak baik seperti merokok dan tabiat meminum minuman keras semasa hamil.

Tuesday, March 23, 2010

Senaman Selepas Bersalin

Anda boleh melakukan senaman seminggu selepas melahirkan bergantung kepada:
  • keadaan anda dan
  • nasihat doktor
Kebaikan:
  • menggiatkan kembali otot-otot anda
  • memperbaiki kembali perjalanan darah dan pernafasan anda
  • mengurangkan berat badan anda yang naik ketika hamil
  • menguatkan otot-otot dada supaya dapat menyokong buah dada yang membesar
  • membina teknik-teknik yang sesuai supaya anda dapat berehat dan tidur dalam waktu-waktu awal selepas melahirkan
  • ini penting kerana waktu tidur anda sering terganggu disebabkan penyusuan yang terpaksa diberikan di tengah malam
Senaman pernafasan
  • baring menelentang sambil membengkokkan lutut
  • sebelah tangan anda diletakkan pada perut
  • tarik nafas anda melalui hidung
  • tarik nafas panjang supaya tangan anda akan ditolak ke atas oleh perut anda
  • hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut
  • leher dan bahu jangan bergerak
Senaman perut
  • baring menelentang sambil membengkokkan lutut
  • rapatkan tangan di sisi badan
  • angkat sebelah kaki anda yang dibengkokkan tadi ke atas dan luruskan ke bawah sebanyak 10 kali
  • lakukan semula pada kaki yang sebelah lagi
Senaman dada
  • baring menelentang
  • rapatkan tangan anda ke sisi badan
  • angkat kedua-dua belah tangan ke atas sehingga kedua-duanya bersentuhan
  • kemudian jatuhkan semula sehingga rapat kembali ke sisi badan anda
  • lakukan sebanyak 20 kali
Senaman mengangkat punggung
  • baring, rapatkan lutut dan tegakkannya sementara kaki dibuka
  • angkat bahagian punggung anda dengan tapak kaki menekan lantai
  • jangan angkat bahu anda
  • biarkan sedemikian dengan kiraan 5
  • kembalikan punggung ke keadaan asal
  • lakukan sebanyak 10 kali
Senaman kaki
  • baring dengan melunjurkan kaki
  • gerakkan kedua-dua kaki anda
  • putarkan kedua-dua kaki anda dengan tumit dibuka

Tanda-tanda Bersalin dan Petua Mudah Bersalin

Tanda-tanda Hendak Bersalin

PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:

  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.
Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.

Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit.

Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.

Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.

Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin.

Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.

Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.

Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.

Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.

Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi).

Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.

Sumber: Harian Metro


PETUA MUDAH BERSALIN - PETUA SEBELUM BERSALIN
  • Elakkan mengangkat benda-benda terlalu berat kerana boleh menyebabkan rasa mual dan hendak muntah. Elakkan 'melompat' dari kati selepas bangun tidur.
  • Amalkan pemakanan yang mengandungi asid folik yang baik untuk pertumbuhan otak bayi dan badan ibu.
  • Sesetengah ibu mengalami gejala gusi lembut dan mudah berdarah. Pilihlah berus gigi dari jenis yang lembut. Banyakkan memakan sayur, buah dan yogurt. Elakkan makan buah nenas atau buah peach kerana boleh menjadi punca keguguran.

Petua Mudah Bersalin : Minum Minyak Tanak
Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak ( santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh. Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy.

Petua Mudah Melahirkan Anak : Telan Telur Ayam
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.


Petua Mudah Bersalin : Pemakanan Salindah (dicadangkan)
Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail telah mengkaji secara mendalammengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung.

Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati.

Set Sebelum Bersalin:

B1 : Membantu melegakan deman panas, selsema batuk ,bengkak sendi, sakit kepala, dan menambah darah bagi orang yang pucat.

B2 : Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .

B3 : Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur , pelupa malas dan perasaan takut - takut.

B4 : Membantu wanita mengatasi maslah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.

B6 : Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan(lukorea) dan memulas dalam perut.


PETUA SELEPAS BERSALIN

Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:
  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.

Anda juga digalakkan mengunjungi laman web:

Friday, March 19, 2010

Waktu Pantang

MASA PANTANG

Penjagaan selepas bersalin atau dalam pantang sama pentingnya dengan penjagaan ketika hamil. Tubuh ibu memerlukan pemulihan dari segi emosi dan jasmani sebelum bersedia untuk hamil lagi. Beberapa amalan tradisi perlu dielakkan demi menjaga tahap kesihatan ibu dan juga kesihatan anak yang kini bergantung sepenuhnya pada ibu.

PEMULIHAN SELEPAS BERSALIN

Jagaan selepas bersalin amat penting untuk mempercepatkan proses pemulihan. Wanita selepas bersalin pulih seperti sediakala dari segi kesihatan jasmani dan rohani serta keadaan mentalnya, pemulihan kejelitaaannya khususnya dari segi paras, rupa dan bentuk badan serta pemulihan fungsi kewanitaan khususnya dalamn perhubungan kelamin.
  Pada waktu hamil dan ketika melahirkan anak, banyak perubahan berlaku pada wanita. Antara perubahan yang sangat ketara ialah berat badan yang semakin meningkat. Di samping itu perubahan fisiologi juga kerap berlaku seperti kandungan cecair darah meningkat, denyutan jantung yang kuat dan lebih kerap, tekanan darah dan pernafasan yang meningkat lebih dari biasa, kulit yang menjadi renggang dan retak, timbul urat pada kaki serta perubahan mungkin berlaku di peringkat biokimia sel atau tisu badan. Ketika bayi dilahirkan pula, wanita mengalami suatu perubahan agak serius yang boleh dianggap sebagai kecederaan. Ini disebabkan oleh proses kelahiran bayi yang perlu melalui saluran kemaluan yang sempit. Ini menyebabkan saluran ini renggang dan kadangkala cedera.
  Sesetengah wanita perlu digunting kemaluannya yang kemudian akan dijahit semula untuk membaiki luka akibat guntingan itu. Luka pada rahim ketika hamil kini terpisah ketika bayi dilahirkan. Ini menyebabkan sebahagian besar dinding rahim menjadi luka parah. Selain daripada perubahan fizikal atau jasmani yang berlaku pada wanita, perubahan mental dan emosi juga berlaku. Wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak mengalami tekanan jiwa yang berat kerana kedua-dua proses kehamilan dan kelahiran ini dianggap sebagai faktor yang menekan. Ada sesetengah wanita mengalami tekanan jiwa yang begitu kuat sehingga mereka mengalami kesedihan (depression). Malah sesetengahnya pula menjadi terganggu jiwa (psychosis) selepas melahirkan anak.
  Kehamilan dan kelahiran juga akan mengganggu hubungan kelamin. Perubahan fizikal isteri mungkin menyulitkan perhubungan ataupun mengurangkan kelesaan. Selepas lahir pula, perhubungan kelamin tidak digalakkan untuk sementara waktu. Waktu puerperium atau waktu pantang yang biasanya selama 42 hari dianggap sebagai waktu pemulihan dariapada semua gejala kecederaan, tekanan jiwa dan mental serta pemulihan fungsi kewanitaan. Pada ketika ini juga rahim pula kuncup dan mencerut kepada saiz yang kecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involution. Proses pemulihan boleh dipercepatkan dengan beberapa cara yang diamalkan oleh wanita sendiri dan kadangkala ini boleh dipendekkan sehingga jangka waktu empat minggu, manakala sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama sedikit iaitu lapan minggu. Secara puratanya, jangka waktu enam minggu adalah mencukupi.
 Cara Mempercepatkan Pemulihan
Keadaan dan tahap kesihatan serta pemakanan ketika hamil dan melahirkan anak adalah penting dan mesti diberi keutamaan supaya proses pemulihan boleh berlaku dengan cepat. Jika seseorang wanita itu mengalami masalah kekurangan makanan dan keadaan kesihatannya tidak baik, nescaya proses pemulihan akan mengambil masa yang lebih panjang. Penting dinyatakan segala masalah kesihatan perlu diberi rawatan yang sewajarnya ketika wanita itu hamil. Penting juga baginya mendapat makanan yang seimbang khususnya makanan yang mengandungi lebih zat protein seperti daging, ayam, ikan, telur dan sumber makanan yang mengandungi banyak vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pil vitamin dan zat besi perlu dimakan ketika hamil untuk menentukan keadaan darahnya mencukupi.
  Makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin perlu dimakan selepas bersalin. Amalan pantang larang makanan perlu dielakkan kerana ini boleh menjejaskan proses pemulihan luka pada rahim dan pada saluran kemaluan. Begitu juga proses pemulihan.
  Kepercayaan memakan sesetengah jenis makanan seperti ikan berduri atau udang boleh menyebabkan bentan atau luka bernanah adalah tidak benar. Sebenarnya, luka yang bernanah yang disebabkan oleh jangkitan kuman adalah berpunca daripada jagaan kebersihan yang kurang memuaskan. Luka akibat pembedahan sesarean atau guntingan episiotomi perlu dijaga kebersihannya dengan baik. Bagi pembedahan sesarean, penting luka itu tidak dibasahi air selama dua minggu. Jangkitan kuman boleh berlaku akibat takungan darah di bawah hirisan pembedahan.
  Oleh kerana kawasan kemaluan sering dibasahi dengan darah nifas dan mungkin dikotori oleh saluran najis dari depan atau belakang, baik bagi mereka membersihkan luka dua atau tiga kali sehari dengan menggunakan air garam ataupun air Dettol.
  Kadangkala jangkitan kuman boleh dijauhi dengan menyemburkan ubat antibiotik yang bercampur dengan antiseptik di bahagian kemaluan. Salah satu jenis ubat sembur yang biasa digunakan dermoplast. Ubat ini boleh mengurangkan kesakitan dan menjauhkan jangkitan kuman.
  Selain daripada memberi faedah pemakanan dan hubungan rapat dengan ibu dan bayi, penyusuan badan juga boleh mempercepatkan proses pemulihan rahim. Penyusuan menyebabkan rahim kuncup dan mencerut dengan lebih cepat daripada biasa. Apabila bayi menyusu, sejenis hormon dikeluarkan daripada kilang pituitary. Hormon inilah yang menyebabkan rahim kuncup. Biasanya dua minggu selepas melahirkan anak, rahim yang besar sudah tidak boleh dirasai di atas perut kerana ia telah tenggelam dalam rongga punggung walaupun saiznya masih besar lagi. Biasanya ia pulih kepada saiz biasa dalam masa empat minggu selepas bersalin. Proses pemulihan rahim menjadi terganggu jika berlaku jangkitan kuman atau adanya ketumbuhan pada rahim.
  Setelah melahirkan anak, biasanya wanita mengalami kesakitan pada bahagian rahim yang digelar sebagai after pain. Ini disebabkan oleh kuncupan yang berlaku pada rahim. Kesakitan ini biasanya mengambil masa yang agak singkat, mungkin dua atau tiga hari dan mudah diatasi dengan ubat-ubat penawar sakit seperti Panadol. Kesakitan ini juga boleh dikurangkan dengan meletakkan botol air panas atau karung getah yang diisi dengan air panas.
  Dalam amalan tradisi wanita menggunakan tungku panas yang boleh mengatasi masalah kesakitan ini. Kepanasannya memudahkan aliran darah keluar daripada rahim serta juga mempercepatkan proses pencerutan rahim. Amalan berbengkung baik jika dilakukan dalam masa dua minggu selepas bersalin. Pada masa itu, saiz rahim masih besar dan dengan berbengkung memberi sokongan supaya tidak menekan sangat ke bawah menyebabkan kekenduran otot di lantai punggung. Berbengkung juga boleh memberi sokongan kepada otot perut yang keluar akibat kehamilan dan ia juga memberi keselesaan kepada wanita setelah melahirkan.
      Pendarahan selepas bersalin atau nifas biasanya berlaku selama dua minggu dan ia tidak banyak berbeza daripada darah haid. Jika berlaku tumpah darah, ini mungkin menandakan sisa uri atau selaput bayi mungkin tertinggal, atau jangkitan kuman telah berlaku. Dalam hal ini rawatan cemas adalah diperlukan. Sesetengah wanita mengalami nifas yang berpanjangan tetapi jika pendarahan tidak terlalu banyak, keadaan ini tidak perlu dibimbangkan.
  Gerak otot atau senaman adalah sangat penting selepas bersalin. Segala gerak otot ini perlu dipelajari sebelum melahirkan anak. Ini bertujuan memperkukuhkan dua kumpulan otot iaitu otot pada lantai punggung dan otot pada perut. Bagi otot perut ia boleh kendur akibat kehamilan dan kelahiran. Bagi otot perut ia boleh dipulihkan kembali kekuatannya dengan membuat senaman yang mudah sambil berbaring. Senaman boleh dilakukan dengan mengangkat badan daripada kedudukan berbaring. Jika ini dilakukan berulang-ulang kali dalam sehari, nescaya otot akan menajdi tegang semula dan pulih dengan cepat. Bagi otot lantai punggung pula, senaman yang agak khusus boleh diajarkan kepada wanita oleh jurupulih anggota. Ini juga boleh dilakukan setiap hari sejurus selepas bersalin dan secara terus-menerus supaya ia boleh memperkukuhkan tone pada otot lantai punggung.
  Keteguhan dan kekuatan otot ini adalah sangat penting dalam menentukan keselesaan hubungan kelamin di masa akan datang. Saya ingin menekankan setiap wanita perlu  menjalani senaman ini bukan sahaja dalam waktu pantang tetapi secara terus-menerus dalam hidup mereka supaya hubungan antara suami isteri memberi hasil yang diharapkan.
  Senaman keseluruhan badan adalah sangat digalakkan untuk mempercepatkan proses pemulihan kesihatan tubuh dan mental. Senaman boleh diperolehi dari buku dan risalah panduan.
  Mengurut tidak akan mempercepatkan pemulihan seperti anggapan sebahagian besar wanita Melayu. Urut adalah satu perbuatan yang pasif. Walaupun demikian ia memberi keselesaan kepada tone muscle yang menjadi lemah semasa hamil. Mengurut memberi rasa keseronokan serta menyegarkan badan, tetapi tidak akan memperkukuhkan tone otot.
  Ramai percaya makan jamu selepas bersalin akan mempercepatkan proses pemulihan. Tidak ada satu kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar untuk menentukan hakikat ini. Walaupun demikian banyak yang percaya memakan jamu itu memberi keselesaan dan kepanasan badan. Ini diperlukan kerana kebanyakan wanita berasa kesejukan selepas melahirkan anak. Bagi ibu yang menyusukan bayi, memakan jamu mungkin boleh mengganggu penyusuan kerana sesetengah bayi mungkin mengalami cirit-birit ataupun bayi tidak mahu menyusu kerana air susu diresapi oleh sedikit jamu.
 

Monday, March 08, 2010

Persediaan dan Tips Bersalin Bagi Bakal Ibu

Kelas Antenatal
Bagi ibu yang hamil terutama pertama kali bakal bersalin digalakkan menghadiri kelas antenatal untuk mempelajari dan membuat persediaan berkenaan mengandung, proses bersalin, penjagaan bayi dan mengenai penyusuan badan. Kelas antenatal terdapat dalam pelbagai bentuk. Kelas antenatal ini boleh didapati di hospital-hospital dan jika di bandar-bandar besar terdapat perkhidmatan mengenai kelas antenatal persendirian.

Biasanya perlu membayar. Boleh dihadiri bersama pasangan masing-masing. Ia bertujuan juga agar anda dan suami mendapat kemahiran dan keyakinan untuk melalui proses kelahiran dengan pengalaman yang positif. Boleh mula menghadiri kelas ini pada minggu ke 28 hamil.

Keperluan kelas antenatal ini sebenarnya selain menumpukan kepada kehamilan dan kelahiran bayi, ia juga menjadi tempat untuk berjumpa bakal ibu bapa yang lain dan bertukar-tukar fikiran.

Di dalam kelas akan diajar berkenaan semasa kehamilan, maklumat mengenai proses bersalin dan kelahiran, prosedur perubatan, cadangan terkini mengenai teknik persediaan fizikal, mental, emosi dan proses kelahiran, nasihat mengenai teknik berehat, peluang berbincang mengenai pilihan bersalin dan posisi-posisi, panduan pilihan mengurangkan kesakitan, mempelajari teknik pernafasan ketika bersalin, membuat pertanyaan dan mencuba apa yang akan berlaku ketika bersalin, aspek penjagaan bayi dan penyusuan

Kelas berbeza mengikut terma dan masa. Terdapat pelbagai sesi berbeza, biasanya antara 3 ke 6 sesi. Waktu sama ada pada tengah hari atau petang dan pada hari-hari tertentu. Kelas persendirian akan dilakukan oleh pengajar terlatih. Manakala kelas di hospital biasanya pula dijalankan oleh jururawat, bidan hospital, doktor atau ahli fisioterapi. Jika kelas di hospital, bakal ibu bapa akan turut dibawa melawat di sekeliling bilik bersalin. Jadi anda akan biasa dengan susunan dan mengetahui apa yang berlaku nanti.

Anda perlu tempah untuk menghadiri kelas ini dan membuat perancangan bila anda boleh hadir kelas ini. Namun bergantung pada anda. Ada mengatakan ada dipelajari di kelas berbeza dengan sebenar berlaku. Tentu sekali berbeza kerana ketika bersalin, kesakitan adalah benar-benar terjadi tetapi dengan teknik yang betul memudahkan bersalin. Jika tidak ketika itu baru anda diajar minta tarik nafas dan lain-lain untuk meneran. Dalam keadaan kesakitan mungkin kita tidak mendengarnya dengan jelas.

Tip mudah bersalin

Selepas 7 bulan banyakkan berjalan. Saya ketika kerja dulu, akan naik tangga ke pejabat di tingkat 2(atau tingkat 3). Jarang naik lif. Semakin hampir tarikh bersalin, saya akan kerap berjalan. Namun untuk keadaan tertentu seperti uri di bawah, kerap berlaku kontraksi atau berlaku pendarahan, jangan banyak berjalan. Jangan juga lakukan terlalu awal sebelum 4 bulan.

Jaga makanan. Elak makanan yang tidak menyenangkan perut seperti makanan pedas atau terlalu manis ketika hampir bersalin. Ketidakselesaan ini mengganggu proses bersalin.

Ketika menunggu dalam bilik bersalin, jangan berbaring. Duduk. Saya sendiri masa anak sulung berbaring, dan mengalami sakit. Untuk kali ke-2 saya baca tip-tip, dan salah satunya adalah jangan baring. Untuk bersalin seterusnya saya berjalan-jalan dalam bilik bersalin. Bila tidak larat berjalan saya akan duduk. Baca tip mengurangkan sakit.

Berbincang dengan doktor cara mengurangkan sakit. Apa yang boleh diambil seperti ubat tahan sakit dan lain-lain. Semasa anak sulung saya memang mengambil ubat tahan sakit, untuk anak seterusnya saya tidak mengambil sebarang ubat dengan teknik yang betul mengatasi sakit secara fizikal.

Baca ayat-ayat Al-Quran seperti 3 Qul dan ayat kursi. Si suami pula boleh bacakan Yassin untuk mengurangkan kesakitan.

Berborak-borak dengan teman samada ibu atau suami(jika dibenarkan masuk ke bilik bersalin). Ini akan mengalih tumpuan dari sakit tadi.

Penting mempelajari teknik bersalin yang betul, dapat elak berada lama di bilik bersalin dan meneran dengan lama. Ini boleh menyebabkan keletihan dan kehabisan tenaga untuk meneran.

Pengalaman saya, memang sakit ketika bersalin. Namun sakit tiba-tiba hilang ketika pertama kali melihat bayi saya. Dan ketika itu juga terasa mampu lagi untuk bersalin untuk seterusnya. Lupa rasanya sakit bersalin itu

Senarai Keperluan Ibu Berpantang.

Sebagai ibu bapa baru, tentu seronok untuk menimang cahaya mata. Tapi jangan lupa untuk menyediakan kelengkapan diri sendiri. Persediaan awal untuk kita juga penting, akan membantu diri kita lebih mudah ketika berpantang.

Pakaian

- Baju yang selesa ketika berpantang, biasanya dalam pantang mudah berpeluh.
- Kain batik – senang pakai kain batik kerana perut yang besar dan kain batik free size
- Pad bersalin – saiz lebih besar dan lembut berbanding pad period biasa.
- Stokin – untuk elak kaki kesejukan dan angin masuk ke badan
- Bengkung/barut – bagus untuk menyokong perut dan mengempiskan perut

Makanan kesihatan/tambahan

- Susu – bergantung pada individu. Saya tidak sesuai minum susu lembu jadi saya tidak ambil susu lembu
- Pil tambahan kesihatan – bagus untuk memberi tenaga tambahan, boleh dapatkan nasihat doktor
- Jamu/herba bersalin – bergantung pada individu, namun ia bagus untuk kesihatan dan pastikan jamu/herba itu sesuai untuk kita. Jika ingin menyusu badan ada jamu/herba yang tidak sesuai.

Penyusuan badan

- Bra menyusu – memudahkan penyusuan dan tidak merosakkan bra jika menggunakan bra biasa
- Bantal menyusu – mudah untuk menampung bayi, boleh gunakan bantal biasa namun mungkin kurang selesa. Jika tidak agak penat memegang bayi untuk tempoh lama
- Pad alas payudara – untuk elak susu melimpah. Kadang-kadang payudara di sebelah bayi tidak menghisapnya akan keluar susu. Sesuai untuk ke pejabat, ada masa susu akan keluar dengan sendiri.
- Pam perah susu (ibu bekerja) – ada jenis manual, bateri dan eletrik.
- Poncho menyusu – sesuai jika ingin menyusu bayi di luar rumah.

Lain-lain

- Bidan/tukang urut – sekarang terdapat yang untuk spa dan untuk mengurut bersalin. Pastikan mereka mahir mengurut untuk bersalin
- Batu tungku – bergantung pada keperluan. Bagus untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan lemak.
- Buku-buku panduan kesihatan, kelahiran dan penjagaan bayi – terutama bersalin anak sulung. Kadang kita lihat atau fikir mudah untuk menguruskan bayi. Namun sebenarnya bila kita perlu menjaga sendiri keadaan berbeza.

Adalah baik membuat persediaan awal. Agar tumpuan sebenar ketika pantang adalah menjaga bayi dan mengamalkan jagaan kesihatan yang betul untuk ibu supaya cepat sembuh.


Memperkenalkan Bengkung Moden yang diimport dari USA dan direka khas bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan (cesarean).

Namun begitu, ia juga sesuai di gunakan oleh ibu yang bersalin normal dan bagi mereka yang ingin mengempiskan perut. Dan yang pastinya, ia amat senang, mudah, praktikal dan selesa untuk dipakai.

PERSEDIAAN UNTUK MENYAMBUT BAYI ANDA

Persediaan Untuk Menyambut Bayi Anda
(Dari Rumah Ke Wad Bersalin)

Anda pernah bersalin? Jika pernah, sudah tentu anda mempunyai pengalaman yang sungguh berharga. Jika anda sedang mengandung anak yang pertama… harap tulisan seterusnya dapat memberikan anda idea persediaan untuk menghadapi masa masa hampir nak bersalin sehinggalah akhirnya melahirkan bayi yang ditunggu tunggu

Apabila anda mengalami tanda tanda untuk bersalin, anda perlu ke pusat bersalin atau pun hospital yang anda telah pilih dengan segera. Jadi ada baiknya, sebelum sakit bersalin lagi, anda telah pergi berjumpa Dr. atau kakitangan di sana untuk mengetahui prosedur kemasukan dan bagaimana proses seterusnya. Setiap pusat bersalin atau hospital mempunyai prosedurnya yang tersendiri.

Tanda tanda bersalin seperti rasa sakit seolah-olah senggugut (lebih sakit dari senggugut), perut mengeras dengan lebih kerap berbanding biasa, air ketuban mula mengalir keluar dan pendarahan.

Oh ya, sebelum anda ke pusat bersalin @ hospital, anda harus membawa (biasanya suami lah yang akan membawanya) perkara berikut:

Untuk Anda:

1. Kad Rawatan Bulanan
2. Nursing Bra
3. Nursing Pad
4. Maternity Panty
5. Sanitary Pad
6. Baju Panas
7. Stokin
8. Baju Persalinan (Diperlukan waktu keluar hospital)
9. Kain Batik
10. Tuala
11. Minyak angin @ panas


Untuk Bayi:

1. Baju Lengan Panjang/Pendek
2. Seluar Panjang/Pendek
3. Sarung Tangan, Kaki dan Serkup Kepala (Mittens / Booties )
4. Barut
5. Lampin/Diapers
6. Selimut @ kot bayi
7. Tuala
8. Sabun Bayi
9. Syampu
10. Bedak
11. Losyen Bayi @ Minyak Bayi
12. Krim Bayi

Penting: Jangan bawa terlalu banyak kelengkapan. Bawa secukupnya untuk mungkin 1-2 malam sahaja ( bersalin normal)

Hmm jika ada yg terlepas, maybe rakan rakan yang dah bersalin dan ada pengalaman tu boleh tambah tambah.

Selepas anda “check in” ke pusat bersalin atau hospital yang dipilih, dan Dr. akan memeriksa perut anda bagi memastikan kandungan dalam keadaan normal atau tidak. Sementara itu, jantung bayi di dalam kandungan akan diperiksa dengan alat pengesan yang biasanya dipanggil CTG @ Cardiotograph. Tekanan darah, suhu badan dan kadar denyutan nadi anda juga akan diambil oleh petugas di pusat atau hospital berkenaan.

Seterusnya, Dr. akan membuat pemeriksaan dalaman faraj untuk menilai pembesaran bukaan servik dan penurunan kepala bayi. Maklumat ini akan dipantau dari masa ke semasa (hourly) sehinggalah sampai saat anda melahirkan bayi.

Biasanya Dr. akan tanya jika anda masih belum buang air besar, Dr. akan berikan ubat membersihkan usus supaya tiada najis yang keluar masa nak melahirkan bayi nanti.

Anda dan bayi akan dipantau dari masa ke semasa, biasanya antara 15 ke 30 minit sekali. Sementara pemeriksaan dalaman faraj (seperti yang diterangkan di atas tadi) setiap 4 jam.

Ramai juga yang bertanya saya, sakit tak nak bersalin? Ada tak ubat penahan sakit? Sebenarnya ada beberapa jenis penahan sakit yang boleh dan biasa ditawarkan oleh Dr. berdasarkan situasi anda:

*Pernafasan @ Deep Breathing
*Entonox ~> setiap kali terasa sakit, anda menghidu gas yang akan mengkhayalkan.
*Suntikan ubat untuk menghilangkan kesakitan.
*Epidural ~> Suntikan ubat khusus yang akan mengebaskan sebahagian badan dari pinggang ke bawah, kaedah ini anda perlu melakukan tanda tangan sebagai bukti bersetuju untuk melakukan kaedah tesebut, di dalam satu surat yang diberikan oleh pihak Dr.

Seterusnya ialah saat untuk bersalin, sebaiknya suami anda ada bersama anda, menggenggam tangan anda, memberikan kata kata semangat kepada anda, memanjatkan doa ke hadrat Allah swt agar proses anda melahirkan anak berjalan dengan baik sekali, Insya Allah. Suami memang dibenarkan untuk menemani anda. Bagaimanapun ada suami yang takut melihat darah, tak berani nak bersama menemani isteri yang hendak bersalin, nanti dia pulak yang pengsan. So, tanya suami anda bebetul dahulu, jika suami tak boleh, ibu anda boleh menggantikannya.

Selamat bersalin!

Memperkenalkan Bengkung Moden yang diimport dari USA dan direka khas bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan (cesarean).

Namun begitu, ia juga sesuai di gunakan oleh ibu yang bersalin normal dan bagi mereka yang ingin mengempiskan perut. Dan yang pastinya, ia amat senang, mudah, praktikal dan selesa untuk dipakai.

Thursday, February 18, 2010

Amalan Pantang Masyarakat Melayu

Amalan berpantang dalam masyarakat Melayu biasanya dijalani oleh ibu selepas bersalin selama 44 hari dan ada juga sehingga 100 hari. Dalam masa ini beberapa perkara perlu dilakukan dan ada juga perkara yang dilarang bagi memastikan ibu sihat seperti sediakala.

Minuman Herba/Rempah

Faedah

  • Memanaskan badan
  • Mengurangkan berat
  • Mewangi tubuh
  • Membuang toksin dalam badan
  • Mengecutkan Peranakan

Jamu Bersalin

  • Jamu terdiri daripada kombinasi herba atau rempah tertentu yang biasanya disediakan oleh orang-orang tua, bidan-bidan kampung ataupun dalam bentuk tablet atau kapsul yang dihasilkan oleh kilang.
  • Kebiasaannya jamu dimakan ibu dalam pantang pada waktu pagi selepas mandi dan sarapan dan juga petang selepas mandi sebelum maghrib.
  • Antara pantang larang mereka yang mengamalkan jamu adalah air kelapa dan air batu.
  • Kebanyakan pakar kesihatan menasihatkan pengambilan jamu dilewatkan bagi ibu menyusu anak yang menghidap jaundis atau penyakit kuning sehingga bayi benar-benar sembuh dan sihat.

Minum Air Pati Kunyit/Inai

  • Air pati kunyit/inai berkhasiat untuk menambah seri wajah serta melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan peranakan.
  • Caranya, sebuku ibu kunyit dibersihkan, dibuang kulitnya dan dibakar sehingga layu. Setelah itu, tumbuk halus dan diambil patinya. Campurkan dengan ¼ cawan air dan diminum hanya sekali sahaja dalam masa pantang.
  • Untuk Inai pula, ambil daun inai, ramas. Rebus ramasan daun inai tadi bersama air dan minum air rebusannya.

Mandi Air Akar Kayu/Rempah

Faedah

  • Membuang bau hanyir
  • mengembalikan kecergasan badan
  • mencantumkan urat putus
Kaedah
  • Air mandi ibu dalam pantang seharusnya hangat atau suam untuk memanaskan badan.
  • Jika tiada pancuran air panas di rumah, minta bantuan orang lain untuk menyediakannya.
  • Semasa mandi mulakan siraman air di bahagian kaki dahulu dan dibawa naik ke atas sehingga ke kepala dan rambut.
  • Seminggu selepas bersalin, seeloknya ibu mandi dengan air mandian yang dicampur rebusan herba seperti daun lengkuas, daun pandan wangi dan daun jerangau untuk menyegarkan badan serta menghilangkan bau hamis darah nifas. Herba ini tidak perlukan sukatan yang khusus.

Bertungku

Faedah

  • Mengecutkan rahim bengkak
  • Memecah lemak
  • Membuang angin dalam badan
  • Merangsang peredaran darah
  • Memanaskan badan

Kaedah

  • Batu (seeloknya batu sungai yang bulat dan licin) atau besi tungku (ada dijual) boleh digunakan sebagai tungku. Sebelum tungku dipanaskan, bentangkan kain dahulu, diikuti lapisan beberapa helai daun mengkudu yang disusun rapat. Daun pisang juga boleh digunakan. Setelah dipanaskan 30 minit, letakkan tungku tersebut di atas daun dan kain tadi dan balut kemas dan ketat supaya tidak mudah terburai. Waktu sesuai bertungku adalah sebelum mandi waktu pagi dan petang.
  • Untuk bertungku, ibu hendaklah berbaring dan tungku dituam di bahagian peranakan. Bahagian ini biasanya mengambil masa selama 25 minit. Selepas itu ke bahagian kemaluan dengan cara ibu duduk bertinggung di atas tungku yang diletakkan di atas lantai.
  • Kemudian ibu berbaring semula dan tuam di bahagian badan bermula dengan dada, ulu hati, ketiak kanan dan kiri, akhir sekali tungku diletakkan di bawah tengkuk. Bahagian dada adalah termasuk buah dada bagus untuk melancarkan aliran susu.
  • Akhir sekali adalah bahagian bawah iaitu betis, paha, punggung, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Untuk tapak kaki, naikkan sedikit lutut, rapatkan kedua-dua kaki dan pijak batu sambil menggolek-golekkannya ke hadapan dan ke belakang. Biarkan tungku di kaki sehingga ia sejuk.
Urutan Selepas Bersalin

Faedah

  • Melancarkan pengaliran darah
  • Menaikkan rahim
  • Membetulkan urat
  • Memecah lemak
  • Membentuk tubu
Kaedah
  • Urut merupakan satu daripada amalan penting dalam pantang.
  • Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman untuk mengelakkan kecederaan terutamanya semasa proses sengkak untuk menaikkan rahim.
  • Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti  pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.
  • Urutan biasa dilakukan pada sebelah pagi selepas mandi dan ia mengambil masa lebih kurang satu jam.
  • Bidan akan mengurut keseluruhan badan termasuk urat susu bagi melancarkan aliran susu badan. Selepas selesai mengurut, bidan akan mengikat kemas dan ketat rambut ibu, menyapukan pilis di dahi ibu serta memakaikan bengkung.
Pilis
  • {mosimage}Pilis ialah campuran ramuan remah-rempah yang disapukan pada dahi untuk mengelakkan rasa pening-pening, sakit kepala atau pitam.
Faedah
  • Dipercayai boleh mengelakkan berlakunya rabun ketika usia muda.
  • Pemakai pilis akan merasa nyaman dan berangin, jadi rasa mengantuk dan letih dapat dielakkan.
Kaedah
  • Cara biasa pilis dipakai ialah dengan mencampurkannya dengan sedikit air sambil menghancurkannya sehingga menjadi pes yang pekat
  • Sapukan ke keseluruhan dahi dan pelipis.
  • Seelok-eloknya digunakan dua kali sehari, waktu pagi dan petang selepas mandi, bersarapan dan makan jamu.

Tempel/Tapel
  • Tempel atau tapel adalah campuran rempah/herba yang disapu pada perut.
Faedah
  • menghangatkan perut supaya tidak ‘masuk angin’
  • mengencangkan kembali otot perut ibu selepas bersalin.
Kaedah
  • Cara pemakaiannya ialah dengan menghancurkannya dahulu bersama dengan air secukupnya (lebih elok digunakan air limau nipis) sehingga menjadi pes dan disapukan pada perut selepas mandi pagi dan petang, sebelum memakai bengkung.

Berbengkung

Faedah
  • Mengembalikan bentuk badan
  • Mengelak risiko perut buncit
  • Mengekalkan kepanasan tubuh
Kaedah
  • Bengkung dahulu merupakan kain yang sangat panjang dililit kepada tubuh dari atas perut sehingga ke bawah paha.
  • Kini terdapat bengkung yang lebih mudah dipakai dan banyak dijual di kedai ubatan tradisional, jualan langsung dan juga farmasi.
  • Bengkung seelok-eloknya dipakai 5 jam sehari untuk kesan yang terbaik.
  • Sebelum menggunakan bengkung, seelok-eloknya perut disapu dahulu dengan tapek atau campuran perahan limau dan kapur makan.

Memperkenalkan Bengkung Moden yang diimport dari USA dan direka khas bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan (cesarean).

Namun begitu, ia juga sesuai di gunakan oleh ibu yang bersalin normal dan bagi mereka yang ingin mengempiskan perut. Dan yang pastinya, ia amat senang, mudah, praktikal dan selesa untuk dipakai.



Rujukan :
  • Penjagaan Bayi dan Ibu Dalam Pantang (Amran Kasimin)
  • Ceria Menawan: Urut amalan berpantang penting selepas bersalin (Siti Fatimah Mohamed Anwar, BH)
  • Berpantang Secara Rawatan Tradisional Di Kalangan Masyarakat Melayu (Zuradatolakma Bt. Hj. Din)

Makanan Dalam Pantang bersalin

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.

Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.

Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Friday, February 05, 2010

Kenapa amalan berpantang dijalankan selepas

Selama empat puluh empat hari, dikira dari hari pertama bersalin, adalah diadatkan kepada ibu tersebut untuk menjalani pantang. Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu mengandung dan berpantang. Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang. Bagi wanita yang mementingkan kesihatan dan penjagaan diri, amalan berkenaan dianggap peluang untuk memulihkan kesihatan dalaman. Tidak hanya dari segi kesihatan, ia turut membabitkan kecantikan dan kecergasan diri biarpun sudah bergelar ibu.

Urutan
Matlamat utama mengurut adalah untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Sekiranya tidak diurut dalam tempoh ini kemungkinan badan akan berasa sengal-sengal. Bahagian yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala.

Bertunku
Tidak lengkap amalan berpantang jika tidak bertunku. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. Kesan positif daripada bertunku ialah darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa. Amalan ini memerlukan kesungguhan dan sebaik-baiknya dijalankan tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang.

Bertangas
Rawatan ini bertujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan peranakan , membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ini penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang.

Berbengkung
Rawatan ini tidak seharusnya ditinggalkan. Untuk mendapatkan bentuk tubuhyang ramping, berbengkung adalah jawapan yang tepat. Anda perlu memakai bengkung setiap hari sehingga habis berpantang terutamanya ketka waktu makan. Selain dapat mengelakkan masalah perut buncit, ia turut berfungsi untuk mengembalikan kedudukan peranakan.

Mandi rempah ratus
Anda digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan daun atau akar kayu. Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin dan menghaluskan kulit. Amalan mandi biasanya dilakukan pda hari ketiga dan akan terus mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut. Antara jenis daun herba yang digunakan ialah jambu batu, lengkuas merah, pandan, serai wangi, halia bara, tamu pauh dan temulawak. Selain daripada itu isi halia dan lengkuas turut digunakan. Antara lain anda juga juga perlu mandi bunga supaya dapat mengekalkan kesegaran tubuh dan menaikkan seri wajah.



Memakai param dan pilis
Rawatan luar juga perlu dititikberatkan selain daripada rawatan dalaman. Ini dapat dilakukan dengan memakai param ke seluruh badan dan menyapu pilis di dahi. Tujuan pemakaiannya ialah untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Kebaikan memakai param pula ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.

Minum jamu
Amalan ini dapat membantu anda memanaskan badan agar mampu kelihatan bermaya sepanjang masa. Jamu juga dapat membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, malawas pembuangan air besar, menghindarkan keputihan yang berlebihan seterusnya menyegarkan tubuh.

Tuesday, February 02, 2010

'Nikmat' bersalin normal

TIGA puluh atau 40 tahun dulu ketika perkhidmatan kesihatan belum
begitu meluas proses bersalin atau melahirkan bayi di rumah merupakan
situasi biasa di kalangan masyarakat.
Proses kelahiran secara normal di rumah berlaku tanpa
peralatan-peralatan canggih sekadar kehadiran bantuan 'mak bidan' dan
jururawat desa (jika ada).
Seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dalam dunia
perubatan, sebahagian besar proses kelahiran berlaku di hospital dengan
bantuan para doktor dan jururawat serta peralatan-peralatan moden.
Malah sesetengah bakal ibu memilih untuk bersalin secara pembedahan
atau menikmati kecanggihan ubat-ubatan dengan fungsi untuk mengurangkan
sakit bersalin.
Sebab itu bakal ibu zaman ini sudah terlalu biasa dengan istilah-istilah seperti ceaserean, induce, epidural, vasektomy, etonox dan pelbagai lagi teknik rawatan bagi membantu memudahkan proses bersalin.
Sedangkan kaedah bersalin secara normal pula hanya relevan di
hospital-hospital kerajaan (jika tiada komplikasi yang melibatkan nyawa
ibu atau bayi).
"Bersalin adalah satu proses semula jadi yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada setiap wanita yang mengandung.
"Tidak ada mana-mana wanita mengandung yang akan kekal mengandung
selama hayat mereka, cukup tempoh anak akan keluar melalui saluran
peranakan ibu sebagai satu tindak balas semula jadi sistem tubuh
mereka," ujar Nadine Ghows, pengasas The Gentle Birthing Group (GBG),
sebuah kumpulan sokongan untuk ibu-ibu yang memilih untuk bersalin
secara normal.
Kini menurut Nadine, di negara-negara Eropah bersalin normal di rumah menjadi pilihan kebanyakan ibu-ibu di sana.
Malah kebanyakan daripada mereka juga berminat memilih kaedah
bersalin normal di dalam air untuk menambah pengalaman melahirkan anak.
"Ada di kalangan wanita yang mula mempersoalkan tentang penggunaan ubat-ubatan ketika proses bersalin.
"Kelahiran normal bukan sahaja memberikan satu kelahiran yang tanpa
sebarang intervensi malah ia memberi si ibu membuat keputusan sendiri
untuk melalui proses bersalin yang mereka mahu.
"Kita perlu didik minda kaum ibu bahawa setiap penggunaan ubat-ubat kimia memberi kesan kepada bayi yang dilahirkan.
"Sebagai contoh, seorang ibu yang mengambil gas etonox untuk
mengurangkan rasa sakit ketika bersalin mungkin tidak mengetahui gas
tersebut boleh sampai kepada bayi mereka dan sedikit sebanyak memberi
kesan pada bayi. Antaranya bayi mungkin akan lambat bertindak balas
terhadap penyusuan dan beberapa masalah lain lagi yang masih dalam
kajian.
"Jika kandungan tidak mempunyai apa-apa komplikasi, pilihan terbaik
ialah bersalin secara normal tanpa sebarang intervensi," jelasnya yang
ditemui di kediaman ibunya yang terletak di Subang, Selangor, baru-baru
ini.
GBG baru saja ditubuhkan oleh kumpulan ibu yang mahu dan memilih
untuk melahirkan bayi mereka secara normal tanpa sebarang tekanan untuk
menggunakan kaedah intervensi yang tidak begitu diperlukan.
Kumpulan sokongan itu juga seboleh-bolehnya memberikan galakan dan
sokongan terbaik kepada si ibu yang mahukan kelahiran bayi mereka
secara normal.
"Ketika mengandungkan anak sulong saya ini, saya berkesempatan
bertemu dengan ramai kenalan, keluarga dan wanita biasa yang berkongsi
pengalaman melahirkan bayi.
"Selain itu saya juga banyak membaca bahan bacaan tentang kelahiran,
belajar senaman dan menghadiri kelas pranatal dan terapi alternatif
seperti akupuntur," jelasnya yang melahirkan anaknya, Sarah Ayesah
Shafie, ketika berada di Australia dua tahun lalu.
Hasil daripada bertukar-tukar pandangan dan pembacaannya Nadine
mendapat kesimpulan sendiri bahawa sokongan, penjagaan dan galakan yang
diterima oleh bakal ibu daripada kenalan dan keluarga menjadi penentu
sama ada kelahiran yang bakal berlaku secara normal atau sebaliknya.
Malah katanya, ramai wanita yang mampu bersalin normal memilih untuk
bersalin di rumah melalui nasihat dan pengawasan pegawai perubatan.
"Jika ibu memilih untuk bersalin di rumah dengan kaedah bersalin di
dalam air, dia perlu memaklumkan kepada hospital berdekatan agar
langkah serta peraturan sepatutnya akan dapat diikuti.
"Lazimnya ibu akan diawasi oleh seorang doktor dan jururawat dan
mengikut pengalaman mereka yang pernah melahirkan anak di dalam air,
proses kelahiran tersebut kurang sakit berbanding kelahiran biasa,"
jelasnya lagi.
Kelahiran dalam air di Malaysia
Nadine percaya memang terdapat ramai wanita di Malaysia yang
bersalin secara normal dan tidak kurang juga yang berminat mencuba
kaedah bersalin di dalam air.
"Sehingga kini terdapat dua hospital di Malaysia yang menyediakan
perkhidmatan kelahiran di dalam air iaitu di Hospital Pantai Kuala
Lumpur dan Island Hospital Penang," ujarnya yang kini sedang mendalami
bidang pendidikan kelahiran bayi.
Begitupun di negara ini, kaedah bersalin di dalam air masih belum dipraktikkan dengan meluas.
"Terdapat banyak jenis kolam untuk bersalin dengan pelbagai saiz
dijual dengan meluas di pasaran Britain. Kolam tersebut juga ada dijual
di Internet serta farmasi tertentu di Malaysia," katanya.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut
tentang GBG bolehlah menghantar soalan dan kemusykilan anda kepada
alamat e-mel: mygentlebirth@gmail.com
Related Posts with Thumbnails