Blog ini adalah untuk rujukan diri sendiri dan keluarga.. Khas untuk suami tercinta dan anak-anak yang menbahagiakan dan dalam masa yang sama memeningkan dan memenatkan kami berdua..
Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbinganMu Aku cacat tanpa hidayahMu Aku hina tanpa rahmatMu
Blog ini ibarat 'scrap book' ataupun buku rujukan aku yang mengumpulkan koleksi artikel yang aku gemari especially artikel yang berlambak-lambak di internet. Artikel-artikel ini bukannya ditulis oleh aku tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca. Untuk berkongsi cerita ceriti hasil air tangan aku sendiri meh ahh datang ke BLOG RUANGAN KELUARGA KITA
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan
halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita
jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding
rakan sebayanya..selamat mencuba!
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik
. ? bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi
bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah
diri.Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk
anak2.
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari ? ada kajian yang
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih
kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp
seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi
penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia
kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang –
pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan
dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka
marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak.
Namanya pun budak?
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan –
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman
untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia
akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya
motivasi?
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan – mereka hanya kanak-kanak
yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih
banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,
pilihlah keluarga ? Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga
yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah
keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses
ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian
mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh – Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka
beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di
hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda
dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan
bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan
dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga
thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil
Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo? untuk
kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat
lain.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya ? ada
masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan.
Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita
supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita
kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk
menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada
yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang
telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut
harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih
daripada sekali ? ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum
punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri
dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye,
tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la
proses pembelajaran dia.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,
peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu
akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila
saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam
rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun
untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis
serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka
adalah begitu real dalam dunia mereka ? jadilah pendengar setia mereka. Kalau
pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari
mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang
tayang.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga
dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan
daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah
kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman
selamat malam ? biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp
mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan
diorg.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang
sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata
papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist
pada anak2. nnt mereka rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada
keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap
benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah,
atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari
satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi
kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua
puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa
sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari
kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah
perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan
kita
Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam
kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak.
* Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan
yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.(Dalam
Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan)
* Berikan
anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari
akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang
dipeluk).
* Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan
dengan persekitaran).
* Berikan peneguhan setiap kali anak anda
berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun
sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya)
* Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu
perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang
berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara
termasuklah berbuat silap.
* Apabila anda berhadapan dengan masalah
kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak
terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
* Di
dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan
membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai suatu bebanan kepada ibubapa
mereka.
* Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda
dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
* Tenangkan anak
anda setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara
untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
* Buatkan sedikit
persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi
yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar
menghargai. Anak2 yg datangnya daripada persekitaran yang menghargai akan
belajar menghargai orang lain.
* Kemungkinan anak kita menerima
pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita
mengajar mereka lebih daripada sekali.
* Luangkanlah masa bersama
anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan
mereka.. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan
anda suami isteri.
* Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi
ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
* Hargailah
permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai
barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan
mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat
demikian.
* Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman
selamat malam.
* Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang
sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.
* Jangan
selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa
kerja-kerja ofis selalunya lebih penting daripada keluarga.
* Anak
menangis untuk melegakan keresahan mereka, tetapi kadangkala cuma untuk sound
effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang
anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda
mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
* Anak-anak juga
mempunyai perasaan seperti anda. Ibarat kain yang putih, terpulanglah kepada
anda untuk mencorakkannya. Semuanya di tangan anda.
Kalau baby ni cara manidnya lain sikit. Tak boleh main terus mandi aje. Kebiasaannya kita akan masak air panas dulu.
Selepas menggelegak air tu, baru kita campur dengan air paip biasa. Pada yang tak biasa mandikan bayi, bertanyalah pada orang tua dulu. Bukan apa takut saya terjatuh pulak baby tu karang..dah la dalam hari.
Sebagai panduan ikut cara ni :-
1.Kalau dalam pantang, baby kecik lagi dan kita pun masih lemah. Ambil air panas yang telah di campur air biasa.
2. Rasa dengan belakang tangan untuk melihat tahap kepanasan air.Kalau panas sangat takut kulit bayi tak tahan. Kalau sejuk sangat ..he he …terkejut pualk baby bila tiba-tiba kena air sejuk.
3. Seeloknya kita bersimpuh macam cara orang jepun dan ampu leher bayi dengan tangan kiri. Tangan kanan alirkan air suam tadi dan siram sekeliling badan.
4. Mulakan dengan kaki sampailah anik hingga ke kepala. Hati-hati dengan sabun supaya tak terkena mata bayi. Tak kira lah sabun tu pedih ke tak sebab dah menangis karang kelam kabut pulak sebab kita tak tau pedih atau tak syanpu badan tu.
5.Seeloknya juga sediakan 2 besen air, Satu untuk mandi dan satu lagi untuk menyiram selepas bersabun.
6 Tak pelru lah nak lama sangat sebab baby bukan kotor pun,,,wangi lagi ada especially time baru keluar dari perut.
7. Habis mandia, lap dan keringakn dengan tuala dan balut bayi supaya tak kesejukan. Jika anda tak emnyusu badan, siapkan la sebotol susu supaya bayi tak mengamuk nak susu sebab dah terkena air dia akan kelaparan..he he.
8. Tuam perut dan sapu minyak di tapak kaki , perut, pinggang, pelipat dan pakaikan booties. Dah pakai barut, bedungkan dan mulakanlah menyusukan bayi.
9. Buat macam ni senang sebab bila dah lapar dapat susu, cepat la baby tidur dan bolehla kita merehatkan diri.
Senang aje nak jaga baby ni..bila dah besar yang payah sebab makin besar makin time tidurnya berkurangan dan kita punya time nak lelapkan mata pun kurang juga :)
Bayi yang sihat akan mengalami pertambahan berat badan setiap bulan. Bagaimana pula dengan bayi yang terjejas pembesarannya dan anda perlu beri perhatian segera? Periksa bayi anda dan rujuk dengan pakar kesihatan supaya rawatan awal dapat di lakukan.
Tips-tips di bawah yang saya baca dari majalah dan kongsikan di sini mungkin boleh membantu anda :
Antara tanda-tandanya :
Berat badan turun setiap kali menjalani pemeriksaan kesihatan. Anda boleh bertanya pada doktor semasa buat check up atau teliti kad kesihatan setiap kali buat pemeriksaan bayi.
Bayi kelihatan tidak selera makan setiap kali anda mahu menyuapkan makanan.
Badan yang terlalu ringan adan tidak sepadan dengan umur bayi yang sepatutnya bertambah setiap bulan.
Badan nampak letih , kurus , perut kelihatan buncit
Rambut nampak tak bermaya dan kesan lembam di bahagian mata.
Bayi tidak peka apabila di panggil atau tidak teransang untuk mencari apabila ada bunyi yang kuat
PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.
Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.
Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.
Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.
Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.
Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit.
Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.
Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.
Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin.
Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.
Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.
Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.
Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.
Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi).
Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.
Sumber: Harian Metro
PETUA MUDAH BERSALIN - PETUA SEBELUM BERSALIN
Elakkan mengangkat benda-benda terlalu berat kerana boleh menyebabkan rasa mual dan hendak muntah. Elakkan 'melompat' dari kati selepas bangun tidur.
Amalkan pemakanan yang mengandungi asid folik yang baik untuk pertumbuhan otak bayi dan badan ibu.
Sesetengah ibu mengalami gejala gusi lembut dan mudah berdarah. Pilihlah berus gigi dari jenis yang lembut. Banyakkan memakan sayur, buah dan yogurt. Elakkan makan buah nenas atau buah peach kerana boleh menjadi punca keguguran.
Petua Mudah Bersalin : Minum Minyak Tanak
Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak ( santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh. Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy.
Petua Mudah Melahirkan Anak : Telan Telur Ayam
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak. Petua Mudah Bersalin : Pemakanan Salindah (dicadangkan)
Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail telah mengkaji secara mendalammengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung.
Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati.
Set Sebelum Bersalin:
B1 : Membantu melegakan deman panas, selsema batuk ,bengkak sendi, sakit kepala, dan menambah darah bagi orang yang pucat.
B2 : Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .
B3 : Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur , pelupa malas dan perasaan takut - takut.
B4 : Membantu wanita mengatasi maslah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.
B6 : Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan(lukorea) dan memulas dalam perut.
PETUA SELEPAS BERSALIN
Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-
Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.
Penjagaan selepas bersalin atau dalam pantang sama pentingnya dengan penjagaan ketika hamil. Tubuh ibu memerlukan pemulihan dari segi emosi dan jasmani sebelum bersedia untuk hamil lagi. Beberapa amalan tradisi perlu dielakkan demi menjaga tahap kesihatan ibu dan juga kesihatan anak yang kini bergantung sepenuhnya pada ibu.
PEMULIHAN SELEPAS BERSALIN
Jagaan selepas bersalin amat penting untuk mempercepatkan proses pemulihan. Wanita selepas bersalin pulih seperti sediakala dari segi kesihatan jasmani dan rohani serta keadaan mentalnya, pemulihan kejelitaaannya khususnya dari segi paras, rupa dan bentuk badan serta pemulihan fungsi kewanitaan khususnya dalamn perhubungan kelamin.
Pada waktu hamil dan ketika melahirkan anak, banyak perubahan berlaku pada wanita. Antara perubahan yang sangat ketara ialah berat badan yang semakin meningkat. Di samping itu perubahan fisiologi juga kerap berlaku seperti kandungan cecair darah meningkat, denyutan jantung yang kuat dan lebih kerap, tekanan darah dan pernafasan yang meningkat lebih dari biasa, kulit yang menjadi renggang dan retak, timbul urat pada kaki serta perubahan mungkin berlaku di peringkat biokimia sel atau tisu badan. Ketika bayi dilahirkan pula, wanita mengalami suatu perubahan agak serius yang boleh dianggap sebagai kecederaan. Ini disebabkan oleh proses kelahiran bayi yang perlu melalui saluran kemaluan yang sempit. Ini menyebabkan saluran ini renggang dan kadangkala cedera.
Sesetengah wanita perlu digunting kemaluannya yang kemudian akan dijahit semula untuk membaiki luka akibat guntingan itu. Luka pada rahim ketika hamil kini terpisah ketika bayi dilahirkan. Ini menyebabkan sebahagian besar dinding rahim menjadi luka parah. Selain daripada perubahan fizikal atau jasmani yang berlaku pada wanita, perubahan mental dan emosi juga berlaku. Wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak mengalami tekanan jiwa yang berat kerana kedua-dua proses kehamilan dan kelahiran ini dianggap sebagai faktor yang menekan. Ada sesetengah wanita mengalami tekanan jiwa yang begitu kuat sehingga mereka mengalami kesedihan (depression). Malah sesetengahnya pula menjadi terganggu jiwa (psychosis) selepas melahirkan anak.
Kehamilan dan kelahiran juga akan mengganggu hubungan kelamin. Perubahan fizikal isteri mungkin menyulitkan perhubungan ataupun mengurangkan kelesaan. Selepas lahir pula, perhubungan kelamin tidak digalakkan untuk sementara waktu. Waktu puerperium atau waktu pantang yang biasanya selama 42 hari dianggap sebagai waktu pemulihan dariapada semua gejala kecederaan, tekanan jiwa dan mental serta pemulihan fungsi kewanitaan. Pada ketika ini juga rahim pula kuncup dan mencerut kepada saiz yang kecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involution. Proses pemulihan boleh dipercepatkan dengan beberapa cara yang diamalkan oleh wanita sendiri dan kadangkala ini boleh dipendekkan sehingga jangka waktu empat minggu, manakala sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama sedikit iaitu lapan minggu. Secara puratanya, jangka waktu enam minggu adalah mencukupi.
Cara Mempercepatkan Pemulihan
Keadaan dan tahap kesihatan serta pemakanan ketika hamil dan melahirkan anak adalah penting dan mesti diberi keutamaan supaya proses pemulihan boleh berlaku dengan cepat. Jika seseorang wanita itu mengalami masalah kekurangan makanan dan keadaan kesihatannya tidak baik, nescaya proses pemulihan akan mengambil masa yang lebih panjang. Penting dinyatakan segala masalah kesihatan perlu diberi rawatan yang sewajarnya ketika wanita itu hamil. Penting juga baginya mendapat makanan yang seimbang khususnya makanan yang mengandungi lebih zat protein seperti daging, ayam, ikan, telur dan sumber makanan yang mengandungi banyak vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pil vitamin dan zat besi perlu dimakan ketika hamil untuk menentukan keadaan darahnya mencukupi.
Makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin perlu dimakan selepas bersalin. Amalan pantang larang makanan perlu dielakkan kerana ini boleh menjejaskan proses pemulihan luka pada rahim dan pada saluran kemaluan. Begitu juga proses pemulihan.
Kepercayaan memakan sesetengah jenis makanan seperti ikan berduri atau udang boleh menyebabkan bentan atau luka bernanah adalah tidak benar. Sebenarnya, luka yang bernanah yang disebabkan oleh jangkitan kuman adalah berpunca daripada jagaan kebersihan yang kurang memuaskan. Luka akibat pembedahan sesarean atau guntingan episiotomi perlu dijaga kebersihannya dengan baik. Bagi pembedahan sesarean, penting luka itu tidak dibasahi air selama dua minggu. Jangkitan kuman boleh berlaku akibat takungan darah di bawah hirisan pembedahan.
Oleh kerana kawasan kemaluan sering dibasahi dengan darah nifas dan mungkin dikotori oleh saluran najis dari depan atau belakang, baik bagi mereka membersihkan luka dua atau tiga kali sehari dengan menggunakan air garam ataupun air Dettol.
Kadangkala jangkitan kuman boleh dijauhi dengan menyemburkan ubat antibiotik yang bercampur dengan antiseptik di bahagian kemaluan. Salah satu jenis ubat sembur yang biasa digunakan dermoplast. Ubat ini boleh mengurangkan kesakitan dan menjauhkan jangkitan kuman.
Selain daripada memberi faedah pemakanan dan hubungan rapat dengan ibu dan bayi, penyusuan badan juga boleh mempercepatkan proses pemulihan rahim. Penyusuan menyebabkan rahim kuncup dan mencerut dengan lebih cepat daripada biasa. Apabila bayi menyusu, sejenis hormon dikeluarkan daripada kilang pituitary. Hormon inilah yang menyebabkan rahim kuncup. Biasanya dua minggu selepas melahirkan anak, rahim yang besar sudah tidak boleh dirasai di atas perut kerana ia telah tenggelam dalam rongga punggung walaupun saiznya masih besar lagi. Biasanya ia pulih kepada saiz biasa dalam masa empat minggu selepas bersalin. Proses pemulihan rahim menjadi terganggu jika berlaku jangkitan kuman atau adanya ketumbuhan pada rahim.
Setelah melahirkan anak, biasanya wanita mengalami kesakitan pada bahagian rahim yang digelar sebagai after pain. Ini disebabkan oleh kuncupan yang berlaku pada rahim. Kesakitan ini biasanya mengambil masa yang agak singkat, mungkin dua atau tiga hari dan mudah diatasi dengan ubat-ubat penawar sakit seperti Panadol. Kesakitan ini juga boleh dikurangkan dengan meletakkan botol air panas atau karung getah yang diisi dengan air panas.
Dalam amalan tradisi wanita menggunakan tungku panas yang boleh mengatasi masalah kesakitan ini. Kepanasannya memudahkan aliran darah keluar daripada rahim serta juga mempercepatkan proses pencerutan rahim. Amalan berbengkung baik jika dilakukan dalam masa dua minggu selepas bersalin. Pada masa itu, saiz rahim masih besar dan dengan berbengkung memberi sokongan supaya tidak menekan sangat ke bawah menyebabkan kekenduran otot di lantai punggung. Berbengkung juga boleh memberi sokongan kepada otot perut yang keluar akibat kehamilan dan ia juga memberi keselesaan kepada wanita setelah melahirkan.
Pendarahan selepas bersalin atau nifas biasanya berlaku selama dua minggu dan ia tidak banyak berbeza daripada darah haid. Jika berlaku tumpah darah, ini mungkin menandakan sisa uri atau selaput bayi mungkin tertinggal, atau jangkitan kuman telah berlaku. Dalam hal ini rawatan cemas adalah diperlukan. Sesetengah wanita mengalami nifas yang berpanjangan tetapi jika pendarahan tidak terlalu banyak, keadaan ini tidak perlu dibimbangkan.
Gerak otot atau senaman adalah sangat penting selepas bersalin. Segala gerak otot ini perlu dipelajari sebelum melahirkan anak. Ini bertujuan memperkukuhkan dua kumpulan otot iaitu otot pada lantai punggung dan otot pada perut. Bagi otot perut ia boleh kendur akibat kehamilan dan kelahiran. Bagi otot perut ia boleh dipulihkan kembali kekuatannya dengan membuat senaman yang mudah sambil berbaring. Senaman boleh dilakukan dengan mengangkat badan daripada kedudukan berbaring. Jika ini dilakukan berulang-ulang kali dalam sehari, nescaya otot akan menajdi tegang semula dan pulih dengan cepat. Bagi otot lantai punggung pula, senaman yang agak khusus boleh diajarkan kepada wanita oleh jurupulih anggota. Ini juga boleh dilakukan setiap hari sejurus selepas bersalin dan secara terus-menerus supaya ia boleh memperkukuhkan tone pada otot lantai punggung.
Keteguhan dan kekuatan otot ini adalah sangat penting dalam menentukan keselesaan hubungan kelamin di masa akan datang. Saya ingin menekankan setiap wanita perlumenjalani senaman ini bukan sahaja dalam waktu pantang tetapi secara terus-menerus dalam hidup mereka supaya hubungan antara suami isteri memberi hasil yang diharapkan.
Senaman keseluruhan badan adalah sangat digalakkan untuk mempercepatkan proses pemulihan kesihatan tubuh dan mental. Senaman boleh diperolehi dari buku dan risalah panduan.
Mengurut tidak akan mempercepatkan pemulihan seperti anggapan sebahagian besar wanita Melayu. Urut adalah satu perbuatan yang pasif. Walaupun demikian ia memberi keselesaan kepada tone muscle yang menjadi lemah semasa hamil. Mengurut memberi rasa keseronokan serta menyegarkan badan, tetapi tidak akan memperkukuhkan tone otot.
Ramai percaya makan jamu selepas bersalin akan mempercepatkan proses pemulihan. Tidak ada satu kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar untuk menentukan hakikat ini. Walaupun demikian banyak yang percaya memakan jamu itu memberi keselesaan dan kepanasan badan. Ini diperlukan kerana kebanyakan wanita berasa kesejukan selepas melahirkan anak. Bagi ibu yang menyusukan bayi, memakan jamu mungkin boleh mengganggu penyusuan kerana sesetengah bayi mungkin mengalami cirit-birit ataupun bayi tidak mahu menyusu kerana air susu diresapi oleh sedikit jamu.
Kelas Antenatal
Bagi ibu yang hamil terutama pertama kali bakal bersalin digalakkan menghadiri kelas antenatal untuk mempelajari dan membuat persediaan berkenaan mengandung, proses bersalin, penjagaan bayi dan mengenai penyusuan badan. Kelas antenatal terdapat dalam pelbagai bentuk. Kelas antenatal ini boleh didapati di hospital-hospital dan jika di bandar-bandar besar terdapat perkhidmatan mengenai kelas antenatal persendirian.
Biasanya perlu membayar. Boleh dihadiri bersama pasangan masing-masing. Ia bertujuan juga agar anda dan suami mendapat kemahiran dan keyakinan untuk melalui proses kelahiran dengan pengalaman yang positif. Boleh mula menghadiri kelas ini pada minggu ke 28 hamil.
Keperluan kelas antenatal ini sebenarnya selain menumpukan kepada kehamilan dan kelahiran bayi, ia juga menjadi tempat untuk berjumpa bakal ibu bapa yang lain dan bertukar-tukar fikiran.
Di dalam kelas akan diajar berkenaan semasa kehamilan, maklumat mengenai proses bersalin dan kelahiran, prosedur perubatan, cadangan terkini mengenai teknik persediaan fizikal, mental, emosi dan proses kelahiran, nasihat mengenai teknik berehat, peluang berbincang mengenai pilihan bersalin dan posisi-posisi, panduan pilihan mengurangkan kesakitan, mempelajari teknik pernafasan ketika bersalin, membuat pertanyaan dan mencuba apa yang akan berlaku ketika bersalin, aspek penjagaan bayi dan penyusuan
Kelas berbeza mengikut terma dan masa. Terdapat pelbagai sesi berbeza, biasanya antara 3 ke 6 sesi. Waktu sama ada pada tengah hari atau petang dan pada hari-hari tertentu. Kelas persendirian akan dilakukan oleh pengajar terlatih. Manakala kelas di hospital biasanya pula dijalankan oleh jururawat, bidan hospital, doktor atau ahli fisioterapi. Jika kelas di hospital, bakal ibu bapa akan turut dibawa melawat di sekeliling bilik bersalin. Jadi anda akan biasa dengan susunan dan mengetahui apa yang berlaku nanti.
Anda perlu tempah untuk menghadiri kelas ini dan membuat perancangan bila anda boleh hadir kelas ini. Namun bergantung pada anda. Ada mengatakan ada dipelajari di kelas berbeza dengan sebenar berlaku. Tentu sekali berbeza kerana ketika bersalin, kesakitan adalah benar-benar terjadi tetapi dengan teknik yang betul memudahkan bersalin. Jika tidak ketika itu baru anda diajar minta tarik nafas dan lain-lain untuk meneran. Dalam keadaan kesakitan mungkin kita tidak mendengarnya dengan jelas.
Tip mudah bersalin
Selepas 7 bulan banyakkan berjalan. Saya ketika kerja dulu, akan naik tangga ke pejabat di tingkat 2(atau tingkat 3). Jarang naik lif. Semakin hampir tarikh bersalin, saya akan kerap berjalan. Namun untuk keadaan tertentu seperti uri di bawah, kerap berlaku kontraksi atau berlaku pendarahan, jangan banyak berjalan. Jangan juga lakukan terlalu awal sebelum 4 bulan.
Jaga makanan. Elak makanan yang tidak menyenangkan perut seperti makanan pedas atau terlalu manis ketika hampir bersalin. Ketidakselesaan ini mengganggu proses bersalin.
Ketika menunggu dalam bilik bersalin, jangan berbaring. Duduk. Saya sendiri masa anak sulung berbaring, dan mengalami sakit. Untuk kali ke-2 saya baca tip-tip, dan salah satunya adalah jangan baring. Untuk bersalin seterusnya saya berjalan-jalan dalam bilik bersalin. Bila tidak larat berjalan saya akan duduk. Baca tip mengurangkan sakit.
Berbincang dengan doktor cara mengurangkan sakit. Apa yang boleh diambil seperti ubat tahan sakit dan lain-lain. Semasa anak sulung saya memang mengambil ubat tahan sakit, untuk anak seterusnya saya tidak mengambil sebarang ubat dengan teknik yang betul mengatasi sakit secara fizikal.
Baca ayat-ayat Al-Quran seperti 3 Qul dan ayat kursi. Si suami pula boleh bacakan Yassin untuk mengurangkan kesakitan.
Berborak-borak dengan teman samada ibu atau suami(jika dibenarkan masuk ke bilik bersalin). Ini akan mengalih tumpuan dari sakit tadi.
Penting mempelajari teknik bersalin yang betul, dapat elak berada lama di bilik bersalin dan meneran dengan lama. Ini boleh menyebabkan keletihan dan kehabisan tenaga untuk meneran.
Pengalaman saya, memang sakit ketika bersalin. Namun sakit tiba-tiba hilang ketika pertama kali melihat bayi saya. Dan ketika itu juga terasa mampu lagi untuk bersalin untuk seterusnya. Lupa rasanya sakit bersalin itu
Senarai Keperluan Ibu Berpantang.
Sebagai ibu bapa baru, tentu seronok untuk menimang cahaya mata. Tapi jangan lupa untuk menyediakan kelengkapan diri sendiri. Persediaan awal untuk kita juga penting, akan membantu diri kita lebih mudah ketika berpantang.
Pakaian
- Baju yang selesa ketika berpantang, biasanya dalam pantang mudah berpeluh.
- Kain batik – senang pakai kain batik kerana perut yang besar dan kain batik free size
- Pad bersalin – saiz lebih besar dan lembut berbanding pad period biasa.
- Stokin – untuk elak kaki kesejukan dan angin masuk ke badan
- Bengkung/barut – bagus untuk menyokong perut dan mengempiskan perut
Makanan kesihatan/tambahan
- Susu – bergantung pada individu. Saya tidak sesuai minum susu lembu jadi saya tidak ambil susu lembu
- Pil tambahan kesihatan – bagus untuk memberi tenaga tambahan, boleh dapatkan nasihat doktor
- Jamu/herba bersalin – bergantung pada individu, namun ia bagus untuk kesihatan dan pastikan jamu/herba itu sesuai untuk kita. Jika ingin menyusu badan ada jamu/herba yang tidak sesuai.
Penyusuan badan
- Bra menyusu – memudahkan penyusuan dan tidak merosakkan bra jika menggunakan bra biasa
- Bantal menyusu – mudah untuk menampung bayi, boleh gunakan bantal biasa namun mungkin kurang selesa. Jika tidak agak penat memegang bayi untuk tempoh lama
- Pad alas payudara – untuk elak susu melimpah. Kadang-kadang payudara di sebelah bayi tidak menghisapnya akan keluar susu. Sesuai untuk ke pejabat, ada masa susu akan keluar dengan sendiri.
- Pam perah susu (ibu bekerja) – ada jenis manual, bateri dan eletrik.
- Poncho menyusu – sesuai jika ingin menyusu bayi di luar rumah.
Lain-lain
- Bidan/tukang urut – sekarang terdapat yang untuk spa dan untuk mengurut bersalin. Pastikan mereka mahir mengurut untuk bersalin
- Batu tungku – bergantung pada keperluan. Bagus untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan lemak.
- Buku-buku panduan kesihatan, kelahiran dan penjagaan bayi – terutama bersalin anak sulung. Kadang kita lihat atau fikir mudah untuk menguruskan bayi. Namun sebenarnya bila kita perlu menjaga sendiri keadaan berbeza.
Adalah baik membuat persediaan awal. Agar tumpuan sebenar ketika pantang adalah menjaga bayi dan mengamalkan jagaan kesihatan yang betul untuk ibu supaya cepat sembuh.
Memperkenalkan Bengkung Moden yang diimport dari USA dan direka khas bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan (cesarean).
Namun begitu, ia juga sesuai di gunakan oleh ibu yang bersalin normal dan bagi mereka yang ingin mengempiskan perut. Dan yang pastinya, ia amat senang, mudah, praktikal dan selesa untuk dipakai.
Persediaan Untuk Menyambut Bayi Anda
(Dari Rumah Ke Wad Bersalin)
Anda pernah bersalin? Jika pernah, sudah tentu anda mempunyai pengalaman yang sungguh berharga. Jika anda sedang mengandung anak yang pertama… harap tulisan seterusnya dapat memberikan anda idea persediaan untuk menghadapi masa masa hampir nak bersalin sehinggalah akhirnya melahirkan bayi yang ditunggu tunggu
Apabila anda mengalami tanda tanda untuk bersalin, anda perlu ke pusat bersalin atau pun hospital yang anda telah pilih dengan segera. Jadi ada baiknya, sebelum sakit bersalin lagi, anda telah pergi berjumpa Dr. atau kakitangan di sana untuk mengetahui prosedur kemasukan dan bagaimana proses seterusnya. Setiap pusat bersalin atau hospital mempunyai prosedurnya yang tersendiri.
Tanda tanda bersalin seperti rasa sakit seolah-olah senggugut (lebih sakit dari senggugut), perut mengeras dengan lebih kerap berbanding biasa, air ketuban mula mengalir keluar dan pendarahan.
Oh ya, sebelum anda ke pusat bersalin @ hospital, anda harus membawa (biasanya suami lah yang akan membawanya) perkara berikut:
Untuk Anda:
1. Kad Rawatan Bulanan
2. Nursing Bra
3. Nursing Pad
4. Maternity Panty
5. Sanitary Pad
6. Baju Panas
7. Stokin
8. Baju Persalinan (Diperlukan waktu keluar hospital)
9. Kain Batik
10. Tuala
11. Minyak angin @ panas
Untuk Bayi:
1. Baju Lengan Panjang/Pendek
2. Seluar Panjang/Pendek
3. Sarung Tangan, Kaki dan Serkup Kepala (Mittens / Booties )
4. Barut
5. Lampin/Diapers
6. Selimut @ kot bayi
7. Tuala
8. Sabun Bayi
9. Syampu
10. Bedak
11. Losyen Bayi @ Minyak Bayi
12. Krim Bayi
Penting: Jangan bawa terlalu banyak kelengkapan. Bawa secukupnya untuk mungkin 1-2 malam sahaja ( bersalin normal)
Hmm jika ada yg terlepas, maybe rakan rakan yang dah bersalin dan ada pengalaman tu boleh tambah tambah.
Selepas anda “check in” ke pusat bersalin atau hospital yang dipilih, dan Dr. akan memeriksa perut anda bagi memastikan kandungan dalam keadaan normal atau tidak. Sementara itu, jantung bayi di dalam kandungan akan diperiksa dengan alat pengesan yang biasanya dipanggil CTG @ Cardiotograph. Tekanan darah, suhu badan dan kadar denyutan nadi anda juga akan diambil oleh petugas di pusat atau hospital berkenaan.
Seterusnya, Dr. akan membuat pemeriksaan dalaman faraj untuk menilai pembesaran bukaan servik dan penurunan kepala bayi. Maklumat ini akan dipantau dari masa ke semasa (hourly) sehinggalah sampai saat anda melahirkan bayi.
Biasanya Dr. akan tanya jika anda masih belum buang air besar, Dr. akan berikan ubat membersihkan usus supaya tiada najis yang keluar masa nak melahirkan bayi nanti.
Anda dan bayi akan dipantau dari masa ke semasa, biasanya antara 15 ke 30 minit sekali. Sementara pemeriksaan dalaman faraj (seperti yang diterangkan di atas tadi) setiap 4 jam.
Ramai juga yang bertanya saya, sakit tak nak bersalin? Ada tak ubat penahan sakit? Sebenarnya ada beberapa jenis penahan sakit yang boleh dan biasa ditawarkan oleh Dr. berdasarkan situasi anda:
*Pernafasan @ Deep Breathing
*Entonox ~> setiap kali terasa sakit, anda menghidu gas yang akan mengkhayalkan.
*Suntikan ubat untuk menghilangkan kesakitan.
*Epidural ~> Suntikan ubat khusus yang akan mengebaskan sebahagian badan dari pinggang ke bawah, kaedah ini anda perlu melakukan tanda tangan sebagai bukti bersetuju untuk melakukan kaedah tesebut, di dalam satu surat yang diberikan oleh pihak Dr.
Seterusnya ialah saat untuk bersalin, sebaiknya suami anda ada bersama anda, menggenggam tangan anda, memberikan kata kata semangat kepada anda, memanjatkan doa ke hadrat Allah swt agar proses anda melahirkan anak berjalan dengan baik sekali, Insya Allah. Suami memang dibenarkan untuk menemani anda. Bagaimanapun ada suami yang takut melihat darah, tak berani nak bersama menemani isteri yang hendak bersalin, nanti dia pulak yang pengsan. So, tanya suami anda bebetul dahulu, jika suami tak boleh, ibu anda boleh menggantikannya.
Selamat bersalin!
Memperkenalkan Bengkung Moden yang diimport dari USA dan direka khas bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan (cesarean).
Namun begitu, ia juga sesuai di gunakan oleh ibu yang bersalin normal dan bagi mereka yang ingin mengempiskan perut. Dan yang pastinya, ia amat senang, mudah, praktikal dan selesa untuk dipakai.
1. Bapa yang komited dan bertanggungjawab.
Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka. Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah. Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan `hadiah' ata u `anugerah' yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!
2. Kenali anak anda.
Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing. Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka
3. Istiqamah (tetap pendirian)
Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten. Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.
4. Melindungi, menyara dan mendoakan.
Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya `mengajar' anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.
5. Mencintai ibu mereka.
Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan `keibubapaan', bukan hanya ibu. Inilah langka h dan hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.
6. Menjadi pendengar yang baik
Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka `berhak' untuk didengari dan diberi perhatian.
7. Jadikan diri anda `pemimpin' kerohanian.
Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan `keimanan' dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.
Tidak ada dua orang kanak-kanak yang membesar tepat pada kadar yang sama. Setiap kanak-kanak itu berbeza dalam melakukan sesuatu aktiviti yang tertentu lebih awal atau kemudian daripada yang lain. Sebab itulah tidak mungkin diberikan jadual yang tepat tentang perkembangan seorang bayi dalam tahun pertama. Coraknya memang ada, walau bagaimanapun penerangan berikut adalah satu rajah tentang kemajuan dan tabiat seorang bayi secara bulanan. Berikut adalah rajah perkembangan bayi pada setiap bulan.
Bulan Pertama:
Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.
Bulan kedua:
Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.
Bulan ketiga:
Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.
Bulan keempat:
Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang.
Bulan kelima:
Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.
Bulan keenam:
Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.
Bulan ketujuh:
Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau "dada".
Bulan kelapan:
Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan.
Bulan kesembilan:
Sekarang kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.
Bulan kesepuluh:
Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali.
Bulan kesebelas:
Seorang bayi mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya.
Bulan kedua belas:
Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang permainannya.
Amalan berpantang dalam masyarakat Melayu biasanya dijalani oleh ibu selepas bersalin selama 44 hari dan ada juga sehingga 100 hari. Dalam masa ini beberapa perkara perlu dilakukan dan ada juga perkara yang dilarang bagi memastikan ibu sihat seperti sediakala.
Minuman Herba/Rempah
Faedah
Memanaskan badan
Mengurangkan berat
Mewangi tubuh
Membuang toksin dalam badan
Mengecutkan Peranakan
Jamu Bersalin
Jamu terdiri daripada kombinasi herba atau rempah tertentu yang biasanya disediakan oleh orang-orang tua, bidan-bidan kampung ataupun dalam bentuk tablet atau kapsul yang dihasilkan oleh kilang.
Kebiasaannya jamu dimakan ibu dalam pantang pada waktu pagi selepas mandi dan sarapan dan juga petang selepas mandi sebelum maghrib.
Antara pantang larang mereka yang mengamalkan jamu adalah air kelapa dan air batu.
Kebanyakan pakar kesihatan menasihatkan pengambilan jamu dilewatkan bagi ibu menyusu anak yang menghidap jaundis atau penyakit kuning sehingga bayi benar-benar sembuh dan sihat.
Minum Air Pati Kunyit/Inai
Air pati kunyit/inai berkhasiat untuk menambah seri wajah serta melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan peranakan.
Caranya, sebuku ibu kunyit dibersihkan, dibuang kulitnya dan dibakar sehingga layu. Setelah itu, tumbuk halus dan diambil patinya. Campurkan dengan ¼ cawan air dan diminum hanya sekali sahaja dalam masa pantang.
Untuk Inai pula, ambil daun inai, ramas. Rebus ramasan daun inai tadi bersama air dan minum air rebusannya.
Mandi Air Akar Kayu/Rempah
Faedah
Membuang bau hanyir
mengembalikan kecergasan badan
mencantumkan urat putus
Kaedah
Air mandi ibu dalam pantang seharusnya hangat atau suam untuk memanaskan badan.
Jika tiada pancuran air panas di rumah, minta bantuan orang lain untuk menyediakannya.
Semasa mandi mulakan siraman air di bahagian kaki dahulu dan dibawa naik ke atas sehingga ke kepala dan rambut.
Seminggu selepas bersalin, seeloknya ibu mandi dengan air mandian yang dicampur rebusan herba seperti daun lengkuas, daun pandan wangi dan daun jerangau untuk menyegarkan badan serta menghilangkan bau hamis darah nifas. Herba ini tidak perlukan sukatan yang khusus.
Bertungku
Faedah
Mengecutkan rahim bengkak
Memecah lemak
Membuang angin dalam badan
Merangsang peredaran darah
Memanaskan badan
Kaedah
Batu (seeloknya batu sungai yang bulat dan licin) atau besi tungku (ada dijual) boleh digunakan sebagai tungku. Sebelum tungku dipanaskan, bentangkan kain dahulu, diikuti lapisan beberapa helai daun mengkudu yang disusun rapat. Daun pisang juga boleh digunakan. Setelah dipanaskan 30 minit, letakkan tungku tersebut di atas daun dan kain tadi dan balut kemas dan ketat supaya tidak mudah terburai. Waktu sesuai bertungku adalah sebelum mandi waktu pagi dan petang.
Untuk bertungku, ibu hendaklah berbaring dan tungku dituam di bahagian peranakan. Bahagian ini biasanya mengambil masa selama 25 minit. Selepas itu ke bahagian kemaluan dengan cara ibu duduk bertinggung di atas tungku yang diletakkan di atas lantai.
Kemudian ibu berbaring semula dan tuam di bahagian badan bermula dengan dada, ulu hati, ketiak kanan dan kiri, akhir sekali tungku diletakkan di bawah tengkuk. Bahagian dada adalah termasuk buah dada bagus untuk melancarkan aliran susu.
Akhir sekali adalah bahagian bawah iaitu betis, paha, punggung, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Untuk tapak kaki, naikkan sedikit lutut, rapatkan kedua-dua kaki dan pijak batu sambil menggolek-golekkannya ke hadapan dan ke belakang. Biarkan tungku di kaki sehingga ia sejuk.
Urutan Selepas Bersalin
Faedah
Melancarkan pengaliran darah
Menaikkan rahim
Membetulkan urat
Memecah lemak
Membentuk tubu
Kaedah
Urut merupakan satu daripada amalan penting dalam pantang.
Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman untuk mengelakkan kecederaan terutamanya semasa proses sengkak untuk menaikkan rahim.
Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.
Urutan biasa dilakukan pada sebelah pagi selepas mandi dan ia mengambil masa lebih kurang satu jam.
Bidan akan mengurut keseluruhan badan termasuk urat susu bagi melancarkan aliran susu badan. Selepas selesai mengurut, bidan akan mengikat kemas dan ketat rambut ibu, menyapukan pilis di dahi ibu serta memakaikan bengkung.
Pilis
{mosimage}Pilis ialah campuran ramuan remah-rempah yang disapukan pada dahi untuk mengelakkan rasa pening-pening, sakit kepala atau pitam.
Faedah
Dipercayai boleh mengelakkan berlakunya rabun ketika usia muda.
Pemakai pilis akan merasa nyaman dan berangin, jadi rasa mengantuk dan letih dapat dielakkan.
Kaedah
Cara biasa pilis dipakai ialah dengan mencampurkannya dengan sedikit air sambil menghancurkannya sehingga menjadi pes yang pekat
Sapukan ke keseluruhan dahi dan pelipis.
Seelok-eloknya digunakan dua kali sehari, waktu pagi dan petang selepas mandi, bersarapan dan makan jamu.
Tempel/Tapel
Tempel atau tapel adalah campuran rempah/herba yang disapu pada perut.
Faedah
menghangatkan perut supaya tidak ‘masuk angin’
mengencangkan kembali otot perut ibu selepas bersalin.
Kaedah
Cara pemakaiannya ialah dengan menghancurkannya dahulu bersama dengan air secukupnya (lebih elok digunakan air limau nipis) sehingga menjadi pes dan disapukan pada perut selepas mandi pagi dan petang, sebelum memakai bengkung.
Berbengkung
Faedah
Mengembalikan bentuk badan
Mengelak risiko perut buncit
Mengekalkan kepanasan tubuh
Kaedah
Bengkung dahulu merupakan kain yang sangat panjang dililit kepada tubuh dari atas perut sehingga ke bawah paha.
Kini terdapat bengkung yang lebih mudah dipakai dan banyak dijual di kedai ubatan tradisional, jualan langsung dan juga farmasi.
Bengkung seelok-eloknya dipakai 5 jam sehari untuk kesan yang terbaik.
Sebelum menggunakan bengkung, seelok-eloknya perut disapu dahulu dengan tapek atau campuran perahan limau dan kapur makan.
Memperkenalkan Bengkung Moden yang diimport dari USA dan direka khas bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan (cesarean).
Namun begitu, ia juga sesuai di gunakan oleh ibu yang bersalin normal dan bagi mereka yang ingin mengempiskan perut. Dan yang pastinya, ia amat senang, mudah, praktikal dan selesa untuk dipakai.
Rujukan :
Penjagaan Bayi dan Ibu Dalam Pantang (Amran Kasimin)
Ceria Menawan: Urut amalan berpantang penting selepas bersalin (Siti Fatimah Mohamed Anwar, BH)
Berpantang Secara Rawatan Tradisional Di Kalangan Masyarakat Melayu (Zuradatolakma Bt. Hj. Din)
Senaman ini sedikit sebanyak dapat menyediakan diri anda semasa kelahiran nanti.
Beberapa jenis senaman mudah boleh anda amalkan semasa bulan akhir kehamilan dalam menyediakan badan anda untuk proses bersalin.
Senaman Kegel contohnya dapat membantu menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perenium.
Senaman lain yang dapat mengurangkan tekanan semasa bersalin antaranya adalah: Tailor Sitting
Kebaikannya
* Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.
* Dapat memperbaiki postur badan.
* Melembutkan sendi pelvic.
* Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.
Kaedahnya:
* Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.
* Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai.
* Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.
* Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.
* Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.
Pelvic rock
Kebaikannya:
* dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang
* dapat mengurangkan sakit belakang. Kaedahnya:
Kaedah
* Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata.
* Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat.
* Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/belakang.
* Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.
Wall slide
Kebaikannya:
* Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan.
Kaedah:
* Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.
* Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda.
* Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat.
* Naik ke atas semula.
* Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya.
* Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding.
hanya petua orang dulu2…teringat zaman kanak2 dahulu… terutamanya bidan2 kampung biasanya meramalkan atau meneka berdasarkan apa yg mereka lihat pada perut si ibu dan juga kelakuannya sewaktu hamil….tapi pada hakikatnya dari segi ketepatan sukar bagi kita mengetahui jantina janin sebelum ianya dilahirkan,malah para doktor pun tidak dapat menentukannya dengan tepat..kerana ini adalah pengaturan dan kehendak Allah S.W.T…Hanya Dia yang Maha Mengetahui***
1) Melihat puting tetek abang atau kakaknya : Jika abang atau kakak janin yg dikandung mempunyai puting tetek yg terbelah, maka janin yg dikandung adalah perempuan. Jika puting itu panjang, jantina janin ialah lelaki.
2) Melihat arah tidur : Semasa hamil jika isteri sering tidur mengiring ke kanan, anak yg dikandung adalah lelaki dan jika lebih ke sebelah kiri anak perempuan.
3) Melihat arah berat perut : Jika perut isteri yang hamil berat ke kanan maka jantina anak itu adalah lelaki, jika berat ke kiri itu anak perempuan.
4) Melihat garisan pada perut : Ada yang mempetuakan agar melihat pada garisan menegak dari tundun ke dada ibu tersebut, jika garisan itu terang dan tidak putus2 maka anak yg dikandung adalah lelaki. Jika terputus maka anak perempuan.
5) Melihat bentuk perut : Satu petua, jika perut ibu kelihatan tajam maka anak yg di dalam kandungan adalah lelaki. Jika perut bulat bundar, itu kemungkinan anak perempuan.
6) Melihat perangai : Sekiranya semasa hamil ibu banyak bersolek dan bergaya, maka anak dalam kandungan adalah seorang perempuan, jika tidak maka anak itu adalah lelaki.
Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).
Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.
Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).
Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Pada usia kehamilan minggu pertama – minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.
Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.
Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.
Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.
Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.
Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.
Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.
Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.
Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.
Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.
Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.
Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.
Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.
Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.
Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.
Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.
Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.
Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.
Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur – angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.
Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.
Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.
Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.
Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.
Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.
Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau “varicose vein” dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.
Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.
Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.
Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
• Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
• Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
• Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
• Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
• Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
• Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
• Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
• Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.
Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.
Jenis ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.
Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.
Ulam-ulaman
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:
Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
Jenis sayuran dan buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.
Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
Jenis ayam dan burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
Selama empat puluh empat hari, dikira dari hari pertama bersalin, adalah diadatkan kepada ibu tersebut untuk menjalani pantang. Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu mengandung dan berpantang. Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang. Bagi wanita yang mementingkan kesihatan dan penjagaan diri, amalan berkenaan dianggap peluang untuk memulihkan kesihatan dalaman. Tidak hanya dari segi kesihatan, ia turut membabitkan kecantikan dan kecergasan diri biarpun sudah bergelar ibu.
Urutan
Matlamat utama mengurut adalah untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Sekiranya tidak diurut dalam tempoh ini kemungkinan badan akan berasa sengal-sengal. Bahagian yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala.
Bertunku
Tidak lengkap amalan berpantang jika tidak bertunku. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. Kesan positif daripada bertunku ialah darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa. Amalan ini memerlukan kesungguhan dan sebaik-baiknya dijalankan tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang.
Bertangas
Rawatan ini bertujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan peranakan , membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ini penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang.
Berbengkung
Rawatan ini tidak seharusnya ditinggalkan. Untuk mendapatkan bentuk tubuhyang ramping, berbengkung adalah jawapan yang tepat. Anda perlu memakai bengkung setiap hari sehingga habis berpantang terutamanya ketka waktu makan. Selain dapat mengelakkan masalah perut buncit, ia turut berfungsi untuk mengembalikan kedudukan peranakan.
Mandi rempah ratus
Anda digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan daun atau akar kayu. Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin dan menghaluskan kulit. Amalan mandi biasanya dilakukan pda hari ketiga dan akan terus mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut. Antara jenis daun herba yang digunakan ialah jambu batu, lengkuas merah, pandan, serai wangi, halia bara, tamu pauh dan temulawak. Selain daripada itu isi halia dan lengkuas turut digunakan. Antara lain anda juga juga perlu mandi bunga supaya dapat mengekalkan kesegaran tubuh dan menaikkan seri wajah.
Memakai param dan pilis
Rawatan luar juga perlu dititikberatkan selain daripada rawatan dalaman. Ini dapat dilakukan dengan memakai param ke seluruh badan dan menyapu pilis di dahi. Tujuan pemakaiannya ialah untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Kebaikan memakai param pula ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.
Minum jamu
Amalan ini dapat membantu anda memanaskan badan agar mampu kelihatan bermaya sepanjang masa. Jamu juga dapat membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, malawas pembuangan air besar, menghindarkan keputihan yang berlebihan seterusnya menyegarkan tubuh.
Artikel di sini hanya kompilasi. Justeru itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami.