Welcome

Blog ini adalah untuk rujukan diri sendiri dan keluarga.. Khas untuk suami tercinta dan anak-anak yang menbahagiakan dan dalam masa yang sama memeningkan dan memenatkan kami berdua..


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Blog ini ibarat 'scrap book' ataupun buku rujukan aku yang mengumpulkan koleksi artikel yang aku gemari especially artikel yang berlambak-lambak di internet. Artikel-artikel ini bukannya ditulis oleh aku tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca. Untuk berkongsi cerita ceriti hasil air tangan aku sendiri meh ahh datang ke BLOG RUANGAN KELUARGA KITA


Bookmark and Share

Tuesday, October 26, 2010

Tips untuk menjadi isteri yg baik

Best tak? Rasa dalam awang-awangan tak kalau pasangan korang cakap macam tu? Hehe. Entry kali ni adalah strictly untuk kaum perempuan/wanita saja, tetapi lebih khusus kepada para isteri yang sudah berumah tangga supaya dapat mengetahui cara-cara untuk menjadi isteri yang disayangi suami. Lagipun adalah penting untuk ister-isteri mendengar kata suami dan jadi isteri yang baik kepada suami kan? Kepada yang tengah bercinta juga bolehlah baca tips ini sebagai panduan untuk hubungan yang lebih kukuh dan bahagia. :)

Ok let's start. Hurm,lelaki mahu itu dan ini. Mereka juga mudah jemu dengan rentak yang serupa. Apa kata ladies-ladies sekalian, selami dan fahami  keinginan pasangan korang agar ikatan yang terjalin berkekalan sampai bila-bila. InsyaAllah, at least kita ada usaha kan, siapa yang nak hubungan tak bahagia dan penuh duka. Betul tak?


alalala comelnya :) 

urs truly :P
comel la old couple ni :) 
omg cant resist their cuteness! geram!



Jom skodeng tips-tips berikut:


1)Peka kepada rungutan 
- Kalau dia merungut yang korang dah gemuk ke, atau perangai korang semakin lama semakin melampau ke, atau muka korang dah berjerawat, jangan buat endah tak endeh je. Walaupun nampak remeh ja benda tu, tapi ia jugak adalah langkah pertama buat korang berjaga-jaga sebab teguran lelaki selalunya bersifat amaran.

2)Jadilah pasangan yang menyenangkan
-Ini adalah antara fakta penting yang patut korang pertimbangkan. Lelaki akan kekal dengan perempuan bukan saja sebab paras rupa atau peribadi yang baik tetapi juga sikap perempuan yang menyenangkan. Lelaki mahukan seorang pasangan sebagai tempat berkongsi idea, meluah rasa, disayangi, menyayangi dan bermanja.

3)Fantasi lelaki kerap berubah
-Jangan pikir bukan-bukan pulak ye. Haha. Fantasi di sini adalah  benda yang ingin dicapai oleh lelaki dalam fasa usia mereka. Sebagai contoh, lelaki yang berusia 20-an mahukan pasangan yang cantik dan sempurna,  manakala lelaki 30-an mahukan kereta baru dan kediaman yang sempurna . Jadi tugas korang di sini adalah untuk fahami fantasi dorang dan jadilah pendorong lelaki dalam usaha mereka untuk menggapainya.

4)Jangan biarkan lelaki bosan 
-Ada lelaki yang dikurniakan pasangan secantik bidadari, peribadi semolek pekerti tetapi masih ligat dan liar mencari perempuan lain. Kenapa? Kerana mereka sudah bosan dengan perangai korang yang masih tetap sama dan tak berubah. Contohnya kalau dorang tegur ubahlah sikap cemburu tu, saya tak suka, tapi korang still macam tu, lama-lama fed-up lah mereka.

5) Dekati dunia lelaki 
- Lelaki akan merasa diri mereka dihargai dan dicurahkan perhatian jika korang berusaha mendampingi dunia mereka. Ia seperti satu kesudian korang untuk meneroka dunia lelakinya yang dirasakan sangat berbeza dengan fitrah wanita. Sebagai contoh, korang boleh berbual tentang sejarah pasukan  bola sepak kegemaran pasangan korang. :)


Itu sahaja tips-tipsnya. Diharap pihak lelaki juga consider dengan  perasaan pasangan masing-masing, bertolak ansur kan lebih bagus dalam hubungan. :) Jadi kenalah selalu give and take ya?

Good LUCK.


Tuesday, October 12, 2010

Pemakaian IUCD

Soalan
 Saya telah mempunyai 4 orang anak. Selepas kelahiran anak saya yang ke-4,saya telah memakai alat-cegah kehamilan I.U.C.D.Setelah memakainya buat beberapa bulan, period saya tak regular. Walaupun saya telah berjumpa doktor,saya masih mengalami problem yg sama. Menurut doktor, maybe hormon saya tak balance. Baru-baru ini saya mengalami prolong period dimana pada bulan Januari period saya datang pd 22/01/01 & berakhir pd 28/01/01. Selepas beberapa hari, period saya datang kembali - 6/02/01 - 13/02/01. Apakah saya harus berjumpa dengan doktor atau adakah saya tidak sesuai memakai IUCD
Jawapan
Biasanya wanita yang menggunakan IUD mengalami masalah keluaran haid yang banyak atau berpanjangan dan kadangkala tidak tentu masa.  Ini disebabkan oleh alat itu sendiri khususnya jika ia dijangkiti kuman kerana jangkitan kuman memang boleh berlaku kerana IUD ini mempunyai benang yang terkeluar daripada rahim dan terletak pada pintu rahim. Disini jangkitan kuman boleh berlaku selepas persetubuhan ataupun pada bila bila masa. 
   Jika ada jangkitan kuman puan perlu diberi antibiotik yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.    Saya percaya ini punca pertama dan makanlah antibiotik untuk beberapa waktu dan mungkin ditukar jenisnya jika satu jenis tidak berkesan.      Jarang sekali IUD menimbulkan masalah hormon menyebabkan pusingan haid tidak teratur melainkan jika puan orangnya gemuk kerana kegemukkan biasanya mengganggu keseimbangan hormon dan seterusnya menyebabkan keluaran darah haid yang tidak teratur.  
  Cuba rawatan dengan antibiotik dahulu, jika gagal untuk membetulkan haid maka gunakanlah hormon Norculut 5 gram, 1 biji, 3 kali sehari selama 21 hari setiap bulan.     Puan perlu makan untuk 2 atau 3 pusingan untuk mengetahui samada pusingan haid yang akan datang menjadi teratur atau tidak.      Mungkin pada saat ini tidak perlulah membuang IUD dahulu sebelum mencuba ubat antibiotik serta ubat hormon tadi.

Friday, October 08, 2010

Rahsia Mengeratkan Hubungan Suami Isteri

Tulisan ini menerangkan tentang bagaimana petua org tua2 dulu dpt membantu kita membina rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang. InsyaAllah, moga2 dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan yang diredhaiNYA.
Ada beberapa perkara yang dibangkitkan yang sangat penting untuk diberi perhatian.
Pertama sekali ialah mengenai hal membasuh pakaian. Memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg ‘kecik’2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri. (ada rahsia tu).

Perkara kedua ialah tentang bilik tidur. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd pembantu rumah. NO ENTRY !!!!. Apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya.Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya. (ada rahsia gak tu)
APAKAH  RAHSIA NYA???

AIR TANGAN!!!! atau SENTUHAN TANGAN!! Itulah rahsianya, sentuhan tangan atau air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu ada aura ajaib. Ada ‘ruh’. Ada keberkatan. Ada kasih sayang. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta ‘powernya’ air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah.
Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil ‘air tangan ibu’. Walaupun sekadar mee maggie!!!.
Begitu juga memberi makan anak, suapan ke mulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka ‘kurang mendengar’ apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari ‘air tangan’ (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak2 itu ingin mengikut ‘kehendak sendiri’ namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari ‘restu si ibu’ dlm hidupnya. Pecayalah.
Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ‘ air tangan’ yg masuk ke perut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu.
Kebajikan Suami juga begitu. Kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada ‘roh’ nya, jika ‘roh’ itu sentiasa di belai oleh org lain. Apa akan jadi? Sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai. (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).
Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami.
Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya… (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita.
Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik ke rumah sendiri pun kita minta ‘bibik’ buatkan air???. So bila masa kita dapat ‘belaian roh’ suami agar dekat dgn kita???
Jadi kalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat sendiri. Penat usah cerita, semua kita ni penat bekerja. Samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu cari beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.
Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia rasa. Apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat
khas jauh dari penglihatan org lain.
Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka (berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai di situ, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.
Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm,bergayutan di ampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap ke jalan raya lagi. Semua mata boleh memandang. Semua boleh check, yang mana saiz besar. Yang mana saiz kecik…huk huk…alahai.
Kot yer pun. Sorok2lah sikit. Malu org tengok. Tak boleh bagi alasan tak ade ruang, cuba adjust sikit. Kita boleh cari tempat sebenarnya, bukan main sidai jer ikut suka hati.
Maaf saya kena berterus terang sikit tentang hal ini. Tapi rasanya bahasa saya ni masih dikira berlapik kot. Pakaian dlm ini ialah alat yang kita gunakan untuk ‘menyorokkan’ aurat (bahagia sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya oleh si isteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesin basuh) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak…kenapa musti bagi org lain ‘menguruskannya’??? Lu fikir la sendiri, bak kata Nabil tu.
Dan ini yg paling penting, bisik nenek ke telingaku, “bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!
Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, ‘bersama’ juga disitu, justeru ‘roh’ yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri. Jadi, peliharalah ‘keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2.
Begitulah beberapa perkara yang ingin saya ingatkan kepada mereka yang bergelar isteri. Terutamanya kepada mereka yang mempunyai pembantu rumah atau ‘bibik’ di rumah.
Jangan sampai nanti, suami dok tergila2 kan ‘bibik’. Kita yang gila meroyan. Tak ker kes naya tu?
Sekian, semoga dapat sedikit manfaat dari ingatan saya ini.
Anda ada sebarang kisah, cerita, pengalaman tentang isu-isu rumahtangga dan kekeluargaan? Samaada kisah sendiri atau kisah orang lain, bolehlah kongsikan cerita itu di bahagian komen yer.

Wednesday, October 06, 2010

25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita

1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.

2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.

3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.

5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.

6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.

8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.

9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.

10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.

11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.

12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.

15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.

16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.

22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.

23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.

24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

25. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.

76 TIPS MEMENANGI HATI WANITA

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.
27. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.
28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.
31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
32. Basuhkan kereta yang dipakainya.
33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia suka.
34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.
36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.
37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
55. Solat bersama dan berdoa bersama.
56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.
64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Tuesday, October 05, 2010

mengenal kelemahan lelaki -Dr.HM Tuah

Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami..

1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.
Related Posts with Thumbnails