Tips-tips di bawah yang saya baca dari majalah dan kongsikan di sini mungkin boleh membantu anda :
Antara tanda-tandanya :
- Berat badan turun setiap kali menjalani pemeriksaan kesihatan. Anda boleh bertanya pada doktor semasa buat check up atau teliti kad kesihatan setiap kali buat pemeriksaan bayi.
- Bayi kelihatan tidak selera makan setiap kali anda mahu menyuapkan makanan.
- Badan yang terlalu ringan adan tidak sepadan dengan umur bayi yang sepatutnya bertambah setiap bulan.
- Badan nampak letih , kurus , perut kelihatan buncit
- Rambut nampak tak bermaya dan kesan lembam di bahagian mata.
- Bayi tidak peka apabila di panggil atau tidak teransang untuk mencari apabila ada bunyi yang kuat
- Mata bayi tidak memandang apabila di panggil
0 comments:
Post a Comment