Welcome

Blog ini adalah untuk rujukan diri sendiri dan keluarga.. Khas untuk suami tercinta dan anak-anak yang menbahagiakan dan dalam masa yang sama memeningkan dan memenatkan kami berdua..


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Blog ini ibarat 'scrap book' ataupun buku rujukan aku yang mengumpulkan koleksi artikel yang aku gemari especially artikel yang berlambak-lambak di internet. Artikel-artikel ini bukannya ditulis oleh aku tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca. Untuk berkongsi cerita ceriti hasil air tangan aku sendiri meh ahh datang ke BLOG RUANGAN KELUARGA KITA


Bookmark and Share

Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

Thursday, March 25, 2010

Masalah air ketuban berlebihan

Soalan
SAYA hamil 32 minggu. Untuk pengetahuan doktor, saya mempunyai masalah air ketuban yang berlebihan sehingga 30 poli.
Saya ingin mengetahui punca masalah ini dan kesan kepada kandungan saya ini.

ROHAYA,
Kapar, Klang

Jawapan
ISTILAH perubatan bagi air ketuban berlebihan adalah polihidramnios. Saya kurang faham apakah yang dimaksudkan dengan 30 poli.

Saya mengandaikan indeks air ketuban atau AFI anda adalah 30 sentimeter (diukur kedalaman kawasan air ketuban pada empat sudut).

Punca polihidramnios adalah seperti berikut:

- Air ketuban dihasilkan berlebihan: diabetes mellitus (kencing manis), penyakit ginjal janin contohnya sindrom Bartter; keabnormalan kromosom (yang sering berkait dengan keabnormalan sistem pemakanan) contohnya sindrom down dan sindrom Edward; keabnormalan uri contohnya cho-angioma, kehamilan kembar, hydrops fetalis.

- Air ketuban kurang diserap kembali : keabnormalan sistem pemakanan seperti atresia esofagus, atresia duodenum, fistula trakea-esofagus; keabnormalan sistem saraf misalnya anencephaly.

- Dalam kebanyakan kes, penyebabnya tidak dapat dikesan.

Saya pasti doktor anda sudah pun menjalankan ujian berkaitan untuk mengesan puncanya. Ini termasuk ujian darah MGTT bagi mengesan kencing manis dan ultrabunyi lengkap.

Langkah terbaik adalah mendapatkan rawatan pakar perbidanan yang mempunyai pengkhususan dalam bidang feto-maternal. Mereka lazimnya lebih mahir dalam mengesan keabnormalan fizikal janin dalam kandungan menggunakan ultrabunyi yang memberikan imej seperti mencari gambar tersembunyi.

Jika dikesan, anda mungkin memerlukan prosedur amniocentesis (mengambil sampel air ketuban menggunakan tusukan jarum ke dalam rahim) bagi menguji kromosom atau genetik janin.

Di samping itu, amniocentesis diharapkan dapat mengurangkan ketegangan rahim anda apabila sebahagian air ketuban terbabit dikeluarkan.

Polihidramnios menyebabkan saiz rahim anda lebih membesar berbanding usia kandungan. Ini menyukarkan pergerakan, pernafasan, kontraksi malah boleh menyebabkan anda mengalami kelahiran pramatang.

Pada usia 32 minggu, kandungan anda boleh kelihatan seperti sudah cukup bulan saiznya. Anda hendaklah bersedia dengan kemungkinan terpaksa bersalin awal pada bila-bila masa dari sekarang.

Bersalinlah di hospital yang mempunyai kemudahan lengkap. Polihidramnios boleh memberikan risiko tali pusat turun (cord prolapse), kekangan uri (abruption plasenta) sehingga boleh membahayakan anda dan janin.

Selepas kelahiran pula, bayi akan diperiksa sepenuhnya oleh pakar pediatrik untuk mengesan kelainan tambahan (selain keabnormalan yang dikesan sewaktu kehamilan lagi) yang tidak dapat dikesan sebelumnya.

Tuesday, March 23, 2010

Tanda-tanda Bersalin dan Petua Mudah Bersalin

Tanda-tanda Hendak Bersalin

PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:

  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.
Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.

Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit.

Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.

Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.

Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin.

Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.

Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.

Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.

Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.

Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi).

Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.

Sumber: Harian Metro


PETUA MUDAH BERSALIN - PETUA SEBELUM BERSALIN
  • Elakkan mengangkat benda-benda terlalu berat kerana boleh menyebabkan rasa mual dan hendak muntah. Elakkan 'melompat' dari kati selepas bangun tidur.
  • Amalkan pemakanan yang mengandungi asid folik yang baik untuk pertumbuhan otak bayi dan badan ibu.
  • Sesetengah ibu mengalami gejala gusi lembut dan mudah berdarah. Pilihlah berus gigi dari jenis yang lembut. Banyakkan memakan sayur, buah dan yogurt. Elakkan makan buah nenas atau buah peach kerana boleh menjadi punca keguguran.

Petua Mudah Bersalin : Minum Minyak Tanak
Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak ( santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh. Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy.

Petua Mudah Melahirkan Anak : Telan Telur Ayam
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.


Petua Mudah Bersalin : Pemakanan Salindah (dicadangkan)
Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail telah mengkaji secara mendalammengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung.

Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati.

Set Sebelum Bersalin:

B1 : Membantu melegakan deman panas, selsema batuk ,bengkak sendi, sakit kepala, dan menambah darah bagi orang yang pucat.

B2 : Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .

B3 : Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur , pelupa malas dan perasaan takut - takut.

B4 : Membantu wanita mengatasi maslah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.

B6 : Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan(lukorea) dan memulas dalam perut.


PETUA SELEPAS BERSALIN

Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:
  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.

Anda juga digalakkan mengunjungi laman web:

Monday, March 08, 2010

Persediaan dan Tips Bersalin Bagi Bakal Ibu

Kelas Antenatal
Bagi ibu yang hamil terutama pertama kali bakal bersalin digalakkan menghadiri kelas antenatal untuk mempelajari dan membuat persediaan berkenaan mengandung, proses bersalin, penjagaan bayi dan mengenai penyusuan badan. Kelas antenatal terdapat dalam pelbagai bentuk. Kelas antenatal ini boleh didapati di hospital-hospital dan jika di bandar-bandar besar terdapat perkhidmatan mengenai kelas antenatal persendirian.

Biasanya perlu membayar. Boleh dihadiri bersama pasangan masing-masing. Ia bertujuan juga agar anda dan suami mendapat kemahiran dan keyakinan untuk melalui proses kelahiran dengan pengalaman yang positif. Boleh mula menghadiri kelas ini pada minggu ke 28 hamil.

Keperluan kelas antenatal ini sebenarnya selain menumpukan kepada kehamilan dan kelahiran bayi, ia juga menjadi tempat untuk berjumpa bakal ibu bapa yang lain dan bertukar-tukar fikiran.

Di dalam kelas akan diajar berkenaan semasa kehamilan, maklumat mengenai proses bersalin dan kelahiran, prosedur perubatan, cadangan terkini mengenai teknik persediaan fizikal, mental, emosi dan proses kelahiran, nasihat mengenai teknik berehat, peluang berbincang mengenai pilihan bersalin dan posisi-posisi, panduan pilihan mengurangkan kesakitan, mempelajari teknik pernafasan ketika bersalin, membuat pertanyaan dan mencuba apa yang akan berlaku ketika bersalin, aspek penjagaan bayi dan penyusuan

Kelas berbeza mengikut terma dan masa. Terdapat pelbagai sesi berbeza, biasanya antara 3 ke 6 sesi. Waktu sama ada pada tengah hari atau petang dan pada hari-hari tertentu. Kelas persendirian akan dilakukan oleh pengajar terlatih. Manakala kelas di hospital biasanya pula dijalankan oleh jururawat, bidan hospital, doktor atau ahli fisioterapi. Jika kelas di hospital, bakal ibu bapa akan turut dibawa melawat di sekeliling bilik bersalin. Jadi anda akan biasa dengan susunan dan mengetahui apa yang berlaku nanti.

Anda perlu tempah untuk menghadiri kelas ini dan membuat perancangan bila anda boleh hadir kelas ini. Namun bergantung pada anda. Ada mengatakan ada dipelajari di kelas berbeza dengan sebenar berlaku. Tentu sekali berbeza kerana ketika bersalin, kesakitan adalah benar-benar terjadi tetapi dengan teknik yang betul memudahkan bersalin. Jika tidak ketika itu baru anda diajar minta tarik nafas dan lain-lain untuk meneran. Dalam keadaan kesakitan mungkin kita tidak mendengarnya dengan jelas.

Tip mudah bersalin

Selepas 7 bulan banyakkan berjalan. Saya ketika kerja dulu, akan naik tangga ke pejabat di tingkat 2(atau tingkat 3). Jarang naik lif. Semakin hampir tarikh bersalin, saya akan kerap berjalan. Namun untuk keadaan tertentu seperti uri di bawah, kerap berlaku kontraksi atau berlaku pendarahan, jangan banyak berjalan. Jangan juga lakukan terlalu awal sebelum 4 bulan.

Jaga makanan. Elak makanan yang tidak menyenangkan perut seperti makanan pedas atau terlalu manis ketika hampir bersalin. Ketidakselesaan ini mengganggu proses bersalin.

Ketika menunggu dalam bilik bersalin, jangan berbaring. Duduk. Saya sendiri masa anak sulung berbaring, dan mengalami sakit. Untuk kali ke-2 saya baca tip-tip, dan salah satunya adalah jangan baring. Untuk bersalin seterusnya saya berjalan-jalan dalam bilik bersalin. Bila tidak larat berjalan saya akan duduk. Baca tip mengurangkan sakit.

Berbincang dengan doktor cara mengurangkan sakit. Apa yang boleh diambil seperti ubat tahan sakit dan lain-lain. Semasa anak sulung saya memang mengambil ubat tahan sakit, untuk anak seterusnya saya tidak mengambil sebarang ubat dengan teknik yang betul mengatasi sakit secara fizikal.

Baca ayat-ayat Al-Quran seperti 3 Qul dan ayat kursi. Si suami pula boleh bacakan Yassin untuk mengurangkan kesakitan.

Berborak-borak dengan teman samada ibu atau suami(jika dibenarkan masuk ke bilik bersalin). Ini akan mengalih tumpuan dari sakit tadi.

Penting mempelajari teknik bersalin yang betul, dapat elak berada lama di bilik bersalin dan meneran dengan lama. Ini boleh menyebabkan keletihan dan kehabisan tenaga untuk meneran.

Pengalaman saya, memang sakit ketika bersalin. Namun sakit tiba-tiba hilang ketika pertama kali melihat bayi saya. Dan ketika itu juga terasa mampu lagi untuk bersalin untuk seterusnya. Lupa rasanya sakit bersalin itu

Senarai Keperluan Ibu Berpantang.

Sebagai ibu bapa baru, tentu seronok untuk menimang cahaya mata. Tapi jangan lupa untuk menyediakan kelengkapan diri sendiri. Persediaan awal untuk kita juga penting, akan membantu diri kita lebih mudah ketika berpantang.

Pakaian

- Baju yang selesa ketika berpantang, biasanya dalam pantang mudah berpeluh.
- Kain batik – senang pakai kain batik kerana perut yang besar dan kain batik free size
- Pad bersalin – saiz lebih besar dan lembut berbanding pad period biasa.
- Stokin – untuk elak kaki kesejukan dan angin masuk ke badan
- Bengkung/barut – bagus untuk menyokong perut dan mengempiskan perut

Makanan kesihatan/tambahan

- Susu – bergantung pada individu. Saya tidak sesuai minum susu lembu jadi saya tidak ambil susu lembu
- Pil tambahan kesihatan – bagus untuk memberi tenaga tambahan, boleh dapatkan nasihat doktor
- Jamu/herba bersalin – bergantung pada individu, namun ia bagus untuk kesihatan dan pastikan jamu/herba itu sesuai untuk kita. Jika ingin menyusu badan ada jamu/herba yang tidak sesuai.

Penyusuan badan

- Bra menyusu – memudahkan penyusuan dan tidak merosakkan bra jika menggunakan bra biasa
- Bantal menyusu – mudah untuk menampung bayi, boleh gunakan bantal biasa namun mungkin kurang selesa. Jika tidak agak penat memegang bayi untuk tempoh lama
- Pad alas payudara – untuk elak susu melimpah. Kadang-kadang payudara di sebelah bayi tidak menghisapnya akan keluar susu. Sesuai untuk ke pejabat, ada masa susu akan keluar dengan sendiri.
- Pam perah susu (ibu bekerja) – ada jenis manual, bateri dan eletrik.
- Poncho menyusu – sesuai jika ingin menyusu bayi di luar rumah.

Lain-lain

- Bidan/tukang urut – sekarang terdapat yang untuk spa dan untuk mengurut bersalin. Pastikan mereka mahir mengurut untuk bersalin
- Batu tungku – bergantung pada keperluan. Bagus untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan lemak.
- Buku-buku panduan kesihatan, kelahiran dan penjagaan bayi – terutama bersalin anak sulung. Kadang kita lihat atau fikir mudah untuk menguruskan bayi. Namun sebenarnya bila kita perlu menjaga sendiri keadaan berbeza.

Adalah baik membuat persediaan awal. Agar tumpuan sebenar ketika pantang adalah menjaga bayi dan mengamalkan jagaan kesihatan yang betul untuk ibu supaya cepat sembuh.


Memperkenalkan Bengkung Moden yang diimport dari USA dan direka khas bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan (cesarean).

Namun begitu, ia juga sesuai di gunakan oleh ibu yang bersalin normal dan bagi mereka yang ingin mengempiskan perut. Dan yang pastinya, ia amat senang, mudah, praktikal dan selesa untuk dipakai.

PERSEDIAAN UNTUK MENYAMBUT BAYI ANDA

Persediaan Untuk Menyambut Bayi Anda
(Dari Rumah Ke Wad Bersalin)

Anda pernah bersalin? Jika pernah, sudah tentu anda mempunyai pengalaman yang sungguh berharga. Jika anda sedang mengandung anak yang pertama… harap tulisan seterusnya dapat memberikan anda idea persediaan untuk menghadapi masa masa hampir nak bersalin sehinggalah akhirnya melahirkan bayi yang ditunggu tunggu

Apabila anda mengalami tanda tanda untuk bersalin, anda perlu ke pusat bersalin atau pun hospital yang anda telah pilih dengan segera. Jadi ada baiknya, sebelum sakit bersalin lagi, anda telah pergi berjumpa Dr. atau kakitangan di sana untuk mengetahui prosedur kemasukan dan bagaimana proses seterusnya. Setiap pusat bersalin atau hospital mempunyai prosedurnya yang tersendiri.

Tanda tanda bersalin seperti rasa sakit seolah-olah senggugut (lebih sakit dari senggugut), perut mengeras dengan lebih kerap berbanding biasa, air ketuban mula mengalir keluar dan pendarahan.

Oh ya, sebelum anda ke pusat bersalin @ hospital, anda harus membawa (biasanya suami lah yang akan membawanya) perkara berikut:

Untuk Anda:

1. Kad Rawatan Bulanan
2. Nursing Bra
3. Nursing Pad
4. Maternity Panty
5. Sanitary Pad
6. Baju Panas
7. Stokin
8. Baju Persalinan (Diperlukan waktu keluar hospital)
9. Kain Batik
10. Tuala
11. Minyak angin @ panas


Untuk Bayi:

1. Baju Lengan Panjang/Pendek
2. Seluar Panjang/Pendek
3. Sarung Tangan, Kaki dan Serkup Kepala (Mittens / Booties )
4. Barut
5. Lampin/Diapers
6. Selimut @ kot bayi
7. Tuala
8. Sabun Bayi
9. Syampu
10. Bedak
11. Losyen Bayi @ Minyak Bayi
12. Krim Bayi

Penting: Jangan bawa terlalu banyak kelengkapan. Bawa secukupnya untuk mungkin 1-2 malam sahaja ( bersalin normal)

Hmm jika ada yg terlepas, maybe rakan rakan yang dah bersalin dan ada pengalaman tu boleh tambah tambah.

Selepas anda “check in” ke pusat bersalin atau hospital yang dipilih, dan Dr. akan memeriksa perut anda bagi memastikan kandungan dalam keadaan normal atau tidak. Sementara itu, jantung bayi di dalam kandungan akan diperiksa dengan alat pengesan yang biasanya dipanggil CTG @ Cardiotograph. Tekanan darah, suhu badan dan kadar denyutan nadi anda juga akan diambil oleh petugas di pusat atau hospital berkenaan.

Seterusnya, Dr. akan membuat pemeriksaan dalaman faraj untuk menilai pembesaran bukaan servik dan penurunan kepala bayi. Maklumat ini akan dipantau dari masa ke semasa (hourly) sehinggalah sampai saat anda melahirkan bayi.

Biasanya Dr. akan tanya jika anda masih belum buang air besar, Dr. akan berikan ubat membersihkan usus supaya tiada najis yang keluar masa nak melahirkan bayi nanti.

Anda dan bayi akan dipantau dari masa ke semasa, biasanya antara 15 ke 30 minit sekali. Sementara pemeriksaan dalaman faraj (seperti yang diterangkan di atas tadi) setiap 4 jam.

Ramai juga yang bertanya saya, sakit tak nak bersalin? Ada tak ubat penahan sakit? Sebenarnya ada beberapa jenis penahan sakit yang boleh dan biasa ditawarkan oleh Dr. berdasarkan situasi anda:

*Pernafasan @ Deep Breathing
*Entonox ~> setiap kali terasa sakit, anda menghidu gas yang akan mengkhayalkan.
*Suntikan ubat untuk menghilangkan kesakitan.
*Epidural ~> Suntikan ubat khusus yang akan mengebaskan sebahagian badan dari pinggang ke bawah, kaedah ini anda perlu melakukan tanda tangan sebagai bukti bersetuju untuk melakukan kaedah tesebut, di dalam satu surat yang diberikan oleh pihak Dr.

Seterusnya ialah saat untuk bersalin, sebaiknya suami anda ada bersama anda, menggenggam tangan anda, memberikan kata kata semangat kepada anda, memanjatkan doa ke hadrat Allah swt agar proses anda melahirkan anak berjalan dengan baik sekali, Insya Allah. Suami memang dibenarkan untuk menemani anda. Bagaimanapun ada suami yang takut melihat darah, tak berani nak bersama menemani isteri yang hendak bersalin, nanti dia pulak yang pengsan. So, tanya suami anda bebetul dahulu, jika suami tak boleh, ibu anda boleh menggantikannya.

Selamat bersalin!

Memperkenalkan Bengkung Moden yang diimport dari USA dan direka khas bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan (cesarean).

Namun begitu, ia juga sesuai di gunakan oleh ibu yang bersalin normal dan bagi mereka yang ingin mengempiskan perut. Dan yang pastinya, ia amat senang, mudah, praktikal dan selesa untuk dipakai.

Tuesday, March 02, 2010

Bayi & perkembangan setiap bulan

Perkembangan bayi selepas lahir

Tidak ada dua orang kanak-kanak yang membesar tepat pada kadar yang sama. Setiap kanak-kanak itu berbeza dalam melakukan sesuatu aktiviti yang tertentu lebih awal atau kemudian daripada yang lain. Sebab itulah tidak mungkin diberikan jadual yang tepat tentang perkembangan seorang bayi dalam tahun pertama. Coraknya memang ada, walau bagaimanapun penerangan berikut adalah satu rajah tentang kemajuan dan tabiat seorang bayi secara bulanan. Berikut adalah rajah perkembangan bayi pada setiap bulan.


Bulan Pertama:
Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.

Bulan kedua:
Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.

Bulan ketiga:
Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.

Bulan keempat:
Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang.

Bulan kelima:
Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.

Bulan keenam:

Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.

Bulan ketujuh:

Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau "dada".

Bulan kelapan:
Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan.

Bulan kesembilan:
Sekarang kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.

Bulan kesepuluh:
Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali.

Bulan kesebelas:
Seorang bayi mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya.

Bulan kedua belas:
Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang permainannya.

Thursday, February 18, 2010

Senaman Untuk Mudah Bersalin

Senaman ini sedikit sebanyak dapat menyediakan diri anda semasa kelahiran nanti.

Beberapa jenis senaman mudah boleh anda amalkan semasa bulan akhir kehamilan dalam menyediakan badan anda untuk proses bersalin.

Senaman Kegel contohnya dapat membantu menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perenium.

Senaman lain yang dapat mengurangkan tekanan semasa bersalin antaranya adalah:
Tailor Sitting



Kebaikannya

* Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.
* Dapat memperbaiki postur badan.
* Melembutkan sendi pelvic.
* Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.

Kaedahnya:

* Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.
* Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai.
* Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.
* Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.
* Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.

Pelvic rock



Kebaikannya:
* dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang
* dapat mengurangkan sakit belakang. Kaedahnya:

Kaedah

* Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata.
* Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat.
* Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/belakang.
* Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.


Wall slide

Kebaikannya:

* Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan.

Kaedah:

* Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.
* Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda.
* Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat.
* Naik ke atas semula.
* Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya.
* Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding.

Petua-orang2-melayu-meramal-jantina

hanya petua orang dulu2…teringat zaman kanak2 dahulu… terutamanya bidan2 kampung biasanya meramalkan atau meneka berdasarkan apa yg mereka lihat pada perut si ibu dan juga kelakuannya sewaktu hamil….tapi pada hakikatnya dari segi ketepatan sukar bagi kita mengetahui jantina janin sebelum ianya dilahirkan,malah para doktor pun tidak dapat menentukannya dengan tepat..kerana ini adalah pengaturan dan kehendak Allah S.W.T…Hanya Dia yang Maha Mengetahui***

1) Melihat puting tetek abang atau kakaknya : Jika abang atau kakak janin yg dikandung mempunyai puting tetek yg terbelah, maka janin yg dikandung adalah perempuan. Jika puting itu panjang, jantina janin ialah lelaki.

2) Melihat arah tidur : Semasa hamil jika isteri sering tidur mengiring ke kanan, anak yg dikandung adalah lelaki dan jika lebih ke sebelah kiri anak perempuan.

3) Melihat arah berat perut : Jika perut isteri yang hamil berat ke kanan maka jantina anak itu adalah lelaki, jika berat ke kiri itu anak perempuan.

4) Melihat garisan pada perut : Ada yang mempetuakan agar melihat pada garisan menegak dari tundun ke dada ibu tersebut, jika garisan itu terang dan tidak putus2 maka anak yg dikandung adalah lelaki. Jika terputus maka anak perempuan.

5) Melihat bentuk perut : Satu petua, jika perut ibu kelihatan tajam maka anak yg di dalam kandungan adalah lelaki. Jika perut bulat bundar, itu kemungkinan anak perempuan.

6) Melihat perangai : Sekiranya semasa hamil ibu banyak bersolek dan bergaya, maka anak dalam kandungan adalah seorang perempuan, jika tidak maka anak itu adalah lelaki.

Wallahua’lam….

Proses Perkembangan Janin Dalam Perut

Dari Usia Seminggu Hingga ke 40 minggu

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama – minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur – angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau “varicose vein” dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi.

Sekian.

VIDEO: Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Amalan Bagi Ibu Mengandung

Rujukanku:

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
• Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
• Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
• Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
• Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
• Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
• Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
• Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
• Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Wednesday, February 03, 2010

Plastik T cegah kehamilan

Bagaimanakah alat yang bersaiz tiga sentimeter yang dimasukkan ke dalam rahim ini membantu kehamilan lebih terancang?

PASANGAN suami isteri perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menerima kehadiran cahaya mata.




KEHAMILAN yang tidak terancang, adakalanya membawa berita
menggembirakan, tetapi ia juga boleh membawa konflik rumah tangga dan
masalah psikologi kepada sesetengah pasangan yang belum bersedia
menerima cahaya mata.
Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (O&G), Pusat Perubatan
Pantai Cheras, Dr. Ho Choon Moy, merancang kehamilan membantu
wanita-wanita hari ini mengimbangi masa antara keluarga dan kerjaya
mereka.
Dianggarkan kira-kira 220,000 wanita seluruh dunia mengalami kehamilan yang tidak terancang setiap hari.
"Dengan 80 juta kehamilan tidak terancang secara global ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk merancang keluarga."
"Pada tahun 1998, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan
37 peratus kehamilan tidak terancang disebabkan penggunaan kaedah
pencegah kehamilan yang tidak konsisten dan betul."
Beliau tidak menafikan kemungkinan terdapat kegagalan dalam aplikasi
alat perancang kehamilan dan perlindungan daripada penyebaran penyakit
seksual.
"Kaedah perancangan keluarga berada dalam pasaran tempatan sejak
tahun 2000 tetapi masih ramai yang belum mengetahui mengenai Intra
Uterine System (IUS).
"Dicipta pada tahun 1970-an di Finland dan dilesenkan sebagai alat
pencegah kehamilan pada tahun 1990-an, IUS merupakan satu kaedah
efektif dalam merancang kehamilan," kata Choon Moy.
Katanya, IUS merupakan sejenis alat plastik kecil yang bersaiz tiga
sentimeter, mudah lentur dan berbentuk T. Ia mengandungi hormon
pencegahan kehamilan sebanyak 52 miligram yang dimasukkan ke dalam
rahim.
"Sarung pada alat ini akan melepaskan hormon levonorgestrel yang
amat sedikit pada kadar yang tetap dan berkesan sehingga lima tahun,"
ujar beliau ketika forum awam bertajuk Revolusi Kesihatan Wanita
anjuran syarikat farmaseutikal, Bayer Schering Pharma Malaysia di Kuala
Lumpur, baru-baru ini.






Sungguhpun rekaan IUS dengan alat pencegah kehamilan dalam rahim
(IUD) pada zahirnya adalah sama, namun kedua-duanya adalah berbeza.
"Paling utama ialah IUS merupakan satu alat yang diperbuat daripada
plastik mudah lentur dan mengandungi hormon levonorgestrel bagi
mencegah kehamilan, manakala IUD pula merupakan sebuah alat yang
mempunyai tembaga."
Lazimnya, pengguna IUD akan mengalami pendarahan haid yang lebih
teruk dan jangka masa yang lebih panjang. Sebaliknya, penggunaan IUS
menyebabkan pendarahan yang sedikit dan pendek, malah mereka yang
menggunakan sistem ini kebanyakannya hanya perlu memakai pelapik seluar
dalam.
Sesuai untuk mereka yang ingin merancang keluarga dan aktif dalam
sukan renang dan selam skuba, penggunaan IUS mempunyai banyak
kelebihan.
"IUS mencegah persenyawaan manakala IUD pula mengelakkan penempelan telur yang disenyawakan di uterus.
"Oleh yang demikian, pembentukan embrio tidak akan berlaku apabila memakai IUS," kata beliau.
Penggunaan IUS dipercayai tidak memberikan kesan pada aras
kolesterol, mekanisme pembekuan darah, kawalan diabetes, kepadatan
tulang mahupun tekanan darah.
"Mengambil masa hanya lima minit untuk dimasukkan ke dalam rahim,
IUS bertindak dengan menebalkan mukus servik, sekali gus menghalang
sperma mensenyawakan telur.
"Dinding rahim yang menipis menjadikan persekitaran itu tidak sesuai
untuk pergerakan sperma dan penempelan telur yang disenyawakan," jelas
Chee Moy.
Sehingga kini dianggarkan 10 juta wanita dunia terutama di benua Eropah dan Amerika Syarikat (AS) menggunakan IUS.
IUS juga sesuai untuk wanita yang mengalami haid yang banyak kerana
ia mengurangkan penebalan tisu endometrium. Ini bermakna kedatangan
haid menjadi lebih ringan dan singkat.
"Satu lagi kelebihan besar IUS ialah ia tidak memberikan kesan kepada susu badan dan kesan yang diberikan boleh diubah.
"Ini bermakna, selepas IUS dikeluarkan, wanita boleh hamil semula," kata Choon Moy.
Proses pemakaian dan pengeluaran yang mudah, tidak menyakitkan, ringkas dan tidak perlu menggunakan ubat bius.
"Wanita yang mengalami fibroid boleh menggunakan IUS kerana ia membantu mengurangkan pendarahan," kata pakar ini lagi.
Beliau juga tidak menggalakkan pemakaian IUS kepada mereka yang
inginkan cahaya mata dalam masa terdekat. Choon Moy menjelaskan,
pemakaian sistem itu amat berbaloi iaitu antara RM15 sehingga RM20
sebulan untuk jangka masa lima tahun.
"Kosnya lebih kurang sama seperti anda membeli tuala wanita untuk setiap kedatangan haid," kata beliau.
Tambahnya, IUS sesuai digunakan oleh wanita menopaus.
Bagaimanapun, IUS juga mempunyai kelemahan seperti kedatangan haid yang tidak teratur dalam masa tiga bulan pertama penggunaan.
"Pendarahan berlaku kerana dinding rahim masih tebal dan dalam
proses penipisan. Tetapi selepas itu si pemakai akan mendapati bahawa
darah haidnya menjadi semakin sedikit dan tempoh haid yang singkat,"
jelas Choon Moy.
Katanya, secara purata antara 10 sehingga 20 peratus pengguna IUS
tidak mengalami pendarahan haid langsung selepas setahun penggunaan.

PAKAR perubatan beranggapan alat
Intra Uterine System dianggap teknologi mengawal kehamilan paling
signifikan sejak penciptaan pil pencegah kehamilan.




Menjelaskan lebih lanjut : "Ini tidak bermakna pengguna putus haid.
Fungsi ovari juga tidak terjejas dan hormon masih dilepaskan seperti
biasa. Ia berlaku kerana endometrium menipis.
"Ketiadaan haid hanyalah sementara dan pengguna tidak perlu bimbang
kerana apabila IUS dikeluarkan, haid akan pulih seperti sediakala."
"Kebanyakan pakar perubatan beranggapan IUS merupakan teknologi
mengawal kehamilan yang paling signifikan sejak penciptaan pil pencegah
kehamilan," katanya.

Tuesday, February 02, 2010

DOA MUDAH BERSALIN DAN KESEJAHTERAAN ANAK DALAM KANDUNGAN

Ya Allah ,

peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,

Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah ,

panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Mengandung dan kencing manis

DIABETES gestasi meningkatkan risiko menghidap diabetes kelak.


KENCING manis atau diabetes merupakan satu keadaan di mana paras gula (glukosa) di dalam darah badan melebihi paras normal.

Walaupun glukosa merupakan satu punca tenaga tetapi seandainya berlebihan akan menyebabkan permasalahan kesihatan, terutamanya semasa mengandung. Kencing manis semasa mengandung dipanggil diabetes gestasi.

Punca

Kencing manis berlaku apabila pengendalian badan terhadap insulin tidak teratur, sama ada dari segi pembuatan maupun penggunaannya. Insulin merupakan hormon yang menukar glukosa di dalam badan ke bentuk tenaga. Apabila pembuatannya ataupun pengunaannya tidak betul, paras gula darah akan meningkat dan ini dipanggil hiperglisemia.

Semasa mengandung, hormon yang dikeluarkan oleh uri (plasenta) mengganggu keberkesanan insulin, hasilnya, hiperglisemia mungkin berlaku. Puan boleh mendapat diabetes gestasi walaupun tidak ada risiko yang dikenal pasti. Lazimnya kencing manis yang berlaku semasa mengandung hilang selepas kelahiran. Namun demikian, risiko untuk mendapat kencing manis pada masa hadapan adalah tinggi.

Sekiranya puan pernah mendapat rawatan kencing manis semasa mengandung, maklumkan kepada doktor atau jururawat yang ditemui. Harus diingat bahawa risiko kencing manis meningkat dengan peningkatan umur semasa mengandung

Masalah kencing manis semasa mengandung

Risiko kesihatan akan meningkat dengan peningkatan paras gula darah. Setengah daripada komplikasi ini meningkatkan risiko untuk kelahiran secara pembedahan. Inilah sebabnya mengapa paras gula darah perlu dikawal.

Permasalahan yang mungkin puan hadapi sekiranya puan berisiko untuk penyakit kencing manis semasa mengandung:

- Janin menjadi besar dikenali sebagai makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian bahu meningkat.

- Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, ini dipanggil pre-eklampsia. Jika dibiarkan, boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati dan juga buah pinggang. Puan mungkin terpaksa melahirkan anak sebelum masanya untuk mengelakkan komplikasi dan musibah yang melanda sistem dalaman organ. Kematian juga boleh berlaku pada janin.

- Meningkatnya cecair likuor di kantung di mana janin berada. Ini menyebabkan saiz kandungan melebihi saiz sebenar mengikut kiraan, menyebabkan ketidakselesaan seperti kesukaran bernafas. Kelahiran mungkin berlaku sebelum sampainya penggal kematangan iaitu sebelum 38 minggu.

- Jangkitan sistem pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan di pundi kencing akan merebak ke buah pinggang.

- Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi. Risiko ini meningkat untuk ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung, lebih-lebih lagi apabila kelahiran awal sebelum tempoh terpaksa dilakukan.

- Kematian bayi di dalam kandungan, mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran.

Pengawalan kencing manis

Apabila puan menghadirkan diri kali pertama ke klinik perbidanan untuk membuat kad lawatan antenatal, puan akan diselidiki akan faktor-faktor risiko, sejarah perubatan serta sejarah perbidanan lampau.

Sejarah kesihatan sekarang seperti berat badan yang melebihi nisbah berat-tinggi yang disyorkan, umur puan, kandungan yang disyaki secara relatifnya besar, berat janin, kehadiran lebih daripada satu janin serta kandungan air likuor yang terlampau (mengikut umur kandungan). Pemeriksaan air kencing yang menunjukkan kehadiran gula di dalamnya bukanlah kaedah pengawasan pengawalan yang diamalkan di hospital.

Puan akan diuji untuk paras glukosa darah, paling mudah diambil dari jari dan hanya memerlukan setitik darah.

Puan juga akan ditanya bila kali terakhir ujian glukosa darah diambil, di samping masa puan makan dan minum. Sekiranya terbukti paras gula darah kapilari puan melebihi normal, puan akan dinasihatkan supaya menjalani ujian selanjutnya.

Sekiranya puan sudah pun mengalami kencing manis sebelum mengandung, puan dinasihatkan supaya menghadiri klinik kencing manis supaya pengawalan paras gula darah yang ketat dapat dimanfaatkan. Ini kerana paras gula yang tidak teratur dan tinggi dapat mencacatkan pertumbuhan serta tumbesaran janin, terutamanya yang berumur kurang dari 12 minggu. Semasa mengandung, pengawalan paras gula darah dilakukan dengan penggunaan insulin. Pil-pil tidak digunakan.

Pemakanan

Pemakanan seimbang penting terutamanya untuk mereka yang menghidapi kencing manis. Tumbesaran janin bergantung pada pemakanan puan. Perlu ditegaskan pemakanan yang diambil perlu diimbangkan supaya paras gula tidak naik melebihi normal.

Pemakanan puan bergantung kepada berapa berat badan, umur dan juga tahap kecergasan harian puan. Peringkat umur kandungan juga memainkan peranan dalam pemakanan puan.

Perawatan

Semasa mengandung, sekiranya puan memerlukan perawatan untuk kencing manis, ubat suntikan insulin diberikan.

Sebelum insulin diberikan, puan mungkin dimasukkan ke wad untuk menentukan dos optimum, mengenalpasti apa yang mungkin puan rasai sekiranya paras gula jatuh terlalu rendah, serta diajar cara-cara menyuntik dan juga mengendalikan alat-alat suntikan.

Ubat-ubat untuk dimakan mungkin diberikan sekiranya puan memang pesakit kencing manis sebelum mengandung lagi.

Senaman itu penting untuk mereka yang berpenyakit kencing manis. Walaupun puan mengandung, puan boleh juga bersenam, contohnya seperti berjalan-jalan dan senaman ringan lain.

Penjagaan kandungan

Semasa trimester pertama, ujian darah khas seperti darah hemoglobin berglikosi boleh dijalankan, di mana ujian ini meramalkan sama ada kecacatan janin merupakan satu kemungkinan. Puan juga mungkin dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan ultrasound pada minggu ke-18 hingga ke-20 kandungan untuk mengenalpasti sebarang kecacatan pada janin.

Pemeriksaan antenatal lain seperti yang dijalani ibu-ibu yang mengandung biasa turut dilakukan. Temujanji puan mungkin lebih kerap sedikit kerana doktor perlu memastikan pengawalan gula darah, dos insulin dan juga komplikasi lain dikenal pasti.

Lazimnya di hospital-hospital besar seperti hospital Universiti Sains Malaysia, puan akan dirawat dan hadir ke klinik gabungan khas yang terdiri daripada pakar perubatan dalaman dan pakar obstetrik. Puan juga mungkin dirujuk kepada pakar pemakanan serta jururawat mahir yang mempunyai pengkhususan dalam penjagaan ibu mengandung yang menghidapi kencing manis.

Kelahiran

Jangan runsing, sekiranya pengawalan gula darah puan stabil, saiz bayi biasanya tidak besar dan dalam kebanyakan kes, kelahiran berjalan secara normal.

Semasa proses kelahiran, pengawasan gula darah dan juga paras elektrolit lain diawasi dengan teliti. Sekiranya terdapat komplikasi ataupun keadaan tidak terkawal, berkemungkinan kelahiran bayi puan akan dirancangkan lebih awal dari tempoh masanya.

Penjagaan selepas mengandung

Kebanyakan bayi tidak mengalami komplikasi tetapi doktor akan memasukkan bayi ke wad rawatan khas untuk mengenal pasti sebarang komplikasi yang mungkin berlaku seperti:

- Paras gula darah yang rendah
- Paras kalsium dan magnesium yang rendah
- Peningkatan bilangan sel-sel darah merah
- Jaundis neonatal iaitu kulit bayi menjadi kuning
- Masalah dengan pernafasan

Kebanyakan masalah ini tidak berlaku sekiranya kencing manis semasa mengandung puan terkawal. Tidak ada halangan juga untuk puan meneruskan penyusuan badan untuk bayi.

Puan boleh mengamalkan mana-mana kaedah kontraseptif yang ada. Sekiranya puan mengandung dalam tempoh dekat, puan mungkin mengalami kembali diabetes gestasi.

Pengawalan paras glukos

Sejurus selepas bersalin, puan tentu merasakan keletihan yang amat sangat. Pada masa tersebut sekiranya puan belum makan atau minum apa-apa, regim insulin boleh diteruskan. Insulin diberhentikan sebaik sahaja puan mengambil makanan atau meminum minuman bertenaga. Pengawasan gula masih ditumpukan, dan sekiranya paras gula puan masih tinggi, ubat anti kencing manis akan dipreskripsikan. Sekiranya paras gula darah puan kembali normal, puan perlu ingat yang puan adalah lebih berisiko untuk mendapat kencing manis di kemudian hari. Jadi selalulah berjumpa dengan doktor.

Pengawasan berat badan

Tidak digalakkan puan menurunkan berat badan atau berdiet terlampau semasa tempoh mengandung. Selepas bersalin, puan bolehlah meneruskan agenda menurunkan berat badan dengan bersenam serta cara pemakanan yang betul. Perlu diingat yang puan juga akan memerlukan tenaga yang lebih untuk menjaga bayi kesayangan yang baru sahaja lahir ke dunia.

Mencepatkan kelahiran

SEBAGAI seorang bakal ibu, perkataan induksi ataupun memulakan
proses kelahiran lebih awal lazim kedengaran terutamanya jika puan
menghadapi masalah perubatan semasa mengandung.
Banyak sebab-sebab mengapa proses kelahiran dimulakan walaupun puan
belum lagi mengalami kontraksi atau secara amnya sakit untuk bersalin.
Kaedah-kaedah yang digunakan untuk induksi kelahiran juga dapat mencepatkan proses masa untuk bersalin.
Ini penting difahami sekiranya puan telah dikenalpasti oleh doktor
pakar perbidanan untuk melahirkan anak sebelum kontraksi serta
kesakitan bersalin spontan.
Peringkat proses kelahiran
Kontraksi serta kesakitan untuk bersalin biasanya hadir secara spontan di antara minggu ke 37 hinggalah ke minggu 42.
Ada tiga peringkat proses kelahiran:
l Proses pertama: proses kelahiran adalah yang terpanjang, bermula
dengan kontraksi rahim dan diikuti dengan kesakitan meneran secara
berkala. ini menyebabkan pintu pangkal rahim puan terbuka dari beberapa
milimeter hinggalah ke maksimum 10 sentimeter.
l Proses kedua: peringkat meneran di mana pintu pangkal rahim puan
sekarang paling maksimum pada 10 sentimeter sehinggalah berlakunya
kelahiran bayi.
l Proses ketiga: merupakan peringkat di mana uri (plasenta) dikeluarkan.
Pangkal rahim puan menipis dan seterusnya membuka supaya kepala bayi dapat melalui hinggalah ke faraj dan seterusnya kelahiran.
Ada juga keadaan di mana keadaan menipis serta membuka pangkal rahim
ini berlaku beberapa minggu sebelum puan merasai sakit kontraksi yang
mencetuskan kelahiran bayi.
Rahim merupakan organ anatomi yang berotot dan kontraksinya akan menyebabkan puan mengalami sakit belakang.
Perjalanan kontraksi ini berlaku dari bahagian atas sehinggalah ke
bahagian bawah rahim. Kontraksi ini mungkin akan diikuti dengan rasa
sakit.
Rahim menjadi tegang dan mengeras. Apabila kontraksi reda, rahim
puan berehat dan perut menjadi lembut kembali. Puan akan berasa lega
dan tidak lagi cemas.
Kontraksi yang beritma dan makin bertambah kekuatan serta kekerapan
ini menyebabkan pintu pangkal rahim menipis serta membuka, dan
seterusnya bayi akan menurun ke arah faraj. Kekerapan dan kekuatan
kontraksi ini berakhir dengan kelahiran bayi.
Ada di antara ibu-ibu mengandung yang mengalami kontraksi pada
minggu ke-34 dan juga mungkin pada minggu-minggu yang sebelumnya.
Kontraksi ini lazimnya berlaku pada penghujung hari dan tidaklah
begitu menyakitkan tetapi tetap mencemaskan ibu yang mengandungkan anak
sulung. Kontraksi ini dipanggil sebagai kontraksi Braxton Hicks. Ianya
sakit bersalin yang palsu.
Semasa kesakitan bersalin yang sebenar, bayi puan dilindungi dari
diremukkan oleh rahim dengan kehadiran air ketuban. Lama kelamaan,
apabila kontraksi bertambah, lapisan dinding 'belon' yang berisi dengan
air ketuban akan pecah. Kehadiran air ketuban melalui faraj mungkin
digambarkan sebagai lembap ataupun basah kuyup. Lazimnya selepas
pecahnya belon air ketuban, kontraksi bertambah dan menjadi-jadi.
Sebab kelahiran dipercepatkan
Doktor perbidanan tidak akan mencadangkan induksi ataupun
mencepatkan kelahiran sekiranya puan tidak mempunyai risiko-risiko
tertentu.
Tempoh kelahiran serta kemudahan unit rawatan rapi neonatal juga
diambil kira. Tujuan induksi ataupun mempercepatkan kelahiran dipilih
sekiranya terdapat risiko kepada kesihatan puan jika masih lagi
mengandung, ataupun mungkin untuk melindungi kesihatan bayi dalam
kandungan.
Sekiranya puan dan kandungan tidak bermasalah, jarang sekali induksi
ataupun mempercepatkan kelahiran dilakukan sebelum minggu ke-39.
Di antara sebab-sebab mengapa kelahiran dipercepatkan adalah:
n Puan mempunyai penyakit darah tinggi semasa mengandung.
n Puan mempunyai masalah kesihatan di mana sekiranya tempoh mengandung dilanjutkan boleh memudaratkan.
n Kandungan puan melebihi tempoh jangkaan, iaitu tempoh jangka dan dicampurkan 10 hari.
n Puan turun air ketuban dan kuman telah menjangkiti rahim.
n Uri (plasenta) terlucut dari dinding rahim, menyebabkan puan
kehilangan darah yang banyak. Dalam keadaan ini, puan akan menghadapai
kelahiran melalui pembedahan caesarean.
n Kebocoran air ketuban sebelum tempoh matang.
Ada banyak sebab-sebab lain lagi yang menyebabkan kelahiran
dipercepatkan, mungkin kerana sosial logistik di mana kandungan puan
telah pun mencukupi penggal dan kediaman puan jauh di pendalaman.
Proses induksi kelahiran
Lazimnya di hospital, ubat jenis prostaglandin akan dimasukkan ke
dalam faraj, tetapi ada juga yang menggunakan teknik ubat oksitosin
melalui pembuluh darah.
Cara lain seperti menggunakan laminaria yang diletakkan di pembukaan
pangkal rahim. Dengan masa, alat ini menyerap air dan menjadi bertambah
lebar, jadi pangkal rahim dibukakan secara perlahan-lahan.
Sekiranya puan mempunyai kontraindikasi untuk menggunakan kaedah
lazim untuk mematangkan pangkal rahim, berkemungkinan doktor perbidanan
akan membuka pangkal rahim dengan cara menyapu lapisan nipis yang
melindungi air ketuban.
Dengan kaedah ini, puan mungkin mengalami sedikit kekejangan dan juga sedikit berdarah yang tidak merbahaya.
Badan puan akan mengeluarkan prostaglandin sendiri yang mana dengan
masa akan melembutkan pangkal rahim dan akhirnya menyebabkan kontraksi
serta mencepatkan kelahiran.
Sekiranya pangkal rahim sudah terbuka tetapi bukaannya masih kecil,
berkemungkinan juga lapisan selaput yang melapisi air ketuban akan
dipecahkan, kaedah ini dijalankan sekiranya kepala bayi sudah jatuh
jauh ke dalam tulang pinggul.
Induksi atau proses mencepatkan kelahiran tidak boleh dijalankan sekiranya:
l Uri (plasenta) puan berada di bawah (tempat bukaan pangkal rahim).
Keadaan ini dipanggil plasenta praevia, kelahiran terpaksa dijalankan
melalui pembedahan.
l Bayi dalam kandungan berada dalam keadaan melintang, atau mana-mana kedudukan di mana kepalanya bukan di tulang pinggul.
l Tali pusat bayi anda berada di bawah dan mungkin terlebih dahulu
keluar sekiranya lapisan air ketuban bocor, ini boleh menyebabkan
kematian bayi.
l Puan pernah mengalami pembedahan pada rahim, mungkin kerana
fibroid ataupun membaik pulih anatomi rahim yang abnormal bentuknya.
Risiko
Terdapat beberapa risiko berkaitan dengan induksi atau mana-mana kaedah untuk mencepatkan kelahiran.
Puan jangan bimbang, walaupun ada sedikit risiko tetapi kaedah-kaedah yang dipraktikkan di hospital adalah selamat.
Untuk pengetahuan puan, risiko-risiko yang mungkin berlaku adalah seperti:
n Perubahan pada kadar degupan jantung bayi dalam kandungan.
n Mungkin risiko jangkitan pada puan serta bayi di dalam kandungan.
n Masalah yang berkait dengan tali pusat bayi seperti terhimpit, terkeluar dahulu semasa pecahnya air ketuban dan sebagainya.
n Rangsangan berlebihan terhadap kontraksi rahim menyebabkan kekerapan kontraksi terlalu cepat dan terlampau kuat.
n Pecahnya rahim.
Perlu ditegaskan pada puan sekiranya puan perlu melalui induksi atau
kelahiran yang perlu dipercepatkan, pilihlah hospital atau pusat
bersalin yang mempunyai kemudahan asas perbidanan yang boleh mengenal
pasti akan masalah yang mungkin akan terjadi lantas merujuk ke hospital
yang lebih berkelengkapan untuk memastikan kesihatan puan serta bayi
terjaga dan terurus.
Puan harus ingat yang setiap wanita mengandung walaupun nampaknya
tidak berisiko, tetapi dalam masa sekelip mata, keadaan perbidanan
boleh berubah dan mungkin memudaratkan nyawa ibu serta bayi yang penat
lelah dikandung selama sembilan bulan lamanya.
Jangan takut untuk berbincang dengan doktor atau jururawat mengenai sebarang isu kandungan serta kesihatan puan.

Rangsangan sentuhan ibu


ibu yang kerap bercakap dan menyentuh bayi mereka membantu merangsang perkembangan sosial bayi.
Sentuhan merupakan salah satu cara yang paling berkesan bagi ibu
untuk melahirkan kasih sayang kepada permata hati. Sama ada pada waktu makan, bermain, mandi atau menukar lampin, sentuhan menjalin perasaan kasih yang lebih mendalam buat si manja.
Melalui sentuhan itu jugalah, bayi belajar bersosial dan
berkomunikasi mengikut tahap perkembangan usianya. Sekiranya seseorang bayi itu memperoleh sentuhan yang kerap daripada ibunya, perubahan
perkembangan tumbesaran dan kemahiran derianya akan memberi respons dan interaksi dengan orang tersayang dengan lebih cepat berbanding dengan
bayi yang kekurangan belaian.
Perunding Pediatrik dan Neonatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Anna Padmavathy Soosai berkata, sentuhan lembut seorang ibu merupakan pemangkin kepada perkembangan sosial bayi.
Pada peringkat usia dua bulan, senyuman dan sentuhan ibu semasa
menyusu, memandi, menyalin lampin atau memakaikan baju adalah detik
bayi mengenal siapa ibunya.
''Sentuhan itu seolah-olah bertindak sebagai pelindung dan luahan
kasih sayang yang begitu mengasyikkan oleh seorang yang telah
mengandung dan melahirkannya ke dunia ini.
''Pada waktu usia yang awal inilah detik terbaik untuk ibu menyentuh
dan membelai bayi. Adalah suatu yang merugikan sekiranya tidak berbuat
demikian dan hanya menyerahkan kepada pembantu rumah melakukannya.
''Ibu sebenarnya kehilangan peluang untuk mengasihi bayi yang
dikandung selama sembilan bulan 10 hari itu kerana waktu inilah mereka
mula mengenal ibunya dan memperoleh kasih sayang,'' katanya ketika
majlis pelancaran Johnson's Baby Most Loving Moments, baru-baru ini.
Menurut Dr. Anna, salah satu perkara yang sering dilakukan oleh ibu
bapa yang baru memperoleh anak ialah membeli pelbagai jenis permainan.
Ini sebenarnya tidak perlu terutama pada usia di bawah empat bulan
kerana bayi hanya boleh melihat pelbagai warna ketika berusia empat
bulan.
Pada usia bawah empat bulan, bayi hanya inginkan sentuhan dan wajah
ibunya sahaja. Justeru itu, dinasihatkan ibu-ibu supaya sentiasa
bercakap-cakap dengan bayi kerana ia adalah rangsangan kepada
perkembangan sosial yang paling berkesan.
''Terdapat empat tanda jalinan kasih sayang yang sering dilihat pada
bayi yang mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada seorang ibu.
Bagaimanapun ia boleh dilihat mengikut peringkat usia.
''Pada peringkat usia sebulan, bayi anda akan mula tersenyum, dua
bulan (mula mengeluarkan suara), empat bulan (cuba mencapai ibunya,
menatap mata bayi menjadi lama dan bayi bergelak ketawa),'' ujarnya.
Empat tanda jalinan kasih sayang


- Bayi tersenyum lebih kerap

Percaya atau tidak, menyentuh bayi anda boleh membuatnya tersenyum
dengan lebih kerap, yang membuktikan keeratan anda berdua. Sedang bayi
anda membesar, anda akan sedar bahawa senyumannya akan menjelma tiap
kali anda berada di sampingnya atau setiap kali bayi menjangka
kehadiran anda. Senyuman-senyuman ini menandakan bahawa dia berasa
selamat dalam dunianya dan sudah bersedia untuk mempelajari tentang
dunia yang sebenar kelak nanti.


- Bayi cuba mencapai kepada ibunya

Apabila bayi cuba mencapai kepada si ibu, bayi mungkin cuba
memberitahu si ibu untuk memeluk dan membelainya; untuk merapatinya
atau si bayi gembira dengan kehadiran ibu.
Apa yang penting, bayi sedang menunjukkan rasa perlunya terhadap
ibu, dan ini menandakan hubungan erat antara ibu dan anak. Semasa anak
membesar, tindak balas positif anda tiap kali si manja mencapai ke arah
anda akan membantu bayi lebih sedar akan pergerakannya dan cara membuat
pergerakan yang bermakna.


- Bayi bergelak ketawa

Bayi ketawa untuk menunjukkan perasaannya. Selain menunjukkan rasa
teruja dan gembira, gelak pertama bayi menandakan perkembangan
sosialnya kerana merupakan suatu tindak balas yang berlaku apabila dia
berkongsi dunianya dengan orang tersayang.
Apabila bayi gelak sebagai salah satu cara untuk bertindak balas
dengan anda, ia merupakan cara bayi untuk memberitahu betapa seronoknya
dia meluangkan masa dengan anda.
Dengan berbunyi-bunyi manja pada waktu kehadiran anda, bayi
menunjukkan bahawa mereka mengenali anda, dan sedang berhubung dengan
anda. Dalam erti kata lain, bunyi-bunyi tersebut menandakan
kegembiraannya dan juga sebagai tindak balasnya bagi kasih sayang,
sentuhan dan perhatian yang anda berikan.


- Tatapan mata bayi menjadi lebih lama

Bayi juga menggunakan isyarat mata untuk berhubung. Apabila bayi
menatap mata anda, suatu mesej berbaur kasih sayang mengalir antara
bayi kepada anda yang meningkatkan kasih sayang antara anda dan si
manja.
Pandangan mata yang kemudiannya berkembang menjadi tatapan yang
lama, merupakan salah satu kebolehan bayi yang dapat anda sedari. Pada
hari-hari awalnya, bayi akan memberi sepenuh perhatian kepada anda, dan
lirikan matanya akan mengekori anda apabila anda hampir dengannya.
Melihat muka anda yang telah dia kenal seolah-olah mampu menenangkan
si manja. Ada kalanya anda juga mendapati si manja seolah-olah sedang
termenung ke arah anda. Ini adalah kerana bayi sedang cuba mengingat
muka anda dan mengenalpasti bagaimana rupanya kasih sayang dan
keselesaan.
Sementara itu, bagi menjana kesedaran akan kepentingan hubungan
lebih erat antara ibu dan anak, Johnson's Baby melancarkan kempen Most Loving Moments.
Melalui kempen ini, sekumpulan jurugambar profesional akan mengambil
gambar-gambar yang menyingkap rasa kasih sayang antara ibu bersama si
manja di serata negara.
Selain itu, kempen ini seiring dengan pengenalan rangkaian produk
penjagaan bayi - Johnson's Baby Moisturizing Wash, Baby Lotion dan Baby
Cream, yang boleh membantu dalam pengalaman mengeratkan hubungan di
antara ibu dan anak.

Thursday, January 28, 2010

Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama

(Minggu pertama hingga minggu ke 16)

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.
 
Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.


Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. Bersabar dan saya berharap semuanya selamat.
 
Related Posts with Thumbnails