Welcome

Blog ini adalah untuk rujukan diri sendiri dan keluarga.. Khas untuk suami tercinta dan anak-anak yang menbahagiakan dan dalam masa yang sama memeningkan dan memenatkan kami berdua..


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Blog ini ibarat 'scrap book' ataupun buku rujukan aku yang mengumpulkan koleksi artikel yang aku gemari especially artikel yang berlambak-lambak di internet. Artikel-artikel ini bukannya ditulis oleh aku tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca. Untuk berkongsi cerita ceriti hasil air tangan aku sendiri meh ahh datang ke BLOG RUANGAN KELUARGA KITA


Bookmark and Share

Showing posts with label Penjagaan diri. Show all posts
Showing posts with label Penjagaan diri. Show all posts

Friday, December 07, 2012

Tips - Mengurangkan Keletihan Bekerja

Bersifat Positif Terhadap Pekerjaan

Kita harus positif terhadap kerja yang kita lakukan. Yang lebih penting kita sedar bahawa tugas yang kita lakukan ini adalah ibadah yang akan dibalas pahala oleh Allah. Ketika bekerja, kita haruslah ikhlas dan menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan.


Bersantai Sejenak

Bagi pensyarah, gunakan waktu rehat antara waktu mengajar untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika mengajar. Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.


Nikmati humor dan ketawa

Berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa dapat mengurangkan tekanan dan seterusnya dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran. Akan lebih mudah menghadapi pekerjaan dengan senyum daripada terus muram disebabkan keletihan.


Bekerja secara sistematik

Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Saya mengamalkan jadual waktu `task', dimana saya akan menyenaraikan kerja yang ingin dilakukan bagi jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Saya tidak tentukan masa untuk kerja-kerja tersebut. Saya percaya kepada `time flexible' iaitu saya tidak terikat kepada masa dan cuba menyiapkan tugas harian pada hari yang sama, tugas mingguan pada minggu yang sama dan seterusnya. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dan tertekan dalam membuat pekerjaan.


Banyak minum air mineral

Air putih dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh. Jika kita lihat anak-anak kaum tionghua di sekolah, mereka akan membawa botol air 1.5 liter yang akan mereka habiskan dalam satu sessi persekolahan. Begitu juga pelajar-pelajar Universiti di Australia. Air mineral adalah sesuatu yang penting untuk dibawa kedalam dewan peperiksaan. Bagi masyarakat kita, kebanyakan mereka hanya minum teh, waktu pagi, teh-o-ais makan tengahari, kopi minum petang dan fresh orange ketika makan malam. Kita harus mengubah rutin ini dan mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Apabila darah lancar, kita akan merasa cergas dan sihat.


Lakukan aktiviti fizik

Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan, di dalam atau di luar ruang kerja. Aktiviti ini akan dapat menyegarkan tubuh badan kita dan akan dapat mengurangkan keletihan.

Thursday, July 22, 2010

PeNaWaR KePeNaTaN

tired_husbandBagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri
kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.


Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya

kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :
“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.
Baginda s.a.w. berkata:
“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku.”

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
Sabda Rasulullah SAW:
Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Tuesday, March 02, 2010

Ramai yang salah faham dengan ‘DIET’

Bila sebut ‘DIET’ ramai diantara kita khususnya wanita salah faham. Jamu, pil diet, ubat-ubatan menguruskan badan dan bermacam lagi merupakan perkara yang terlintas di minda ramai para wanita apabila percatan ‘DIET’ disebutkan lepada mereka.

‘DIET’ sebenarnya adalah terma bagi amalan pemakanan. ‘DIET’ yang sihat adalah amalan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Pengambilan pelbagai jenis makanan perlu ada bagi memastikan kesemua khasiat serta nutrien yang berguna dapat diambil bagi memastikan badan menyerap segala khasiat-khasiat tersebut.

Memang tidak dinafikan dengan melakukan ‘DIET’ yang betul ia mampu mengembalikan bentuk badan yang langsing serta menyerikan wajah dengan cara yang lebih ‘natural’.

Fakta yang perlu anda ambil perhatian :

Jenis Diet
Tugas
Kesan
Pengambilan Herba/Jamu Memberi kesusutan berat badan jangka pendek sahaja.
Bertindak seperti ubat untuk mengurangkan selera makan.
Kesan jangka panjang : rasa loya, rasa lesu, sembelit dan tekenan darah yang rendah
Kesusutan tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang.
Kekurangan tenaga dan nutrien
Pengambilan Pil Diet
Memberi kesusutan berat badan jangka pendek sahaja.
Bertindak seperti ubat untuk mengurangkn selera makan untuk sementara waktu sahaja.
Kesan jangka panjang : boleh menyebabkan kebergantungan pengambilan pil yang serius
Kesusutan tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang.
Kekurangan tenaga dan nutrient pda badan
Penggunaan Julap / Teh Pelangsing Menggalakkan kesusutan air dalam badan. Kehilangan air yang banyak namun lemak tetap tinggal dalam badan
Mengakibatkan kekurangan karbohidrat yang menyebabkan ketosis iaitu dimana proses penguraian lemak di badan tidak dapat dilengkapi




Sumber : “Makan Dengan Bijak – Pelaburan Sepanjang Hayat” terbitan Jabatan Dietik & Dietari, Institut Jantung Negara

Dari fakta ini adakah anda mengambil langkah yang bijak dalam ‘DIET’ anda dengan mengambil pil diet atau pemakanan pelangsingan seperti jamu atau teh pelangsing?

Bagaimana saya boleh membantu anda merealisasikan impian anda melalui ‘DIET’?

Saya mempunyai rahsia yang bakal dikongsikan dengan anda akan bagaimana memiliki kelangsingan badan dan keserian wajah khusus untuk para wanita. Rahsia tersebut telah di bukukan di dalam sebuah ebook.

Oleh itu mari saya perkenalkan pada anda sebuah ebook yang mampu menyelesaikan masalah serta mampu merealisasikan impian anda untuk kelihatan langsing serta wajah berseri . Ebook tersebut bertajuk :

Thursday, February 18, 2010

Amalan Pantang Masyarakat Melayu

Amalan berpantang dalam masyarakat Melayu biasanya dijalani oleh ibu selepas bersalin selama 44 hari dan ada juga sehingga 100 hari. Dalam masa ini beberapa perkara perlu dilakukan dan ada juga perkara yang dilarang bagi memastikan ibu sihat seperti sediakala.

Minuman Herba/Rempah

Faedah

  • Memanaskan badan
  • Mengurangkan berat
  • Mewangi tubuh
  • Membuang toksin dalam badan
  • Mengecutkan Peranakan

Jamu Bersalin

  • Jamu terdiri daripada kombinasi herba atau rempah tertentu yang biasanya disediakan oleh orang-orang tua, bidan-bidan kampung ataupun dalam bentuk tablet atau kapsul yang dihasilkan oleh kilang.
  • Kebiasaannya jamu dimakan ibu dalam pantang pada waktu pagi selepas mandi dan sarapan dan juga petang selepas mandi sebelum maghrib.
  • Antara pantang larang mereka yang mengamalkan jamu adalah air kelapa dan air batu.
  • Kebanyakan pakar kesihatan menasihatkan pengambilan jamu dilewatkan bagi ibu menyusu anak yang menghidap jaundis atau penyakit kuning sehingga bayi benar-benar sembuh dan sihat.

Minum Air Pati Kunyit/Inai

  • Air pati kunyit/inai berkhasiat untuk menambah seri wajah serta melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan peranakan.
  • Caranya, sebuku ibu kunyit dibersihkan, dibuang kulitnya dan dibakar sehingga layu. Setelah itu, tumbuk halus dan diambil patinya. Campurkan dengan ¼ cawan air dan diminum hanya sekali sahaja dalam masa pantang.
  • Untuk Inai pula, ambil daun inai, ramas. Rebus ramasan daun inai tadi bersama air dan minum air rebusannya.

Mandi Air Akar Kayu/Rempah

Faedah

  • Membuang bau hanyir
  • mengembalikan kecergasan badan
  • mencantumkan urat putus
Kaedah
  • Air mandi ibu dalam pantang seharusnya hangat atau suam untuk memanaskan badan.
  • Jika tiada pancuran air panas di rumah, minta bantuan orang lain untuk menyediakannya.
  • Semasa mandi mulakan siraman air di bahagian kaki dahulu dan dibawa naik ke atas sehingga ke kepala dan rambut.
  • Seminggu selepas bersalin, seeloknya ibu mandi dengan air mandian yang dicampur rebusan herba seperti daun lengkuas, daun pandan wangi dan daun jerangau untuk menyegarkan badan serta menghilangkan bau hamis darah nifas. Herba ini tidak perlukan sukatan yang khusus.

Bertungku

Faedah

  • Mengecutkan rahim bengkak
  • Memecah lemak
  • Membuang angin dalam badan
  • Merangsang peredaran darah
  • Memanaskan badan

Kaedah

  • Batu (seeloknya batu sungai yang bulat dan licin) atau besi tungku (ada dijual) boleh digunakan sebagai tungku. Sebelum tungku dipanaskan, bentangkan kain dahulu, diikuti lapisan beberapa helai daun mengkudu yang disusun rapat. Daun pisang juga boleh digunakan. Setelah dipanaskan 30 minit, letakkan tungku tersebut di atas daun dan kain tadi dan balut kemas dan ketat supaya tidak mudah terburai. Waktu sesuai bertungku adalah sebelum mandi waktu pagi dan petang.
  • Untuk bertungku, ibu hendaklah berbaring dan tungku dituam di bahagian peranakan. Bahagian ini biasanya mengambil masa selama 25 minit. Selepas itu ke bahagian kemaluan dengan cara ibu duduk bertinggung di atas tungku yang diletakkan di atas lantai.
  • Kemudian ibu berbaring semula dan tuam di bahagian badan bermula dengan dada, ulu hati, ketiak kanan dan kiri, akhir sekali tungku diletakkan di bawah tengkuk. Bahagian dada adalah termasuk buah dada bagus untuk melancarkan aliran susu.
  • Akhir sekali adalah bahagian bawah iaitu betis, paha, punggung, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Untuk tapak kaki, naikkan sedikit lutut, rapatkan kedua-dua kaki dan pijak batu sambil menggolek-golekkannya ke hadapan dan ke belakang. Biarkan tungku di kaki sehingga ia sejuk.
Urutan Selepas Bersalin

Faedah

  • Melancarkan pengaliran darah
  • Menaikkan rahim
  • Membetulkan urat
  • Memecah lemak
  • Membentuk tubu
Kaedah
  • Urut merupakan satu daripada amalan penting dalam pantang.
  • Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman untuk mengelakkan kecederaan terutamanya semasa proses sengkak untuk menaikkan rahim.
  • Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti  pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.
  • Urutan biasa dilakukan pada sebelah pagi selepas mandi dan ia mengambil masa lebih kurang satu jam.
  • Bidan akan mengurut keseluruhan badan termasuk urat susu bagi melancarkan aliran susu badan. Selepas selesai mengurut, bidan akan mengikat kemas dan ketat rambut ibu, menyapukan pilis di dahi ibu serta memakaikan bengkung.
Pilis
  • {mosimage}Pilis ialah campuran ramuan remah-rempah yang disapukan pada dahi untuk mengelakkan rasa pening-pening, sakit kepala atau pitam.
Faedah
  • Dipercayai boleh mengelakkan berlakunya rabun ketika usia muda.
  • Pemakai pilis akan merasa nyaman dan berangin, jadi rasa mengantuk dan letih dapat dielakkan.
Kaedah
  • Cara biasa pilis dipakai ialah dengan mencampurkannya dengan sedikit air sambil menghancurkannya sehingga menjadi pes yang pekat
  • Sapukan ke keseluruhan dahi dan pelipis.
  • Seelok-eloknya digunakan dua kali sehari, waktu pagi dan petang selepas mandi, bersarapan dan makan jamu.

Tempel/Tapel
  • Tempel atau tapel adalah campuran rempah/herba yang disapu pada perut.
Faedah
  • menghangatkan perut supaya tidak ‘masuk angin’
  • mengencangkan kembali otot perut ibu selepas bersalin.
Kaedah
  • Cara pemakaiannya ialah dengan menghancurkannya dahulu bersama dengan air secukupnya (lebih elok digunakan air limau nipis) sehingga menjadi pes dan disapukan pada perut selepas mandi pagi dan petang, sebelum memakai bengkung.

Berbengkung

Faedah
  • Mengembalikan bentuk badan
  • Mengelak risiko perut buncit
  • Mengekalkan kepanasan tubuh
Kaedah
  • Bengkung dahulu merupakan kain yang sangat panjang dililit kepada tubuh dari atas perut sehingga ke bawah paha.
  • Kini terdapat bengkung yang lebih mudah dipakai dan banyak dijual di kedai ubatan tradisional, jualan langsung dan juga farmasi.
  • Bengkung seelok-eloknya dipakai 5 jam sehari untuk kesan yang terbaik.
  • Sebelum menggunakan bengkung, seelok-eloknya perut disapu dahulu dengan tapek atau campuran perahan limau dan kapur makan.

Memperkenalkan Bengkung Moden yang diimport dari USA dan direka khas bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan (cesarean).

Namun begitu, ia juga sesuai di gunakan oleh ibu yang bersalin normal dan bagi mereka yang ingin mengempiskan perut. Dan yang pastinya, ia amat senang, mudah, praktikal dan selesa untuk dipakai.



Rujukan :
  • Penjagaan Bayi dan Ibu Dalam Pantang (Amran Kasimin)
  • Ceria Menawan: Urut amalan berpantang penting selepas bersalin (Siti Fatimah Mohamed Anwar, BH)
  • Berpantang Secara Rawatan Tradisional Di Kalangan Masyarakat Melayu (Zuradatolakma Bt. Hj. Din)

Friday, February 05, 2010

Tips Berdiet Nak Kuruskan Badan

Gemuk??? Ahhhhh!! Tidak! Tidak! Hakikatnya, hampir semua orang, tak kira lelaki atau wanita takutkan gemuk. Mengapa begitu? Orang gemuk tak hensem? Orang gemuk tak seksi? Siapa kata?

Apalah yang hina sangat orang gemuk ni, saya pun tak tahu. Apa-apapun, realitinya, orang gemuk pasti akan dipandang sinis oleh kebanyakan orang.

Maka, kali ini, saya akan berkongsikan dengan anda, 13 lagi cara atau tips bagaimana untuk berdiet kuruskan badan. Ada 13 tips kesemunya, namun pada saya, cara paling baik untuk kekal langsing dan ramping ialah, dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan juga gaya hidup yang sihat.



Berikut ini 13 Tips Berdiet yang berkesan untuk diamalkan.

1) Janganlah terlalu memikirkan masalah berat badan sehingga mengganggu ketenteraman fikiran. Di sini terdapat tip-tip bagi anda yg sedang berdiet.Jgn asyik menimbang berat badan. Ini dah termasuk dalam kategori masalah psikologi. Tak elok tu…Kalau timbang berat turun..tak apa.Tapi kalau tak turun..tentu kecewa, kan? Jadi cara paling baik ialah menimbang berat badan tidak lebih dari sekali saja dalam seminggu. Jika naik atau turun, barulah nampak perubahannya.

2) Sibukkan diri anda dengan hobi menarik, terutama sekali jika anda sedang menjalani program diet baru. Ini akan mengelakkan diri anda dari asyik memikirkan keberkesanan program tersebut atau makanan yg enak-enak.

3) Makanlah sarapan pagi awal2. Jgn cuba elakkan sarapan pagi kerana ia adalah jadual makan yg paling penting.

4) Bacalah nutrisi di label pemakanan sebelum memakan makanan yg dibeli. Elakkan memakan makanan yg berlemak atau berkalori tinggi. Paling baik, makanlah makanan yg banyak serat.

5) Buat target berat badan yg realistik utk dicapai dan buatlah perancangan yg sesuai. Jgn memaksa diri anda mencapai target yg tak logik utk dicapai dlm masa yg cepat.

6) Bagi ganjaran pada diri anda sekiranya target tercapai. Contohnya, memakan satu bar cokelat yg sedap. Perlu diingat, sekali-sekala memakan makanan yg sedemikian tidak mengapa.

7) Positifkan diri! Yakin anda mampu mengurangkan berat badan.

8) Rajinkan melakukan senaman seperti sit-up. Jika mampu, berkunjunglah ke gym yg berdekatan. Senaman membentuk otot yg sihat. Otot membakar lemak.

9) Ubahkan corak pemikiran anda. Jgn terlalu obses utk kurus. Sebaliknya cuba lebih menghargai bentuk badan anda dan bersyukur dgn anugerah Tuhan.

10) Turun 1 kg dalam sebulan secara tetap adalah lebih baik daripada turun berat badan yg banyak secara drastik dan mendadak. Ini boleh mengganggu kesihatan anda dan mungkin jikalau anda berhenti diet, berat badan anda akan naik pula dgn mendadak. Malah mungkin lebih teruk dari dulu. Oleh itu, jgn kecewa jika berat badan anda tidak turun dgn cepat.

11) Dapatkan nasihat doktor sebelum membuat keputusan utk membeli produk diet dan pil-pil diet yg banyak di pasaran dan farmasi. Preskripsi doktor adalah lebih selamat dari mendengar cakap2 kawan atau jurujual di kaunter jualan yg bermulut manis.

12) Jgn mudah terpedaya dgn iklan2 merampingkan badan atau produk2 utk kurus yg berlambak sekarang. Kebanyakannya adalah indah khabar dari rupa dan tak sesuai utk kita. Malah ada yg menipu. Banyak wang yg dilaburkan tetapi hasilnya tak seperti yg dijanjikan.

13) Makan malam awal, sebaik-baiknya sebelum atau pada pukul 7.00 malam. Jgn memakan makanan yg berat selepas waktu itu kerana kadar metabolisma yg rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan disimpan sebagai lemak.

Tips Untuk Kuruskan Badan (Siri 2)

Berikut ini disenarikan 15 lagi tips untuk kuruskan badan anda secara semulajadi tanpa menggunakan apa-apa ubat/bahan kimia.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah .

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitami n, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

* Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
* Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudia n sambunglah denagan menaiki lif
* Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
* Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
* Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Tips Untuk Kuruskan Badan (Siri 1)

Berikut ini disenaraikan 10 tips bagaimana anda boleh menguruskan badan dan mengawal berat badan anda tanpa menggunakan ubat/bahan kimia. Jika anda mengamalkan apa yang disarankan, saya yakin pasti anda dapat merasai kesannya.

Ada 25 tips kesemuanya. Tapi saya akan kongsikan 10 tips terlebih dahulu agar anda dapat praktikkan secara berperingkat-peringkat.

1. Jangan Berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan minum minuman yang bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


6. Ambil sarapan pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan peng ambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makanlah dengan perlahan-lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Kerap makan
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit ;daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Elakkan makan makanan ringan/ snek/ cekedis
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
Related Posts with Thumbnails