Welcome

Blog ini adalah untuk rujukan diri sendiri dan keluarga.. Khas untuk suami tercinta dan anak-anak yang menbahagiakan dan dalam masa yang sama memeningkan dan memenatkan kami berdua..


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Blog ini ibarat 'scrap book' ataupun buku rujukan aku yang mengumpulkan koleksi artikel yang aku gemari especially artikel yang berlambak-lambak di internet. Artikel-artikel ini bukannya ditulis oleh aku tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca. Untuk berkongsi cerita ceriti hasil air tangan aku sendiri meh ahh datang ke BLOG RUANGAN KELUARGA KITA


Bookmark and Share

Wednesday, February 24, 2010

Suami Adalah Ego Di Ranjang!

BENARKAH dalam masalah seksual, suami sangat egois? Tetapi sejauh mana benarnya egois suami mengenai permasalahan seksual?

Prof Dr. Wimpie Pangkahila, seorang pakar sek-sologi, telah bertanyakan kepada ramai suami mengenai masalah ini, dan beliau mendapati ia adalah sesuatu yang subjektif. Tidak ada jawapan khusus kerana dalam masalah seksual, seseorang suami mungkin mengakui ego tetapi untuk kepentingan bersamamungkin sebaliknya.

Mungkin suami merasa dirinya tidak ego, sedangkan isteri mengakui keegoan suaminya. Percangahan ini mungkin muncul kerana mereka salah faham mengenai seksual, terutamanya mengenai keinginan seksual pasangan.

Sikap ego suami, mungkin menyebab-kan isteri tidak cukup menerima rangsangan seksual, di peringkat foreplay mahupun rangsangan semasa mela-kukan hubungan seksual. Akibatnya, isteri berasa sakit ketika melakukan hubungan seks sehingga gagal orgasme.

Jika keadaan ini berterusan, akhirnya isteri kehilangan dorongan seksual dan boleh mengalami vaginismus. Jika ini berlaku hubungan seksual tidak dapat dilakukan. Bagaimana-pun ramai suami ego tidak faham isterinya tidak pernah menikmati hubungan seksual dan tidak tahu masalah seksual yang dialami oleh isteri kerana mereka hanya tahu menikmati kepuasan sendiri.

Maka yang menjadi masalah sebenarnya bukan bagaimana isteri harus memuaskan suami, tetapi bagaimana pula suami harus memuaskan isteri.

Berikut beberapa saranan yang boleh membantu:-

1- Isteri juga seperti anda: Ini bermakna isteri mempunyai dorong¬an seks dan kepertuan seksualnya juga perlu dipenuhi. Jangan anggap isteri hanya sebagai objek seksual untuk memuaskan suami.

2- Ramai isteri mengalami masalah seksual tetapi tidak berani berterus terang kepada suami: Carilah jalan supaya isteri tidak takut atau malu berterus terang sama ada dia menikamati seks atau tidak.
Kurung dari kain kasa ungg.

3- Memuaskan isteri adalah kewajipan anda: Sebagaimana anda selalu berasa puas, setiap kali melakukan hubungan seksual, maka anda mesti melakukan perkara yang sama kepada isteri.

4- Jika anda mengalami gangguan fungsi seksual dan isteri selalu mengeluh tidak puas, segera atasi dengan cara yang betul dan penuh tanggungjawab.

Jika suami melakukan semua saranan di atas, yakinlah bahawa isteri tidak akan kecewa dan tidak menganggap anda sebagai suami egois.

Sebaliknya kalau anda tetap menjadi suami egois, bersedialah menghadapi dan merasakan akibatnya. Mungkin pada awal-nya hanya isteri yang mengalami akibat keegoan anda tetapi untuk jangka masa panjang anda sebagai suami juga akan merasainya.

Isteri yang kebetulan mempunyai suami egois akan lebih baik jika mengambil sikap dan tindakan seperti berikut:-

I- Beritahu suami apa yang anda inginkan dalam hubungan seksual dan beritahu tentang masalah seksual dialami. Ingat dia juga seperti isteri tidak semuanya faham tentang seksual.

2- Berterus teranglah jika anda memerlukan rangsangan terlebih dahulu, jika suami tidak tahu melakukannya, atau kalau rangsangannya tidak anda sukai, katakan juga secara berterus terang.

3- Jalin hubungan komunikasi yang baik, minta suami membaca buku atau tulisan berkaitan seksual dan menghadiri seminar dan perbincangan tentang masalah berkaitan yang dikendalikan oleh tenaga pakar.

4- Jika suami me¬ngalami gang¬guan fungsi seksual, jangan bosan menya-rankan suami berjumpa dengan pakar untuk mengenalpasti masalah dan mendapat-kan rawatan. Jika suami tidak mengakui, jangan lemah semangat, jika perlu temaninya mengatasi berjumpa pakar atau menjalani rawatan dan anggap ia sebagai masalah bersama.



CIRI-CIRI SUAMI EGOIS

SEKURANG-KURANGNYA ada tiga kumpulan lelaki yang boleh dianggap sebagai suami egois, walaupun mereka tidak merasa demikian.
• Kumpulan pertama: Suami yang tidak memperdulikan tentang kehidupan seksual isterinya. Anggapan mereka, isteri wajib melayan dan memuaskan keperluan seksual suami. Isteri dianggap objek seksual, oleh itu tidak perlu mengeluh atau menuntut.

• Kumpulan kedua: Suami memahami kehidupan seksual isterinya, tetapi disebabkan tidak tahu bahawa isteri juga menghadapi masalah seksual. Maka mereka tidak tahu bahawa mereka mengalami masalah egois, sedangkan isteri cukup tertekan dengan sikap mereka.

• Kumpulan ketiga: Suami yang memahami kehidupan seksual isterinya, tetapi kerana mengalami gangguan fungsi seksual, maka isteri mengalami masalah. Bila isteri mengeluh, mereka tidak mampu mengatasinya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails