Bersifat Positif Terhadap Pekerjaan
Kita harus positif terhadap kerja yang
kita lakukan. Yang lebih penting kita sedar bahawa tugas yang kita lakukan ini
adalah ibadah yang akan dibalas pahala oleh Allah. Ketika bekerja, kita haruslah
ikhlas dan menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan
membebankan.
Bersantai Sejenak
Bagi pensyarah, gunakan waktu rehat
antara waktu mengajar untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas
dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika
mengajar. Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah
lima atau 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang
tamu. Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.
Nikmati
humor dan ketawa
Berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh
menimbulkan ketawa dapat mengurangkan tekanan dan seterusnya dapat membangkitkan
tenaga dan kesegaran. Akan lebih mudah menghadapi pekerjaan dengan senyum
daripada terus muram disebabkan keletihan.
Bekerja secara
sistematik
Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus
diselesaikan terlebih dulu. Saya mengamalkan jadual waktu `task', dimana saya
akan menyenaraikan kerja yang ingin dilakukan bagi jadual harian, mingguan,
bulanan dan tahunan. Saya tidak tentukan masa untuk kerja-kerja tersebut. Saya
percaya kepada `time flexible' iaitu saya tidak terikat kepada masa dan cuba
menyiapkan tugas harian pada hari yang sama, tugas mingguan pada minggu yang
sama dan seterusnya. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dan tertekan dalam
membuat pekerjaan.
Banyak minum air mineral
Air putih dapat
menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh. Jika kita lihat
anak-anak kaum tionghua di sekolah, mereka akan membawa botol air 1.5 liter yang
akan mereka habiskan dalam satu sessi persekolahan. Begitu juga pelajar-pelajar
Universiti di Australia. Air mineral adalah sesuatu yang penting untuk dibawa
kedalam dewan peperiksaan. Bagi masyarakat kita, kebanyakan mereka hanya minum
teh, waktu pagi, teh-o-ais makan tengahari, kopi minum petang dan fresh orange
ketika makan malam. Kita harus mengubah rutin ini dan mengamalkan minum air
putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Apabila darah lancar, kita akan merasa
cergas dan sihat.
Lakukan aktiviti fizik
Untuk mengendurkan otot-otot
yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan, di dalam atau di luar
ruang kerja. Aktiviti ini akan dapat menyegarkan tubuh badan kita dan akan dapat
mengurangkan keletihan.
This blog was... how do you say it? Relevant!
ReplyDelete! Finally I have found something that helped me. Kudos!
My blog: damp cigaret