Pages

Friday, April 16, 2010

Soal Jawab Pap Smear

Sesetengah wanita berasa takut untuk menjalani pap-smear kerana merasakan ia ujian yang menyakitkan dan tidak penting bagi mereka. Ketahuilah tentang ujian ini melalui soal jawab ini...

Apakah Ujian Pap Smear?


Ia merupakan satu ujian ke atas sel yang diambil dari saluran servik. Sel tersebut akan diperiksa di bawah mikroskop bagi mengesan perubahan atau ketaknormalan yang boleh membawa kepada kanser pangkal rahim.
Bagaimana Ujian Pap Smear dilakukan? Adakah ianya menyakitkan?


Ujian pap smear hanya mendatangkan sedikit ketidakselesaan semasa ia dilakukan

Doktor akan menggunakan satu alat yang dinamakan Speculum untuk membuka saluran vagina bagi mendapatkan sel-sel pada pangkal rahim (cervix). Sel-sel tersebut diambil dengan menggunakan spatula/brush. Anda akan merasa tidak selesa dan berkemungkinan sedikit kesakitan dirasai semasa sel tersebut diambil.

Berapa kerapkah pemeriksaan ini perlu dijalankan?

Buat masa ini, ujian PAP smear dijadualkan sekali dalam masa 3 tahun untuk wanita yang berumur antara 20 hingga 65 tahun. Walau bagaimanapun, wanita yang aktif dalam hubungan seks disarankan menjalani ujian ini dan menjalani ujian ulangan setahun selepas itu. Sekiranya ujian ini masih menunjukkan keputusan yang negatif, sela masa tiga tahun adalah mencukupi untuk ujian yang seterusnya.


Bilakah masa yang sesuai untuk menjalankan pemeriksaan Pap Smear?


Ujian ini boleh dijalankan bila-bila masa selepas haid. Sekiranya anda telah menjalankan pembedahan pembuangan rahim anda tidak perlu menjalankan pemeriksaan ini.

Berapa lamakah keputusannya akan diketahui?

Memandangkan ujian ini perlu diperiksa dengan teliti di makmal, ianya mengambil masa selama 2 minggu untuk di ketahui.

Apakah yang boleh di ketahui melalui ujian Pap Smear?

Kebanyakan wanita keputusan mereka adalah normal. Bagi sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak normal dan akan menunjukkan peringkat awal kanser. Pemeriksaan ini juga dapat mengesan keadaan tidak normal tetapi tidak merbahaya seperti jangkitan yang boleh menyebabkan rasa tidak selesa sekiranya tidak di rawat.

Di manakah ujian Pap Smear boleh dilakukan?

Di Malaysia, ujian "PAP smear" boleh dilakukan di tempat-tempat berikut :
* Klinik kerajaan dan juga swasta
* Hospital kerajaan
* Klinik kesihatan keluarga
* LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara)
* Institut Kebangsaan Persatuan Perancang Keluarga
* Klinik pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G)
* Pusat Kanser Kebangsaan

No comments:

Post a Comment