Minuman Herba/Rempah
Faedah
- Memanaskan badan
- Mengurangkan berat
- Mewangi tubuh
- Membuang toksin dalam badan
- Mengecutkan Peranakan
Jamu Bersalin
- Jamu terdiri daripada kombinasi herba atau rempah tertentu yang biasanya disediakan oleh orang-orang tua, bidan-bidan kampung ataupun dalam bentuk tablet atau kapsul yang dihasilkan oleh kilang.
- Kebiasaannya jamu dimakan ibu dalam pantang pada waktu pagi selepas mandi dan sarapan dan juga petang selepas mandi sebelum maghrib.
- Antara pantang larang mereka yang mengamalkan jamu adalah air kelapa dan air batu.
- Kebanyakan pakar kesihatan menasihatkan pengambilan jamu dilewatkan bagi ibu menyusu anak yang menghidap jaundis atau penyakit kuning sehingga bayi benar-benar sembuh dan sihat.
Minum Air Pati Kunyit/Inai
- Air pati kunyit/inai berkhasiat untuk menambah seri wajah serta melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan peranakan.
- Caranya, sebuku ibu kunyit dibersihkan, dibuang kulitnya dan dibakar sehingga layu. Setelah itu, tumbuk halus dan diambil patinya. Campurkan dengan ¼ cawan air dan diminum hanya sekali sahaja dalam masa pantang.
- Untuk Inai pula, ambil daun inai, ramas. Rebus ramasan daun inai tadi bersama air dan minum air rebusannya.
Mandi Air Akar Kayu/Rempah
Faedah
- Membuang bau hanyir
- mengembalikan kecergasan badan
- mencantumkan urat putus
Kaedah
- Air mandi ibu dalam pantang seharusnya hangat atau suam untuk memanaskan badan.
- Jika tiada pancuran air panas di rumah, minta bantuan orang lain untuk menyediakannya.
- Semasa mandi mulakan siraman air di bahagian kaki dahulu dan dibawa naik ke atas sehingga ke kepala dan rambut.
- Seminggu selepas bersalin, seeloknya ibu mandi dengan air mandian yang dicampur rebusan herba seperti daun lengkuas, daun pandan wangi dan daun jerangau untuk menyegarkan badan serta menghilangkan bau hamis darah nifas. Herba ini tidak perlukan sukatan yang khusus.
Bertungku
Faedah
- Mengecutkan rahim bengkak
- Memecah lemak
- Membuang angin dalam badan
- Merangsang peredaran darah
- Memanaskan badan
Kaedah
- Batu (seeloknya batu sungai yang bulat dan licin) atau besi tungku (ada dijual) boleh digunakan sebagai tungku. Sebelum tungku dipanaskan, bentangkan kain dahulu, diikuti lapisan beberapa helai daun mengkudu yang disusun rapat. Daun pisang juga boleh digunakan. Setelah dipanaskan 30 minit, letakkan tungku tersebut di atas daun dan kain tadi dan balut kemas dan ketat supaya tidak mudah terburai. Waktu sesuai bertungku adalah sebelum mandi waktu pagi dan petang.
- Untuk bertungku, ibu hendaklah berbaring dan tungku dituam di bahagian peranakan. Bahagian ini biasanya mengambil masa selama 25 minit. Selepas itu ke bahagian kemaluan dengan cara ibu duduk bertinggung di atas tungku yang diletakkan di atas lantai.
- Kemudian ibu berbaring semula dan tuam di bahagian badan bermula dengan dada, ulu hati, ketiak kanan dan kiri, akhir sekali tungku diletakkan di bawah tengkuk. Bahagian dada adalah termasuk buah dada bagus untuk melancarkan aliran susu.
- Akhir sekali adalah bahagian bawah iaitu betis, paha, punggung, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Untuk tapak kaki, naikkan sedikit lutut, rapatkan kedua-dua kaki dan pijak batu sambil menggolek-golekkannya ke hadapan dan ke belakang. Biarkan tungku di kaki sehingga ia sejuk.
Faedah
- Melancarkan pengaliran darah
- Menaikkan rahim
- Membetulkan urat
- Memecah lemak
- Membentuk tubu
- Urut merupakan satu daripada amalan penting dalam pantang.
- Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman untuk mengelakkan kecederaan terutamanya semasa proses sengkak untuk menaikkan rahim.
- Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.
- Urutan biasa dilakukan pada sebelah pagi selepas mandi dan ia mengambil masa lebih kurang satu jam.
- Bidan akan mengurut keseluruhan badan termasuk urat susu bagi melancarkan aliran susu badan. Selepas selesai mengurut, bidan akan mengikat kemas dan ketat rambut ibu, menyapukan pilis di dahi ibu serta memakaikan bengkung.
- {mosimage}Pilis ialah campuran ramuan remah-rempah yang disapukan pada dahi untuk mengelakkan rasa pening-pening, sakit kepala atau pitam.
- Dipercayai boleh mengelakkan berlakunya rabun ketika usia muda.
- Pemakai pilis akan merasa nyaman dan berangin, jadi rasa mengantuk dan letih dapat dielakkan.
- Cara biasa pilis dipakai ialah dengan mencampurkannya dengan sedikit air sambil menghancurkannya sehingga menjadi pes yang pekat
- Sapukan ke keseluruhan dahi dan pelipis.
- Seelok-eloknya digunakan dua kali sehari, waktu pagi dan petang selepas mandi, bersarapan dan makan jamu.
Tempel/Tapel
- Tempel atau tapel adalah campuran rempah/herba yang disapu pada perut.
- menghangatkan perut supaya tidak ‘masuk angin’
- mengencangkan kembali otot perut ibu selepas bersalin.
- Cara pemakaiannya ialah dengan menghancurkannya dahulu bersama dengan air secukupnya (lebih elok digunakan air limau nipis) sehingga menjadi pes dan disapukan pada perut selepas mandi pagi dan petang, sebelum memakai bengkung.
Berbengkung
Faedah
- Mengembalikan bentuk badan
- Mengelak risiko perut buncit
- Mengekalkan kepanasan tubuh
- Bengkung dahulu merupakan kain yang sangat panjang dililit kepada tubuh dari atas perut sehingga ke bawah paha.
- Kini terdapat bengkung yang lebih mudah dipakai dan banyak dijual di kedai ubatan tradisional, jualan langsung dan juga farmasi.
- Bengkung seelok-eloknya dipakai 5 jam sehari untuk kesan yang terbaik.
- Sebelum menggunakan bengkung, seelok-eloknya perut disapu dahulu dengan tapek atau campuran perahan limau dan kapur makan.
Memperkenalkan Bengkung Moden yang diimport dari USA dan direka khas bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan (cesarean).
Namun begitu, ia juga sesuai di gunakan oleh ibu yang bersalin normal dan bagi mereka yang ingin mengempiskan perut. Dan yang pastinya, ia amat senang, mudah, praktikal dan selesa untuk dipakai.
Rujukan :
- Penjagaan Bayi dan Ibu Dalam Pantang (Amran Kasimin)
- Ceria Menawan: Urut amalan berpantang penting selepas bersalin (Siti Fatimah Mohamed Anwar, BH)
- Berpantang Secara Rawatan Tradisional Di Kalangan Masyarakat Melayu (Zuradatolakma Bt. Hj. Din)
No comments:
Post a Comment